Untuk tampil awet muda bukan memakan masa yang sedikit. Sebaik-baiknya ia harus dilakukan dari awal iaitu dari remaja. Tapi menurut pepatah barat "its never too late to do a good thing". Oleh itu bertindaklah sekarang untuk mendapatkan hasil yang memberangsangkan.
Tip-tip yang anda boleh amalkan untuk mendapatkan wajah dan diri yang awet muda adalah:
- Banyakkan meminum air masak. Air masak yang juga dikenali dengan air panas mati adalah baik untuk tubuh badan kerana ia dapat membantu pembuangan toksin. Jumlah toksin yang banyak dalam badan adalah salah satu penyumbang kepada penuaan kulit wajah. Air masak juga dapat membantu melembabkan kulit sekali gus menghasilkan kulit yang anjal dan awet muda.
- Melakukan senaman regangan sebaik sahaja bangun dari tidur. Ianya dapat membantu menyediakan otot, jantung, perjalanan darah dan badan untuk pergerakan sepanjang hari setelah beberapa jam berehat semasa tidur.
- Melakukan senaman sekurang-kurangnya 20 minit untuk satu sessi, dua ke tiga kali seminggu. Senaman yang boleh dilakukan adalah seperti berjalan cepat, menaiki tangga, berjoging dan sebagainya. Ini dapat membantu kesihatan jantung, pembuangan toksin dari badan, menambah jumlah oksigen untuk otak dan badan.
- Tidak merokok. Merokok boleh merosakkan dan mengeringkan kulit. Ia akan menyumbang kepada penuaan kulit wajah.
- Mendapatkan tidur yagn cukup. Luangkan masa untuk anda tidur selama enam ke lapan jam sehari. Kebanyakkan aktiviti tubuh badan berlaku semasa anda tidur. Dengan mendapat tidur yang cukup akan menjadikan wajah anda lebih segar dan ceria keesokan harinya.
- Berilah ruang kepada wajah anda untuk bebas dari solekan. Kulit yang bebas tanpa solekan akan dapat memberi ruang kepada kulit untuk bernafas kerana kulit juga memerlukan oksigen untuk kekal sihat.
- Makanlah makanan yang berkhasiat untuk tubuh badan kerana diri anda adalah apa yang anda makan.
- Elakkan tekanan. Tekanan akan mempercepatkan proses penuaan kulit. Apabila anda berada di dalam keadaan tertekan, lakukanlah perkara-perkara yang boleh menenangkan diri seperti mendengar muzik lembut.
- Menerima diri anda seadanya. menghormati diri sendiri dan menerima diri seadanya akan membantu anda untuk lebih yakin dan gembira untuk melakukan aktiviti seharian. Keadaan yang gembira ini akan menyumbang kepada awet muda.
- Selalu ketawa dan tersenyum kerana ketawa dan tersenyumdapat mengurangkan stress. Elakkan dari muka masam kerana ia akan menampah kedutan pada wajah.
12 comments:
nice entry . .
:)
betul tu..tapi susah nk mulakan..penjagaan makanan sgt penting kan..
sy penggemar minuman berais..ssh nk tinggalkan..
rajin2 follow ler blog sy
http://nora-gelabah.blogspot.com
lame dah tinggalkan ais..nice info...like!
http://azisweetness.blogspot.com/2010/12/2010-kata-pergi-2011-kata-mari.html
Salam...1st tiem ke sini...hmmm, nice entri...ade sorang kawan pmpuan ni, die suka tip2 kecantikan especially awet muda..saya nak repost entri ni kat blog saye eh...thanks
uhh good2~~ nak nak lg!! hee
kdg2 sy malas jge kesihatan diri. tu la pentingnye entry2 peringatan cm gini.
hohohooooo,
Setuju sangat dengan petua ni. =D
P.S: Suka tengok wanita yg bebas solekan. Kecantikan asli gitu. ;)
Rashid..boleh..tak de masalah.
Waaaa.... Kena report kat IBU! hoho
nice entry...nice picture..ha..ha, mmg minat ngan n.izzah,...sori lari tajuk....
Terima kasih ab@h_Izz
Post a Comment