Thursday, 30 December 2010

Semalam (29/12/2010) seharian tak berblog

Rabu, 29/12/2010 adalah masa untuk anakku Zahin Nuraini mendapatkan suntikan "booster" iaitu suntikan terakhir imunisasi.  Lepas ni merdeka, takyah lagi berulang ke klinik untuk mendapatkan suntikan-suntikan  imunisasi. 

Aku, Ain bertemankan suami pergi ke Klinik Kecil Paya Jaras.  Sampai di klinik lebih kurang pukul 8.30 pagi.  Dapat nombor 33.  Dalam pukul 11.30 pagi baru sampai giliran.  Setelah sesi soal jawab di bilik soaljawab, aku trus dapat giliran untuk masuk ke bilik suntikan.  Apalagi, bila Ain nampak jer nurse tu pegang jarum suntikan, dia trus menjerit menangis sambil meronta-ronta.  Aku terpaksa pegang tangan dan kaki dia agar senang untuk disuntik  Suntikan kali ini di bahagian peha kanan.  Nasib baik lah ain ni menangis sekejap jer.



Hari ni sepanjang hari Ain nampak tak berapa ceria.  Berjalan pun nampak macam orang tempang.  Sian, sakit kaki dia.  Sekejap-sekejap dia datang kat aku suruh hembus.  Jadi sepanjang hari aku habiskan masa dengan dia.  Hari ni dia tidur pun tak lena, sekejap-sekejap terbangun...sebab sakit mungkin.  Dia banyak merengek sepanjang hari.  Menjelang petang badan dia mula panas dan muntah.  Aku berikan ubat demam walaupun kali ini nurse tu tak suruh bagi pun.  Terlupa mungkin.

Waktu malam pun sama, dia banyak merengek, makan pun tak lalu.  Panas badan makin bertambah.  Aku bagi la sekali lagi ubat demam.  Dia berkepit jer ngan aku..tak nak langsung dengan ayahnya.  Hmmm...camner ya!!  Nampak gaya tak dapat la aku nak melawat blog kawan-kawan malam ni.

Sepanjang malam aku selalu terbangun kerana Ain suruh gosok dan hembus kaki dia.  Dua tiga kali aku bangun waktu awal pagi..cadang nak buat entry baru..tapi Ain terbangun dan panggil aku..ades...Takpe la..anak mesti diutamakan.

Khamis (30/12/2010), disebabkan malam tadi aku kurang tidur, pagi ni aku bangun agak lewat iaitu pukul 9.00 pagi.  Setelah kemas temapt tidur, aku memandikan anakku dengan air suam. Lepas tu goreng pisang abu untuk sarapan pagi.  Dalam pukul 12.30 tengahari aku masak sup ayam sebagai salah satu lauk tengahari ku. Moga-moga Ain sukakanya.  Dalam pukul 1.45 petang aku masukkan Ain dalam buaian dan memulakan aktiviti mengenjut buaian.  Dalam pukul 2.00 petang aku buka komputer, belek2 sikit kat shoutbox.  Hmmm ramai juga kawan-kawan yang datang melawat blog ku yang tak seberapanya ini sepanjang ketiadaan ku.  Terima kasih banyak-banyak kerana sudi singgah.

Dengan tidak membuang masa aku usahakan juga untuk manaip entry ini.  Saat dan ketika ini iaitu pukul 3.13 petang, anak ku dah bangun,  dari dalam buaian dia dah menangis dan menjerit-jerit memanggil ku....maaf kawan-kawan, aku terpaksa berhenti dulu disini...

Maaf sebab belum berkesempatan untuk melawat blog kawan-kawan semua....di harap kamu semua mengerti.


31/12/2010 - Ain dah sihat

7 comments:

~ PIJA ~ said...

saya memahami...:)

misSbLurRy said...

ouch sakit nya....

iris said...

patut la CM x muncul2...besenyer dialah yg paling rajin ziarah teman2 ;)

... said...

as salam..
orang abru yang follow admin.
moga cepat sembuh.
ameen..

;)

fya zainal said...

ala ciannya..
semoga ain cepat sihat~

geekz36 said...

my little brader umur almost 2 tahun. hari tu pi klinik, dia ajak balik. dia cakap nanti kena inject kat perut. klaka2

de_kerinchi said...

biar susah sekarang demi anak-anak yang sihat....