Sunday 13 July 2014

Scam Email

Penipuan semakin menjadi-jadi..lihatlah scam email yang saya dapat ni:

Re: Payment Order MRY482-9932

Mrs Helan Kuan
To Recipients

Jul 9 at 7:25 PM
Dear Western Union Beneficiary,
Your transaction of 1,500,000.00 USD has been approved by UNITED NATIONS (UN) in their on going poverty alleviation program 2014 and we have been instructed to start sending you 7,600.00 USD daily using our Western Union system. Send details Full Name, Address, and Phone Number to Helen Kuan at: Email: westernunionmoneytransfer28@kimo.com for more information on your transaction status OR call +601 6254 3857 for inquiries. SPECIAL NOTICE : All E-mail response should be sent to ( westernunionmoneytransfer28@kimo.com ) for confirmation and payment approval. Yours truly Mrs Helan Kuan, Western Union Malaysia

Saturday 12 July 2014

Penyakit Periferi Arteri (PAD) pembunuh senyap


Penyumbatan darah di bahagian kaki akan menyebabkan penyakit vaskular periferi.  Jika tidak dirawat dari awal. pesakit akan merasa sakit berpanjangan pada anggota peha dan betis sebelum kesan gengren (lebam atau hitam).  Penyakit ini dikenali sebagai Periferi arteri (PAD).  PAD juga akan meyebabkan jantung tidak dapat berfungsi dengan baik kerana penyumbatan di bahagian tertentu.  

Penyakit PAD adalah pembunuh senyap dan ia lebih merbahaya daripada kanser jika tidak mendapat rawatan dengan betul.  Penghidapnya boleh meninggal dunia dalam masa singkat atau kehilangan anggota badan yang penting iaitu kaki.

Friday 11 July 2014

Khasiat kopi

Sebelum ini saya telah diberitahu oleh beberapa orang bahawa mengamalkan minum kopi (iaitu salah satu minuman kegemaran saya) adalah sesuatu yang tidak berapa baik terutama sekali kepada kanak-kanak.  Kandungan kafeinnya boleh melemahkan otak anak-anak.  Ia juga tidak boleh di minum oleh orang yang mempunyai penyakit darah tinggi. 

Berlainan pula dari apa yang saya baca dari akhbar Harian Metro bertarikh 7 Julai 2014 ini.  Artikle tersebut ditulis oleh Faizatul Farlin Farush Khan yang bertajuk "Nikmati kopi dengan penuh yakin".   Menurut beliau, banyak kajian menunjukkan meminum kopi bukan sahaja tidak menjejaskan kesihatan, malah banyak memberi manfaat kepada tubuh dan minda seseorang yang gemar menikmati beberapa cawan minuman kopi setiap hari.  Menurut beliau, beberapa kajian turut mendedahkan prestasi kognitif warga emas akan menjadi lebih baik sekiranya mereka menikmati tiga hingga empat cawan kopi setiap hari.  Prestasi kognitif ini merujuk kepada kemahiran berfikir, persepsi, fokus, daya ingatan, keupayaan menyelesaikan masalah serta reaksi tindakbalas terhadap sesuatu situasi serta menajamkan fikiran.

Thursday 10 July 2014

Khasiat Kranberi


KHASIAT BUAT KRANBERIWanita mudah terdedah kepada jangkitan saluran kencing atau lebih dikenali sebagai UTI.  Mengikut statistik, 60 peratus wanita mengalami UTI sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.  Jangkitan ini boleh berlaku melalui hubungan seksual.

Wanita mengandung pula boleh mengalami jangkitan disebabkan perubahan hormon yang membuatkan refluks kencing dan tekanan kepada pundi kencing sebaik kandungan memasuki trimester terakhir.  

Kira-kira 50 peratus daripada wanita yang telah menopaus mengalami UTI disebabkan kadar estrogen yang semakin menurun yang menyebab kekeringan di bahagian saluran kencing.

Di samping wanita dewasa, kanak kanak dibawah usia 2 tahun juga berisiko mengalami jangkitan kerana organ saluran kencing mereka masih belum matang.

Tidak dinafikan lelaki juga boleh mengalami UTI tetapi peratusannya adalah sedikit jika dibandingkan dengan wanita.

Wednesday 9 July 2014

Khasiat strawberi

SEGAR..sedap dinikmati selepas dipetik segarStawberi seperti yang saya baca dari Harian Metro Isnin 7 Julai 2014, mempunyai banyak khasiat.  Di bawah ini saya senaraikan secara ringkas khasiat-khasiat tersebut, iaitu :

1.   Ia mampu membakar lemak yang disimpan di dalam badan.
2.  Ia mampu menguatkan ingatan.
3.  Ia boleh mengurangkan keradangan.
4.  Kandungan flavanoid yang boleh dilihat dari warna merah stawberi tersebut mampu mengurangkan risiko masalah kardiovaskular.
5.  Mengandungi potasium, vitamin K dan magnesium yang penting untuk tulang yang kuat selain boleh menghalang kanser esofagus, menguatkan rambut dan kuku, menganjalkan kulit serta memelihara mata.

Jadi, kepada sesiapa yang pergi ke Cameron Highland patut mempertimbangkan untuk membeli stok stawberi lebih sikit untuk di makan bersama kawan kawan dan seisi keluarga agar kita sama sama mendapat khasiat daripada buah tersebut.

Tuesday 8 July 2014

Puasa bantu tubuh menjadi lebih sihat


Sempena bulan Ramadhan yang mulia saya terpanggil untuk mengeluarkan artikle tentang kebaikan tubuh badan yang kita boleh dapati dari melakukan ibadah puasa.  Maklumat untuk artikle kali ini saya dapat dari akhbar Harian Metro Isnin bertarikh 7 Julai 2014.

Di dalam artikle yang ditulis oleh Faizatul Farlin Farush Khan yang mempunyai tajuk yang sama telah memuatkan sepuluh kebaikan melakukan ibadah puasa kepada tubuh badan kita iaitu:

1.  Menyingkirkan toksin
Bahan-bahan pengawet yang terdapat dalam makanan dalam tin dan makanan yang siap diproses lainnya yang dijual di pasaraya kebanyakkannya mengandungi bahan pengawet.  Bahan pengawet ini boleh menjadi toksin di dalam badan yang boleh menyebabkan pelbagai kerosakan dalam badan dan juga boleh menyebabkan penuaan pramatang iaitu tua sebelum waktunya.  Kebanyakkan toksin ini disimpan di dalam lemak di dalam tubuh kita.  

Apabila kita berpuasa, badan kita terpaksa membakar lemak yang ada dalam badan kerana tiada bekalan makanan baru untuk membekalkan tenaga untuk tubuh.  Apabila lemak dibakar, toksin di dalam lemak tersebut akan dibebaskan.  Proses pembebasan dan pembuangan toksin ini akan dilakukan oleh organ-organ badan secara semula jadi seperti oleh hati (keluar melalui saluran najis) dan buah pinggang (keluar melalui air kencing).