Masalah tumit pecah seringkali berlaku terutamanya kepada wanita. Apabila rekahan semakin teruk, ia amat menyakitkan apabila berjalan. Untuk mengatasi masalah ini, masukkan asam jawa ke dalam sebaldi air dan biarkan seketika. Selepas itu rendamkan kaki anda selama beberapa minit. Lakukanlah tiga kali seminggu. Insyaallah masalah tersebut akan semakin berkurang.
