Wednesday 1 November 2017

Aktiviti menanam cili besar

Lebih kurang dalam sebulan lepas aku ada membeli cili merah dari salah sebuah kedai runcit yang berdekatan.  Mahal betul cili merah sekarang ni.  RM14.00 satu kilogram.  Aku beli 3 biji cili merah. Setelah ditimbang ....harganya ialah RM2.70.  Secara purata harga sebiji cili merah ialah RM0.90.

Di sebabkan harga cili yang mahal....aku mendapat ilham untuk menanam cili besar di belakang rumah ku, di atas tanah sekangkang kera yang terbiar kosong.  Cili besar tersebut, ku ambil benihnya dan ku rendam dengan air garam selama beberapa hari.   Setelah itu benih tersebut ku semai di salah sebuah pasu di hadapan rumah.  Dalam sebulan jugalah anak-anak pokok cili tersebut baru sedia untuk dipindahkan ke tanah,

Sebelum anak-anak benih di pindahkan, tanah perlu disediakan dulu.  Aku gembur tanah dengan menggunakan cangkul kecil.  Batu-batu yang ada di dalam tanah ku masukkan ke dalam beg plastik.  Setelah selesai...tanah tersebut ku campurkan dengan tahi ayam yang ku beli dari Persatuan Peladang yang berada berdekatan dengan rumah ku.  Setelah digaul, tanah tersebut ku biarkan dalam seminggu.

Pagi tadi anak-anak benih telah siap ku pindahkan ke tanah.  Di harap pokok ini akan terus subur dan menghasilkan buah-buah yang banyak.  Insyaallah.



                                  Ini lah dia kebun mini cili merah tu.  JOM BERKEBUN!!!