Sunday 29 January 2017

25 Februari 2017 akan berlakunya Tsunami Mega



Berita yang agak mencemaskan ini saya baca dari akhbar Kosmo bertarikh 28 Januari 2017 bersamaan hari Sabtu 29 Rabiulakhir 1438 H.  Berita ini menyatakan bahawa sebuah asteroid didakwa akan terhempas di Bumi selepas dikesan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) tahun lalu.

NASA sebelum ini memberitahu bahawa asteroid atau komet yang dikenali sebagai 2016 WF9 itu dikesan mengelilingi sistem suria tahun lalu dan kini telah menghampiri orbit planet Musytari.

Walaupun NASA mengatakan objek misteri itu tidak membahayakan kerana berada pada jarak sejauh 51 juta kilometer dari bumi, seorang ahli teori konspirasi dari Rusia iaitu Dr. Dyomin Damir Zakharovich berkata bahawa asteroid tersebut akan terhempas di Bumi pada 25 Februari 2017 dan sekaligus akan mencetuskan tsunami mega.

Asteroid 2016 WF9 itu ditemui oleh Neowise NASA dan dianggarkan berukuran antara 0.5 hingga 1 kilometer.

"Jika asteroid itu terhempas di Bumi, ia boleh memusnahkan bandar atau menyebabkan trunami besar.  Kita semua dalam bahaya.", kata Zakharovich.