Saturday 24 January 2015

Lala goreng serai

Bahan-bahannya :

1 kg "lala" segar (kalau dapat yg masih hidup) cuci bersih dan toskan
2 batang serai, dititik
4 biji bawang merah, hiris halus
3 ulas bawang putih, diketuk
1 inci halia, diketuk
1 camca besar sos tiram
3 tangkai cili kering, hiris serong dan rendam
Sedikit garam
2 camca besar minyak untuk menumis
Hirisan daun bawang secukupnya untuk hiasan

Cara Membuatnya :

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis cili kering dan goreng hingga wangi. Masukkan bawang hiris, bawang putih, halia dan serai. Kacau rata.
  2. Tambah sos tiram, gaul rata dan masukkan lala. Gaul hingga rata. Tuang sedikit air (anggaran 1/3 cawan). Tutup kuali dan masak 5 minit dengan api kuat. Kacau rata dan tambah sedikit garam jika perlu.
  3. Angkat dan taburkan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan panas2 bersama nasi hangat dan sambal belacan

Thursday 22 January 2015

Ayam masak ungkep

Bahan-bahan ( 4-6 orang )

1 ekor ayam (dipotong 12, lebih elok sekiranya ayam tua@ayam kampung)

Bahan-bahan A (untuk dikisar)
2 labu bawang besar
10 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
20 tangkai cili padi (kalau nak lagi pedas tambahkan lagi cili padi)

Wednesday 21 January 2015

Sotong paprik

-bahan ( 2 orang )

  • 3 ekor sotong
  • 1 sudu sos tomato
  • 1 sudu sos cili
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu kicap pekat
  • 2 batang kacang panjang - dipotong 1 inci
  • 1 biji bawang besar - dihiris
  • 1 batang serai - dititik
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 batang lobak merah - dihiris memanjang
  • garam dan serbuk perasa
  • 2 sudu minyak masak

Tuesday 20 January 2015

Ayam goreng berempah


bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam (dipotong ikut suka)
  • 2 sudu besar serbuk kari daging
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 1/2 cawan tepung goreng serbaguna/ala KFC
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil gula
  • garam secukupnya
  • 2 tangkai daun kari

Friday 16 January 2015

Kentang putar

Kentang Putar
Bahan-bahan ( 5 orang )

Bahan A untuk kentang putar
5 biji kentang dibuang kulit dan dipotong 4
Sedikit lada hitam(kalu nk pedas bubuh la lebih)
Garam secukup rasa
1 sudu susu pekat manis

Tuesday 13 January 2015

Tips untuk genius

Hari ini apabila saya menerima satu message 'whatsapp', saya terpanggil untuk berkongsi untuk renungan kita bersama.   Ia sangat bagus untuk diamalkan oleh umat Islam dan amat bagus jika dijadikan amalan untuk anak-anak kita.  Melentur buluh biar dari rebungnya.

"Walaupun tidak tau siapakah pengirim asalnya....di sini saya salin 100 peratus apa yang ditulis.  Semoga penulis dan semua penyebarnya mendapat balasan baik dari Allah. Cuba amati apa yang dikatakan oleh penulis di bawah: 

Monday 12 January 2015

10 tanda penting kehamilan

Tanda Awal Kehamilan dan Ciri-Cirinya, Apakah Saya Hamil
Ada 10 tanda-tanda kehamilan yang wanita perlu beri perhatian sebagai persediaan untuk menghadapi kehamilan iaitu:

1.  Mengidam
  • Apabila anda teringin sangat-sangat untuk memakan sesuatu, ia dipanggil mengidam.  Ia kadangkala menunjukkan tanda-tanda bahawa anda telah hamil, tetapi ia perlulah disertai dengan tanda-tanda lain kehamilan.  Bila ini terjadi, anda perlu mula mengira hari haid pertama, haid terakhir anda.
2.  Warna areola menjadi gelap
  • Jika kulit di sekeliling puting payudara anda menjadi lebih gelap, ini mungkin bermakna proses persenyawaan berjaya.  Tetapi ia juga mungkin disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon.  

Sunday 11 January 2015

Kebab Kambing


Ramuan:

1 kg daging kambing hancur (import Australia)
1 sudu besar pes cili Arab
1 sudu besar serbuk lada hitam
1/2 sudu besar garam halus

Cara membuatnya:

Gaul daging bersama ramuan perapan sehingga sebati.  Kepal setiap 100gm daging yang diperap pada kayu pencucuk pada saiz sesuai bagi tujuan bakar.  Bakar 15 minit dan boleh disajikan bersama roti dan pencicah.

Sumber:  Metro Ahad, 4/1/2015 oleh Munif Ahmad (Vokalis utama kumpulan nasyid Hijjaz)

Daun belalai gajah



Nama saintifiknya 'clinacanthus' daripada keluarga 'acanthaceae'.  Pokok yang dikenali sebagai Sabah Snake Grass (SSG) ini dikatakan berasal dari Thailand selain tumbuh di kawasan beriklim Tropika.

Belalai Gajah adalah sejenis herba yang popular dalam perubatan tradisional Thai dan China.  Ia sejenis tumbuhan herba yang mempunyai struktur batang kecil dan panjang.  Ia sejenis tumbuhan renek yang tumbuh menegak dengan batang berkayu.  Jika tidak dicantas, ia mempunyai ketinggian 2.5 meter.

Friday 9 January 2015

Semak pakej pelancungan





Apabila anda mengambil keputusan untuk melancung dengan menggunakan servis agensi pelancungan, anda haruslah menyemak dan memastikan bahawa pakej yang diambil mengikut keperluan dan tiada kos tersembunyi untuk mengelakkan ditipu oleh agensi pelancungan.

Antara perkara yang perlu dikenalpasti adalah :

1.  Teliti waktu penerbangan
  • Sesetengah pakej memang nampak murah tetapi waktu penerbangan berlepas pada waktu petang dan dijangka tiba ke destinasi pada waktu malam.  Ini akan menyebabkan anda hilang 'satu hari' kerana walaupun anda sampai pada waktu malam dan cek-in pada waktu malam juga, ia tetap dikira satu hari.
  • Ada sesetengah pakej menunjukkan perbezaan harga yang mahal sedikit, namun waktu penerbangannya pada awal pagi dan sampai sebelum tengah hari.  Selepas cek-in ke hotel, anda ada masa untuk melancung pada hari tersebut.

Wednesday 7 January 2015

Bunuh diri tanpa sedar kerana terlalu obses dengan kerjaya


Arbeiten und kein Ende: Zu viel Eifer wird zum Killer - nicht nur für die Karriere

Mengikut kajian yang dijalankan oleh Yayasan Sains Nasional Amerika Syarikat, sebanyak 26 peratus penduduk Amerika Syarikat tetap ke tempat kerja walaupun jatuh sakit, manakala 34 peratus lagi hanya menunggu sehingga rasa kritikal sebelum membuat keputusan untuk berehat.


Sick Building Syndrome
Tahukah anda bahawa kita terdedah kepada lebih 500 jenis bakteria disebabkan isu ini?  "Sick Building Syndrome"  boleh berlaku di mana apabila beberapa pekerja mengadu mengalami simtom sakit yang sama seperti sakit kepala, sakit tekak, rasa lesu dan tidak bermaya berlaku, namun tiada penyakit khusus yang boleh dikenal pasti.

Saturday 3 January 2015

Azam tahun 2015- pengurusan wang yang lebih baik


Bila nak memasuki awal tahun jer, ramai yang membuat azam baru.  Azam baru tahun 2015 bermaksud target yang kita ingin capai untuk tahun 2015 ini.  Azam bukanlah angan-angan kosong.  Bila kita telah berazam, cuba rancang dan capainya sebaik mungkin.  Salah satu azam yang tak patut di ketepikan adalah azan kewangan.

Pengurusan wang yang baik adalah amat penting untuk kesinambungan hidup yang baik untuk masa akan datang.  Azam tahun 2015 yang patut dipertimbangkan adalah:

1.  Pengagihan ppendapatan lebihan dan yang di luar jangka
  • Apabila anda pendapat pendapatan lebihan atau di luar jangkaan, pada tahun ini, anda patut mempertimbangkan untuk membahagi-bahagikan wang tersebut.  bahagikan ia kepada tiga bahagian.  Bahagian pertama adalah untuk membayar hutang, bahagian kedua untuk disimpan dan selebihnya barulah boleh dibelanjakan.

Friday 2 January 2015

Sarapan nasi goreng bersama air carot susu

Ketika aku sedang menyemak bacaan anak ku membaca buku cerita, tiba-tiba kedengaran suara budak lelaki memberi salam. "Waalaikum salam"' sahut ku.   "Ummi!, Fakrol datang", kata anakku.  Aku lantas mengambil kunci dan bergerak ke luar ke arah pagar luar rumahku.   Semasa berjalan keluar ku lihat ada sesuatu di tangan Fakrol.  "Nasi goreng", kata Fakrol.  Aku mengambil pinggan yang dipegang oleh Fakrol dan mengucapkan terima kasih.  Alhamdulillah rezeki , kata hati ku.

Nasi goreng ku letakkan di atas meja jepun di ruang tamu rumah ku.  Aku merenung nasi goreng tersebut, dan aku berfikir...."makan nasi ni mesti nak minum air, nak buat air apa ya?" Lalu aku terlintas untuk membuat minuman karot susu untuk ku gandingkan dengan nasi goreng tersebut.

Thursday 1 January 2015

Pil perancang keluarga dan kesan sampingannya

 
Untuk melambatkan mengandung, merancang jumlah anak dan untuk menjarakkan kelahiran, kebanyakan wanita mengambil pil perancang keluarga.  Semua wanita dan para suami harus tau jenis dari kumpulan manakah yang harus diambil oleh para isteri. 

Pil perancang keluarga terdapat dua kumpulan iaitu kumpulan yang mengandungi dua hormon (estrogen dan progestin) dan kumpulan yang mengandungi satu hormon sahaja (progestin).  Pil yang mengandungi satu hormon sesuai untuk ibu yang masih menyusukan anak kerana ia tidak mengganggu penghasilan susu badan.  Pil yang mengandungi dua hormon lebih sesuai untuk diambil oleh wanita yang belum melahirkan dan tidak lagi menyusukan anak kerana ia lebih berkesan untuk mencegah kehamilan jika diambil dengan turutan yang betul (sistematik).