Sembelit boleh menyumbang kepada masalah penyakit kronik kepada anak anda. Oleh itu jangan dipandang ringan jika mereka mengalami masalah ini. Tanda-tanda anak anda mengalami sembelit adalah mereka mengalami senak perut, kurang selera makan, gelisah dan kerap buang air kecil.Sembelit berlaku kerana najis mereka keras dan kering. Ia adalah kerana anak anda jarang membuang air besar. Faktor utama sembelit adalah kerana kekurangan kandungan serat di dalam diet harian mereka dan juga kerana kekurangan jumlah air yang diminum. Serat dan jumlah air yang cukup adalah sangat penting untuk pergerakan makanan di dalam usus. Gangguan pergerakan makanan dalam usus akan menyebabkan najis terkumpul dan akan menyebabkan najis keras dan menyukarkan pembuangan air besar.