Jumaat, 8 Februari 2013

Khasiat pokok pasak bumi kepada pesakit kencing manis (diabetes)

Pokok pasak bumi banyak terdapat di muka bumi.  Ia begitu mudah untuk hidup dan apabila sudah matang, akan menghasilkan biji benih yang banyak. 

Ramai mungkin tidak mengenali pokok pasak bumi ini.  Kemungkinan pokok ini banyak ada di sekitar halaman rumah anda.

Adakah anda tahu bahawa daun pokok ini mampu menurunkan kadar kandungan gula dlaam badan kepada pesakit kencing manis?

Kelebihan daun pokok pasak bumi ini diceritakan oleh jiran saya iaitu Makcik Mah yang dia sendiri adalah pesakit kencing manis.  Beliau telah beberapa bulan mengamalkan meminum air pasak bumi ini setelah diberitahu khasiatkan oleh kawan beliau.  Sebelum mengamalkan minuman ini, tahap kencing manis beliau adalah 9.  Kini yang terbaru (setakat 8 Febuari 2013), tahap kencing manis beliau telah menurun kepada 6. 

Cara mengamalkan minuman herba ini, seperti yang disarankan dan diamalkan oleh beliau ialah, mula2 ambil sehelai daun pokok ini dan rendamkannya kedalam air panas.  Tunggu air tersebut sehingga menjadi suam-suam kuku barulah diminum.  Amalkanlah seminggu dua kali.  Insyaallah, tahap kencing manis anda akan beransur-ansur berkurang. 

Untuk anda yang bukan pengidap penyakit kencing manis, sebaik-baiknya jangan mengamalkan amalan ini kerana ia akan mengurangkan tahap gula di badan anda sehingga boleh menyebabkan badan menjadi lemah.


Khamis, 22 November 2012

Cara tradisional untuk menguatkan tulang

Petua yang akan saya sampaikan ini adalah sangat sesuai untuk orang yang mengalami patah tulang, tulang reput dan juga kanak-kanak yang mempunyai struktur tulang yang tidak kuat.  Petua ini disampaikan kepada saya oleh pengamal perubatan tradisional dan tukang urut iaitu Pakcik Nan dari Sungai Pelong, Sungai Buloh Selangor.

Cara-caranya adalah, untuk kanak-kanak, campurkan 7 ranting pokong tulang-tulang dan 1 sudu kecil halba.  Rebuskan bahan tersebut bersama sedikit air.  Apabila air tersebut telah sejuk, beri kanak-kanak tersebut minum.  Amalkan sekurang-kurangnya 21 hari atau lebih.  Insyaallah tulang kanak-kanak tersebut akan bertambah kuat dari sehari ke sehari.

Untuk orang dewasa yang mengalami masalah patah tulang dan sebagainya pulapula, gunakan sukatan yang lebih dari itu.  Amalkan juga selama sekurang-kurangnya 21 hari.

Rabu, 21 November 2012

Cara tradisional untuk melegakan demam panas

Demam panas adalah sesuatu yang merbahaya kepada kanak-kanak mahupun kepada orang dewasa.  Ia boleh menyebabkan pengidap mengalami masalah down sindrom, merencatkan pembesaran tubuh badan, mengganggu sistem saraf dan juga mengganggu fungsi otak.  Tindakan pantas perlu diambil apabila anda mendapati anak anda atau anda sendiri mengalaminya.

Di sini saya ingin berkongsi dengan anda cara-cara untuk melegakan demam panas cara tradisional.  Petua ini diberikan oleh Pakcik Nan iaitu seorang tukang urut dan pengamal perubatan tradisional dari Sungai Pelong, Sungai Buloh, Selangor.  Petuanya adalah, ambil beberapa helai daun rambutan, beberapa helai daun durian dan beberapa helai daun resam.  Daun-daun tersebut hendaklah diramaskan kedalam setengah baldi air.  Setelah dibuang hampas daun dan ditapis, air tersebut hendaklah dibuat sebagai bilasan terakhir mandi.  Biarkan air tersebut kering di badan.  Insyaallah ia akan dapat meredakan demam panas.
Walaupun telah mandi air dedaun ini, kanak-kanak atau pengidap demam panas tersebut hendaklah juga bertemu doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut.