Friday, 31 December 2010

Tips menguatkan akar rambut menggunakan air batang pisang

Ini adalah petua yang diamalkan oleh arwah unyang saya sebelah emak.  Ini adalah kelebihan kepada orang yang duduk di kampung dan ada menanam pokok pisang.  Apabila menebang pokok pisang untuk mengambil buahnya, tebanglah pokong pisang itu dengan meninggalkan batang pisang agak-agak setingi pinggang.

Apabila telah ditebang, koreklah dan buanglah bahagian tengah batang pisang itu agak-agak setengah bahagiannya dan tutup ruang yang terdedah itu dengan daun pisang.  Kesokkan harinya bahagian yang kosong tersebut akan dipenuhi dengan air jernih.  Gunakan air ini untuk membasuh rambut dan biarkannya kering di kepala..  Amalkan selalu, insyaallah akar rambut anda akan semakin kuat dan sihat yang akan menghasilkan rambut yang cantik.

6 comments:

abadi romeo said...

Susahnya nak jaga rambut..bawak duit pergi kedai runcit mamak..simple..nak cari pokok pisang satu kerja lak..

Nafisa81 said...

kikiki...kalau dok kampung takde masalah..pokok pisang senang ditanam, senang dijaga..kalau kat bandar...jgn kata pokok pisang cekodok pisang pun payah nak jumpa

Abu Luqman said...

salam singgah pagi...dah biasa guna ka..saja tanya je...kita nak try

Cempakamelati said...

Abu Luqman - masa arwah masih hidup dulu selalu guna sebab masa tu duduk ngan arwah, dan arwah banyak tanam pokok pisang. Dulu rambut saya lebat dan panjang sampai ke pinggang. Sekarang dah duduk sendiri, tanah pun sekangkang kera jer kat belakang umah, jadi lama dah tak buat.

Air batang pisang tu macam air sejuk jer, macam air biasa, tapi jernih betul dan sejuk. Kalau pokok pisang ada kat kawasan rumah, sayang kalau bila tebang dan buah nya diambil, air batang pisang tu tak di manfaatkan.

oktant said...

Salam. Dapat satu petua baru hari ni. Terima kasih. =)

apeyx said...

kalau xde rambut bleh x wat petua ni utk tumbuh byk