Monday, 27 December 2010

Kekerapan kehamilan dan kesannya

Wanita yang hamil dengan jarak yang terlalu dekat mempunyai risiko yang tinggi untuk menghadapi masalah-masalah seperti kelahiran pramatang, bayi terlalu kecil dan bayi mati sewaktu dilahirkan.  Dr. Gordion Smith dari University Cambridge, London, mengatakan bahawa jarak kehamilan yang terlalu dekat akan menyebabkan si ibu mempunyai waktu yang terlalu singkat untuk memulihkan keadaan rahimnya.

Menurut Dr, Adilah Ahmad, iaitu Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pusrawi , Jalan Ipoh, Kuala Lumpur mengatakan bahawa, sewajarnya kaum ibu merancang kehamilan berikutnya setelah kedudukan dan kesihatan rahim kembali sempurna.  Kajian menunjukkan bahawa kehamilan dalam tempoh enam bulan selepas bersalin berisiko dua kali ganda meahirkan bayi tidak cukup bulan iaitu kelahiran dalam tempoh 24 ke 32 minggu usia kandungan.  Ia juga adalah salah satu faktor yang boleh menyebabkan kematian bayi ketika dilahirkan.



Merancang kehamilan adalah sangat perlu kerana :
  • Kesan psikologi - Tidak bersedia untuk mengandung adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada perasaan panik, khuatir dan menyalahkan diri sendiri.  Ramai ibu yang mengambil keputusan menggugurkan anak kerana faktor ini.
  • Kekurangan darah (anemia) - Proses kelahiran mengakibatkan kehilangan banyak darah.  Kelahiran secara normal dan tidak bermasalah pun akan menyebabkan kehilangan darah sekurang-kurangnya 200 ke 400 ml.  Ini tidak termasuk darah nifas iaitu darah yang keluar selepas proses kelahiran.  Waktu berpantang adalah waktu yang sangat baik untuk mengembalikan semula paras hemoglobin darah seperti sedia kala.  Tempoh berpantang yang biasa diamalkan ialah selama 44 hari hingga 100 hari.  
  • Rahim jatuh - Istilah perubatan bagi keadaan ini adalah prolaps uterus.  Ia turut mengganggu pundi kencing, usus besar dan faraj.  Prolaps sering dikaitkan dengan bilangan kelahiran.  Semakin banyak jumlah kelahiran, semakin tinggi risiko menghadapi keadaan ini.  Ia akan lebih dirasai apabila umur semakin meningkat. 
  • Kematian ibu- Ini adalah dikaitkan dengan ibu yang telah melahirkan lebih dari lima orang anak.  Kebanyakannya adalah disebabkan oleh kehilangan terlalu banyak darah sewaktu bersalin.
Jarak kehamilan yang baik
  • Untuk kesihatan ibu dan anak, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggalakkan jarak diantara 2 tahun ke lima tahun.  Kehamilan yang di bawah 2 tahun dan lebih dari 5 tahun mempunyai risiko kepada kesihatan ibu dan anak.
  • Ia perlu disesuaikan dengan keperluan pasangan masing-masing iaitu berapa jumlah anak yang diingini.  Sebagai contoh; jika memerlukan dua orang anak dan usia ibu masih lagi muda, panduan diatas sewajarnya diikuti, tetapi jika wanita itu berusia 35 tahun, dan menginginkan seramai tiga orang anak, jarak kehamilan boleh dikurangkan dan ibu tersebut perlu lebih berhati-hati untuk menjaga kesihatan dirinya.
  • Bagi ibu yang menjalani pembedahan ceasarean, jarak kelahiran sekurang-kurangnya dua tahun wajar diamalkan.  Parut keratan pada dinding rahim tidak lagi sekuat dahulunya untuk menahan kontraksi kelahiran dan dikhuatiri rahim akan meregang atau pun pecah sehingga membahayakan nyawa ibu dan anak yang dikandung.

17 comments:

Pendekar Berkuda said...

yeke?? betul ke? boleh percaya bulat2 ke??

pendekar ada 9 orang adik beradik... jarak umur tak banyak beza pun...cuma setahun dan 2 tahun je... cuma yang last je jauh sikit...

macam mana tu?? semua adik beradik pendekar sehat2 belaka...

Iena farina said...

doktorkan hanya buat kajian melalui pembelajaran...yg hanya tahu segalanyer ALLAH swt :)
menjarakkan kelahiran utk merapatkan kasih sayang pd anak sesekurang 2thn :)

Cempakamelati said...

Pendekar berkuda: saya pun hanya menulis dari pembacaan saya. Saya setuju dengan Iena farina.

Dagang2u said...

Rezeki, Ajal dan Maut ketentuaan Allah Swt....kita hanya merancang, tuhan menentukan. Terima kasih untuk perkongsian.

NURUN said...

TQ FOR THAT INFO. WLAUPUN SAYA TAK KAWIN LG, MMG BAGUS INFO NI. BOLE PREPARE AWL2. =)

Sharifah nor said...

lega...kpah dah pencen beranak...

ARIFFDA said...

dlm usaha utk menambah hamba Allah SWT :)

kiz said...

haah...kita ada 8 adik beradik selang setahun..alhamdulillah sihat ..
apa yg penting nasib baik bukan aku yang mengandung..huhu

emymilia said...

ermm..takut pula bila baca...

tapi setiap yang berlaku itu atas kehendak dan keizinan-Nya juga kan...

terima kasih krn kongsikan info ini..:)

burnkelana said...

info berguna..

deCrewz said...

Nice info.. tp no komen..he3. pompuan punya hal.. Tp laki kena ambil tahu jugak nih..Da kawen sok reti bahasa ckit..hu3

deCrewz said...

Rasanya benda ni patut diusulkan dalam kursus kawen.. Eh, dlm kursus kawin dah ada ke nie? Jai x tau sbb blm penah g kursus..

iris said...

sye pernah alami sndiri jarak slps kelahiran anak 1 selang 2 bulan pregnant lg sbb mse tu muda x tau apa2 akibatnye bleeding kandungan yg ke-2 tu admitted hosp dr kandungan berusia 4 bln hingga kelahiran akibatnye my son lahir x ckup bulan co'z jarak yg terlalu rapat uri bawah, bleeding tp alhamdulillah my son sihat smpai skunk ;)

Lyana said...

alhamdulillah..seb baik anak2 yana sihat2 belaka walaupun banak tiap2 tahun..hukhukhuk

hijauoren said...

bergantung juge.. mcm sy anak 1st ngn 2nd jarak 13 bulan stgh je... rezeki... x smpt nk pkai perancang segale... tau2 je preknen lg... tp kat hosp mmg dokto nes sume agak bising jugek la.. ase mcm x patut juge deme begitu kan sbb dh sarat dh mase tu.. nk bising pon x gune.. patutnye bg nasehat utk 3rd nnt mcm mane n bg kaunseling camne nk hadapi kelahiran 2nd tu dgn tenang.. kan kawan2? hehe byk lak bebel

Cempakamelati said...

hijauoren - ya betul hijauoren, rezeki itu di tangan Allah. Dia yang Maha Berkuasa. Dia kata jadi, maka jadilah ia. Manusia hanya mampu membuat kajian dan teori. Ketentuan semua di tanganNya.

mummy said...

Sy dh melhrkn any ntuk kali yg ke8.jarak kehamilan pn tak jauhmselang 1 & 2 thn je..skrg umr sy dh 29, nak tanya...kalau sy nk pregnant lg boleh tak???ada risiko tak????