Saturday 25 December 2010

Demam kuning- cegahnya untuk mengelakkan kecacatan

Demam kuning sering terjadi kepada bayi baru lahir.  Ramai yang menganggap ini adalah perkara biasa.  Secara kebiasaannya, petua yang diberikan oleh orang-orang tua adalah memberi susu kambing kepada bayi tersebut dan juga dengan menjemur bayi dengan panas mentari pagi.

Demam kuning yang juga dikenali sebagai penyakit jaundis sebenarnya boleh membawa kematian atau kecacatan seumur hidup jika tidak dirawat dari awal.   Oleh itu ibu bapa perlu tahu tentang kaedah paling berkesan untuk merawat penyakit ini dan bukan bergantung semata-mata dengan rawatan tradisional.



Demam kuning terjadi kerana wujudnya bahan kumuhan dalam darah yang juga sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai bilirubin.  Ianya ditapis oleh hati dan dibuang melalui najis dan air kencing.  Tahap bilirubin yang tinggi dalam darahlah yang boleh membawa kepada kematian dan yang boleh menyebabkan kecacatan otak dan sistem saraf. 

Demam kuning ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu:


1.  Demam kuning normal (phisiological jaundice)
Ini terjadi kerana hati bayi belum cukup matang untuk menapis bilirubin, atau juga disebabkan oleh penguraian sel darah merah yang cepat.  Kandungan bilirubin ini akan menyebabkan kulit dan mata bayi bewarna kekuningan sejak dilahirkan lagi dan akan hilang dalam tempoh satu atau dua minggu.

2.  Demam kuning pramatang
Ini terjadi kerana hati bayi belum sempurna terbentuk.  Oleh itu hati bayi masih belum mampu untuk menapis bilirubin dengan sempurna .  Ini menyebabkan demam kuning akan terjadi lebih lama. 

3.  Demam kuning susu ibu ( Breast milk jaundice)
Demam kuning jenis ini amat jarang berlaku.  Kebarangkaliannya adalah satu atau dua peratus sahaja.  Ianya  berlaku apabila susu ibu mengandungi bahan yang menghalang pembuangan bilirubin.  Bayi pada awalnya dilahirkan normal.  Kekuningan hanya muncul  pada hari keempat hingga hari ketujuh kelahiran.  Ianya akan hilang sepenuhnya antara tiga hingga sepuluh minggu.  Sepanjang tempoh ini, bayi tidak dibenarkan meminum susu ibu.

Tanda demam kuning
Untuk mengetahui bayi anda demam kuning ke tidak, anda harus memeriksa bahagian bawah putih mata dan kulit bayi.  Jika ke dua-dua bahagian ini bewarna kekuningan, dan jika kulit bayi apabila ditekan dengan lembut menunjukkan warna kekuningna dengan lebih jelas, ini menunjukkan bahawa anak anda menghidapi demam kuning.

Apabila bayi menangis dengan kerap, enggan menyusu dan badannya lemah tidak bermaya, ini menandakan demam kuning telah sampai ke tahap bahaya.  Selain dari itu bayi juga akan mengalami kekejangan.  

Kesan demam kuning terhadap bayi
Demam kuning yang kronik boleh menyebabkan otak bayi mengalami kerosakan sehingga mengakibatkan kerencatan akal.  Bayi juga terdedah kepada risiko untuk mengalami masalah pendengaran dan berkemungkinan menjadi pekak.

Cara rawatan
Bayi akan diberikan rawatan fototerapi iaitu bayi akan diletakkan dibawah pancaran cahaya lampu ungu (ultraviolet).  Sepanjang tempoh rawatan, pakaian bayi akan ditanggalkan, manakala mata mereka akan ditutup untuk mengelakkan kemasukan cahaya yang berlebihan.  Selain dari itu rawatan fototerapi yang menggunakan selimut yang mengeluarkan cahaya juga dilakukan.

Tujuan utama kedua-dua rawatan tersebut adalah untuk mengawal kenaikan bilirubin dalam tubuh bayi agar ia tidak mencapai tahap bahaya.  Ia juga dapat membantu tubuh bayi untuk menghapuskan kandungan bilirubin yang terkandung dalam tubuh mereka.

Sepanjang tempoh rawatan susu perlu diberikan sebanyak mungkin bagi mengelakkan kekeringan atau dehidrasi serta untuk menurunkan tahap bilirubin dalam darah.  Lebih banyak susu diminum akan membolehkan lebih banyak bilirubin dikeluarkan dari tubuh melalui pembuangan najis dan air kencing.

Tempoh rawatan adalah bergantung kepada tahap kandungan bilirubin dalam darah.  Jika kandungannya terlalu tinggi, darah bayi terpaksa ditukar. 

Fakta penting yang harus diketahui
Rawatn tradisional seperti menjemur bayi dibawah sinaran matahari tidak lagi sesuai untuk diamalkan kerana ia boleh mengakibatkan kekeringan dan peningkatan bilurubin dalam darah.  Selain dari itu, panahan cahaya matahari boleh mendatangkan kesan buruk kepada mata bayi.

10 comments:

memumme said...

BF-mother's milk adalah penawar pilihan mumme...

iris syuhada said...

pengalaman sendiri bila anak demam kuning jemur, minum susu kambing dan mandikan dengan herba yg dibeli dari kedai ubat cina

rafina mimi abdullah said...

anak sulong saya mengidap jaundis yg agak teruk pada usianya satu minggu..kesan dari itu kini dia menghidap penyakit autistik tahap rendah..

Shino said...

bahaya dmm kuning ni yea...kn pndai uruskn bayi utk elk dari jd lg truk...info ni sgt bgs...

ab@h_Izz said...

anak sya yg boy baru ni kena G6PD + kuning..10 hari tahan wad...kena lampu Ultra gak...cian dierr

Anonymous said...

Waaw.. Begitu rupanya.. Hurm.. BAGUS lar Ash dpt pngatahuan :D

akubiomed said...

Susu ibu tidak cukup untuk mengurangkan gejala jaundice ini dan rawatan paling berkesan adalah meletakkan dibawah lampu biru kerana bayi yang baru dilahirkan anggota dalam belum fully develop. Berjemur pun boleh tetapi di awal pagi.

Kalau dah kronik saya tak galakkan menggunakan rawatan tradisional seperti minum susu kambing

ANISRAHIM said...

Allah..smpi ade y jdi penyakit..moga dapat pahala dari dugaan y datang,,,Amin

Faizal n Fashitah said...

My 1st baby masa baru lahir pun kene demam kuning gak. Saya mandikan dengan herba yg dibeli dari kedai ubat cina. Memang mujarab. Kalo nak senang lagi, awal pagi jemurkan baby tu XD

mkamar said...

Terima kasih kerana berkongsi informasi.

Anak kami last year pun kena jaundice,,,baru lahir jaundice reading lebih kurang 280, doctor suruh masuk wad. Memang pening, isteri baru bersalin dah kena masuk wad. NAsib baik ada kawan baritahu ada website (http://www.hometherapyy.com) tel : 0123404007 menawarkan khidmat menyewa mesin LED PHOTOTHERAPY. Kami buat rawatan kat rumah…selesa dan selesai masalah. Lepas 3 hari turun to normal 150….ALHAMDULILAH . Kemudahan TUHAN bagi dengan teknologi sekarang dapat membantu mereka yang memerlukan dan selamat.