Tuesday, 14 December 2010

Kenali Diabetes

 
Apakah diabetes

Diabetes adalah penyakit yang disebabkan oleh wujudnya masalah dalam pengeluaran insulin oleh organ pankreas.  Ia terjadi sama ada tidak ada langsung insulin yang dihasilkan oleh pankreas atau insulin yang dihasilkan tidak mencukupi untuk menampung keperluan tubuh badan.  Kekurangan atau ketiadaan insulin ini akan menyebabkan tubuh tidak boleh menggunakan glukosa secara optimum yang mengakibatkan jumlah glukosa dalam darah meningkat.  Kandungan glukosa yang berlebihan ini akan menyebabkan banyak komplikasi perubatan.




Jenis diabetes
Diabetis terbahagi kepada 2 jenis iaitu:
  1. Diabetis jenis 1- Diabetes jenis ini adalah di mana pankreas tidak langsung menghasilkan insulin.  Pesakit yang mengalami diabetis jenis 1 ini perlu menyuntik diri mereka dengan insulin setiap hari.  Jika tidak mereka akan berisiko untuk menemui ajal (walaupun kita tahu ajal itu di tangan Allah).    Diabetes jenis ini tidak mengenal peringkat umur.  Sesiapa sahaja boleh mengalami penyakit ini termasuk kanak-kanak. 
  2. Diabetis jenis 2 - Diabetes jenis ini, pankreas masih mampu mengeluarkan insulin tetapi dalam jumlah yang tidak mencukupi untuk kegunaan tubuh atau tubuh tidak menggunakan insulin yang dikeluarkan dengan berkesan.  Untuk pengidap diabetes jenis 2 ini, mereka tidak perlu mendapatkan suntikan insulin.  Apa yang mereka perlu lakukan adalah mengawal dan menjaga jenis pemakanan, bersenam dan mengambil ubat.  Diabetis jenis 2 ini biasa menyerang mereka yang berumur 45 tahun dan keatas.
Insulin

Komplikasi yang akan di hadapi oleh penyakit diabetes
  1. Penyakit mata - ia mampu merosakkan mata sehingga mata jadi buta.
  2. Penyakit buah pinggang - 20 ke 30 peratus pesakit diabetis mengalami kegagalan buah pinggang.
  3. Penyakit saraf - 50 peratus dari pesakit diabetis mengalami masalah saraf seperti kehilangan deria rasa kaki dan tangan.  Organ tertentu seperti jantung, mata, perut, buah pinggang dan zakar juga sukar berfungsi.
  4. Penyakit kardiovaskular - risiko kematian meningkat antara 2 hingga 4 kali lebih tinggi.
  5. Amputasi (pemotongan bahagian tubuh) - diabetis adalah penyebab utama amputasi di kalangan mereka yang tidak terlibat dengan kemalangan jalan raya.
  6. Strok dan serangan jantung.
Tanda-tanda jika anda mengidap diabetes.  Segeralah berjumpa doktor andai anda merasai perkara-perkara di bawah:
  1. kerap rasa dahaga
  2. mulut terasa kering
  3. kerap membuang air kecil
  4. pandangan menjadi kabur
  5. rasa kebas di hujung jari atau ibu jari
  6. keletihan yang keterlaluan
  7. hilang berat badan (biasanya untuk diabetis jenis 1)

Fakta tentang diabetes  
  • Menganbil gula pada kuantiti yang banyak tidak akan menyebabkan diabetes tetapi akan meninggikan risiko untuk anda menghadapi diabetes jenis 2.
  • Jika anda enghidap diabetes dan tekanan darah tinggi, risiko anda diserang penyakit jantung adalah empat kali lebih tinggi.
  • Komplikasi diabetes sangat menakutkan seperti masalah buta, kegagalan buah pinggang dan serangan jantung.  
  • Diabetes yang terjadi pada sesetengah wanita hamil akan 'hilang' selepas enam minggu bayi dilahirkan.  Bagaimanapun risiko akan meningkat antara 5 hinga 10 tahun selepas proses kelahiran.
  • Diabetes merupakan punca kematian keempat tertinggi di negara maju.
Sehingga kini tiada penawar bagi penyakit diabetes.  Oleh itu anda diseru untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk mencegah dari terkena penyakit ini.  Ini boleh dicapai dengan memastikan paras gula dalam darah sentiasa rendah, mengawal diet dan melakukan latihan fizikal.  Jika anda telah menghadapi penyakit ini, ambillah suntikan atau ubat mengikut jadual.



2 comments:

S..U..D..@..I..S said...

sangat bahaya penyakit ni..
aku fobia kawanku x mau gi hospital takut kena potong kaki...
lepas 2 bulan jadi bisul.....
pastu innalillahiwainnailai hirajiunnn...mungkin ajalnya begitu..

Raf said...

Info yg b'manfaat.

Bersama tingkatkan kesedaran diabetes sesama kita

ESULIN ; Diabetes Herbs