Khamis, 23 Disember 2010

Bunga Mawar - Khasiat dan keistimewaannya.


Bunga ros atau mawar memang tidak asing lagi terutamanya di kalangan orang yang sedang bercinta.  Bunga mawar ini mempunyai pelbagai warna.  Antaranya adalah mawar yang bewarna merah,  putih, jingga, ungu, merah jambu, campuran merah putih, biru dan kuning.   Disamping sebagai pemberian si jejaka kepada buah hatinya, mawar ini sebenarnya mempunyai berbagai khasiat.  Di dalam artikel kali ini saya ingin berkongsi tentang kebaikan dan kelebihan bunga mawar untuk manfaat bersama.



Di dalam bidang kecantikan, minyak bunga mawar digunakan sebagai campuran dalam kosmetik untuk menggebu dan memudakan kulit wajah.  Manakala bunganya pula digunakan sebagai pembersih, pelembab dan campuran dalam besak asas.  Disamping itu juga bunga mawar boleh membantu dalam mencegah jerawat, menghaluskan kulit wajah dan astrigen untuk mengecutkan tisu kulit.



Bunga mawar juga boleh membantu wanita yang mengalami masalah haid yang tidak teratur.  Caranya adalah, ambil dalam anggaran 90 gram isi daun lidah buaya dan campurkan dengan bunga mawar yang bewarna oren (jingga).  Rebus bahan ini bersama 500 mililiter air hingga mendidih sehingga jumlah rebusan itu tinggal dalam anggaran 200 mililiter.  Tapis bahan ini dan minum ketika ia suam.  Amalkanlah ia sehingga masalah haid anda menjadi lancar.

Daun dan kelopak bunga mawar boleh mambantu dalam menghilangkan bengkak serta lebam akibat terhantuk atau terlanggar benda keras kerana ia mengandungi laxative ringan iaitu bahan yang mampu merawat luka dan lebam. Caranya adalah  dengan mengambil beberapa helai daun dan kelopak bunga mawar yang masih segar dan ditumbuk.  Tampalkan bahan yang ditumbuk tersebut pada bahagian bengkak dan lebam.  Ulangi sehingga bengkak susut. 

Ini adalah petua yang paling disukai oleh kebanyakan orang iaitu petua awet muda.  Jika rajin mengamalkan memakan kelopak bunga mawar dari umur belasan tahun, ia boleh membantu dalam memudakan wajah anda.  Haruslah makan kelopak bunga mawar ini secar berterusan untuk kesan awet muda yang diingini.  Tiada apa yang boleh didapati secara mudah jika hendakkan hasil yang semulajadi.

8 ulasan:

Irwan berkata...

perghhh..giler banyak kegunaan. ingatkan nak buat tekel awek jerr

fya zainal berkata...

owhhh patutlah penah tgk ponti anak remaja mak dia mkn kelopak bunga mawar ^^

ibuintan berkata...

selain cantik, banyak juga kegunaannya..

suka semua warna mawar

♥ ♥ ♥ ctiey ♥ ♥ ♥ berkata...

wah...

bkn utk ngorat awek.
bg tyme bufday...

hehe



btw..

sila2 jenguk n mengikut disini ye..


http://owlkieranaa.blogspot.com/

tq~

♥ ♥ ♥ ctiey ♥ ♥ ♥ berkata...

wah...

bkn utk ngorat awek.
bg tyme bufday...

hehe



btw..

sila2 jenguk n mengikut disini ye..


http://owlkieranaa.blogspot.com/

tq~

iris syuhada berkata...

ermm seumur hidup 4 kali jer terima jambangan bunga ros sedih kan???

kakyon berkata...

selalunya org buat mandi bunga aje..

nelly berkata...

bbaru tau..tq