Monday 29 December 2014

Sekitar hari pernikahan anak jiranku Laili

28 Disember 2014 bersamaan hari Ahad 6 Rabiulawal tahun 1436 hijrah adalah hari bahagia anak jiranku.  Nama panggilannya Laili.  Majlis pernikahan dijalankan  di Surau Makmuriah, Perumahan Ladang Baru Sungai Buloh lebih kurang pada pukul 10.30 pagi dan diikuti dengan majlis persandingan sekitar jam 2 petang hari yang sama. Majlis perkahwinan kedua mempelai ini berjalan dengan aman dan meriah sekali.

Di bawah ini adalah beberapa gambar disekitar majlis pernikahan mereka.



Sunday 28 December 2014

Datang haid aku tidak sakit lagi

              


Aku memang mengalami masalah sakit di bahagian abdomen beberapa hari sebelum datang haid dan juga hingga hari kedua atau ketiga haid sejak zaman tahun 1990'an lagi.  Bila tak tahan sangat, kadang kala aku mengambil pill tahan sakit.  Pernah juga doktor memberikan aku suntikan penahan sakit apabila kesakitan tidak tertanggung lagi.

Sama ada pada penghujung bulan September tahun ini atau awal bulan Oktober semasa aku berada di rumah ibuku, aku membeli 2 kotak Codi Cafe dan sebotol Codi Juice dari adik ku  Shahrizuan yang kebetulan datang dengan membawa banyak bekalan Codi Cafe dan Codi Juice.  Codi Cafe dan Codi Juice tersebut aku kongsi dengan suami, tapi majoritinya akulah yang minum.

Saturday 27 December 2014

Tidur yang cukup amat penting dalam penyediaan dan pembentukan rangkaian saraf

Jumlah tidur yang cukup adalah amat penting untuk melalui kehidupan yang sihat dan sempurna.  Tidur yang cukup amat penting dalam penyediaan dan pembentukan rangkaian saraf.  Ia juga membantu perkembangan kelakuan dan menggalakkan pertumbuhan minda yang pesat.

Jika kita kurang tidur kita akan mengalami kesan yang negatif antaranya sukar memberi tumpuan kepada sesuatu perkara, tidak mampu membuat keputusan yang baik, dan kerap mengalami gangguan emosi tanpa sebab yang jelas.

Friday 26 December 2014

Buaian belum tentu selamat


Buaian ini sering digunakan untuk membuai bayi dan memudahkan bayi tidur.  Ia juga memudahkan para ibu kerana biasanya bayi akan tidur lebih lama jika ditidurkan dalam buaian.

Ada kalanya bayi meragam dan ada para ibu atau penjaga yang tidak sabar membuai bayi dengan laju dan kuat.  Kadangkala, kerana buaian dibuai terlalu laju dan kuat, mengakibatkan buaian terjatuh.

Adakah anda tau bahawa membuai bayi dengan laju dan kuat akan membuatkan otak bayi bergoyang?  Ia boleh menyebabkan kecederaan kepala bayi dan meningkatkan risiko kerosakan otak.  Pendarahan mungkin juga akan berlaku.

Otak bayi sebenarnya terapung dalam dalam tengkorak kepala dan jika dihayun dengan kuat, otak mereka akan bergerak.  Akibatnya saluran darah yang bersambung pada permukaan otak ke tengkorak akan pecah dan berlaku pendarahan tanpa disedari.

Pada pendapat saya, meletakkan bayi pada alat seperti ini lebih selamat dan ia juga boleh dibawa kemana-mana berbanding buaian henjut di atas.  Apa pendapat anda??

Sumber  :  Harian Metro Isnin, 15/12/2014

Thursday 25 December 2014

Betik pelihara kulit wajah


Betik kaya dengan pelbagai manfaat.  Selain enak dimakan, ia juga boleh menyihatkan wajah dan menjadikan kulit putih berseri.

Kandungan vitamin A dan enzim papain yang tinggi mampu membantu menghilangkan sel kulit mati apabila disapu pada kulit.

Betik juga membantu melembabkan kulit muka.  Menyapu betik di wajah dan dibiarkan selama 25 minit boleh mengurangkan jerawat dan cela di wajah.

Sumber :  Harian Metro 25/12/2015

Tuesday 23 December 2014

Tips melahirkan anak yang cerdik

Untuk melahirkan anak yang cerdik, pendekatan harus diambil dari awal iaitu sebelum si ibu mengandung lagi.  Apabila pasangan merancang ingin mempunyai anak, si bapa yang merokok haruslah berhenti merokok.  Ini akan memastikan sperma yang dihasilkan adalah sperma yang berkualiti.

Si bapa harus berhenti merokok sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum melakukan hubungan intim dengan bakal ibu.  jangan lupa, andai bakal ibu juga seorang perokok, tindakan yang sama perlu diambil, iaitu berhenti merokok sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum mengandung dan terus berhenti sehinggalah bayi berhenti menyusu badan.  Sebaik-baiknya berhenti terus kerana merokok tidak baik untuk kesihatan.

Sepanjang mengandung elakkan diri dari menghidu asap rokok kerana asap rokok boleh melemahkan otak ibu dan anak dalam kandungan.  Oleh itu elakkan dari pergi ke kawasan-kawasan yang sering dikunjungi oleh perokok.

Saturday 20 December 2014

Apakah Cordyceps Sinensis?

cordyceps-bsp
Perubatan tradisional Cina menggunakan pelbagai produk semula jadi untuk merawat penyakit, termasuk Cordyceps Sinensis.  Cordyceps sinensis, yang juga dikenali sebagai kulat Cina Caterpiller adalah tumbuhan dalam kelompok keluarga ergot. Di China, herba yang amat jarang ditemui ini  dikenali sebagai dong chong xia chao (cacing musim salji, rumput musim panas). Ia juga dikenali sebagai Aweto di China dan Tibet, dan sebagai Yarchagumba di Tibet. Berada dalam kategori kulat, kandungan nutrien dan bahan aktif  yang terkandung dalam Cordyceps mempunyai pelbagai sifat farmakologi berkaitan dengan hampir setiap sistem dalam tubuh manusia.

Register link widget akan digantikan dengan yang baru

Saya dah lama tak berblogging dan berblogwalking.  Hari ni cuba blogwalking guna list dekat Register Link widget.  Rasa frust gak sebab banyak blog dalam list dah tak wujud.  Ada blog yang tak boleh dilawati sebab tak di jemput.    Blog yang ada kandungan 18sx pun ada gak.  Hmmm...nampak gaya kena rombak balik dan buang semua link blog-blog yang dah tak der, blog yang hanya boleh dilawati oleh yang dijemput sahaja dan blog 18sx.  Banyak tu.  Ada 226 registered link.

Registed Link Widget ni tak der button untuk delete.  Insyaallah saya akan salin satu persatu biarpun mungkin memakan yang agak lama untuk habis.  Demi kawan-kawan blog...saya akan usahakan.

21/12/2014, 2.23am.   Saya dalam proses mengupdate Register Link.  Link yang tersenarai adalah link yang boleh dicapai.  Insyaallah akan siap tak lama lagi.

21/12/2014, 4.35 pagi.  Letih berblogwalking, banyak betul blog yg dah di delete dan di sekat dari ke blog tu.  Dah siap 28..nanti sambung lagi.  Sakit kepala dah ni.






Thursday 18 December 2014

Ain dah pandai berbasikal tanpa roda tambahan

Hari ini aktiviti aku dan anakku sama seperti semalam .  Seperti yang dijanjikan, dalam jam 5 petang aku dan anak ku Ain pergi lagi ke Dewan Orang Ramai. Ain dengan gigihnya belajar menunggang basikal.  Banyak kali gak dia jatuh.  Calar balar jugakla tangan dia. Kaki dan bahagian lain badan dia alhamdulillah takder masalah. Nasib baik aku terfikir untuk memakaikannya seluar denim.  Selamat la lutut dia dari luka-luka.

Setelah puas berlatih...dalam sejam juga la kami di sana, Ain telah pandai sepenuhnya menunggang tanpa roda tambahan.  Dalam pukul 6 lebih petang kami balik ke rumah.  Sampai dirumah, dia terus bermain dengan kawan-kawan dan menunjukkan aksinya berbasikal.




Wednesday 17 December 2014

Kisah anak ku hari ini

Anak ku Ain dah berumur 5 tahun.  Dah bersekolah tadika.  Sekarang ni cuti sekolah.  Dari awal cuti persekolahan hingga sekarang, aku membimbing anakku untuk mengulangkaji semua mata pelajarannya semasa di Tadika Kelas 5 tahun iaitu Iqra', Jawi, Matematik, Sains, English, Bahasa Malaysia serta membaca buku yang dipinjam dari Perpustakaan Awam dan yang dibeli dari kedai buku.

Hari ini aku membangunkan Ain sekitar jam 6.30 pagi.  Setelah mandi dan bersiap, aku mula mengajar Iqra', selepas itu, sekitar jam 7.30 pagi kami bersarapan bersama dan kemudian meneruskan pengajaran.  Setiap mata pelajaran, aku memberi anakku rehat selama 15 minit sebelum memulakan pelajaran lain.


Selepas solat Asar, aku menanggalkan roda tambahan basikal anakku dan kemudian aku membawanya ke Dewan Orang Ramai yang berada berdekatan dengan rumah.  Kawasan lapang dan keadaan permukaan tanah yang rata di sana memudahkannya untuk belajar menunggang basikal. Kami berada di dewan tersebut lebih kurang 30 minit sahaja.  Dia dah pandai sikit sikit...sekadar tiga ke empat kayuhan baru berhenti mengayuh.  Dia mengadu kepenatan dan mengajak ku balik.  Esok kami akan datang lagi ke dewan ini..itu janji ku pada Ain.


Thursday 11 December 2014

Katak dan hujan


Ku lihat langit mendung semakin gelap. Ada tanda tanda akan hujan lebat. Aku diam..... mendengar bunyi sekeliling.. dari bunyi yang paling kuat hingga bunyi yang paling perlahan. Aku hairan dan berfikir... Kenapa tiada satu suara katak pun yang kedengaran ketika ini. Kenapa ya!!!!

Aku teringat lirik lagu bangau oh bangau.  Antara bait liriknya adalah  'hujan oh hujan, kenapa engkau turun.  macam mana aku tak turun.. katak panggil aku.. katak panggil aku.  Tapi tak der pun bunyi katak semasa hujan nak turun !! Kenapa!!

Saturday 15 November 2014

Anakku berlakun teater





Pada 15 November 2014 tadika dimana anak saya belajar mengadakan majlis ulangtahun ke 10 tadika tersebut dan juga "Graduation Day" untuk pelajar yang berumur 6 tahun.  Meriah juga majlisnya.  Selepas tayangan montaj 10 tahun penubuhan tadika, kami dihidangkan dengan persembahan pelajar-pelajar yang di bimbing oleh guru-guru tadika tersebut.

Persembahan yang disertai oleh anakku Ain adalah persembahan yang pertama.  Aku sungguh teruja menyaksikan persembahan anak ku dan rakan-rakannya.  Betapa bangganya aku bila menyaksikan persembahan mereka.  Aku pasti ibu bapa lain pun macamku juga bila menyaksikan anak-anak mereka membuat persembahan.  Pada gambar di atas, Ain adalah yang kanan sekali di bahagian depan (iaitu di barisan kedua dari kanan).




Ini pula adalah persembahan kanak-kanak lain yang sempat saya rakamkan.

Wednesday 17 September 2014

Sakit-sakit di bahagian badan membawa maksud tertentu. Bahagian 5 (Akhir)

BUANG AIR BESAR

1.  Cirit-birit / selalu buang air besar
  • Membersihkan kotoran / keracunan dari usus besar. Sirit birit dengan serta-merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah dibahagian usus besar.
2.  Sembelit
  • Membersihkan toksin dari usus kecil
3.  Najis berdarah
  • Darah merah - masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
  • darah hitam - masalah penyakit ulser perut.

Tuesday 16 September 2014

Sakit-sakit di bahagian badan memberi maksud tertentu. Bahagian 4

TANDA-TANDA DALAMAN KEPALA

Secara amnya, segala tindakbalas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

1.  Pening / sakit di bahagian depan kepala
  • Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
2.  Pening / sakit di bahagian belakang kepala
  • Bahagian atas - menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
  • Bahagian bawah - tengkuk) - menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

Monday 15 September 2014

Tanda-tanda sakit di badan mempunyai maksud tertentu. Bahagian 3

TELINGA (Berkaitan dengan buah pingang)

1.  Telinga terasa tersumbat:
  • Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
2.  Telinga berdengung:
  • Tubuh sedang merawat buah pinggang yang lemah.  Biasanya tapak kaki berasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.


Sunday 14 September 2014

Tanda-tanda sakit di badan memberi maksud tertentu. Bahagian 2

BATUK

1.  Batuk keluar kahak:
  • Proses membuang toksin di bahagian kerongkong
2.  Batuk tanpa kahah:
  • paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.  
3.  Batuk dan berasa gatal di kerongkong:
  • Proses membuang toksin di bahagian kerongkongdan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Bahagian 1

Artikle kali ini adalah artikle yang amat menarik serta penting dan perlu dibaca oleh semua orang.  Ia disediakan oleh Pn. Rusnani Omar iaitu Penolong Pendaftar Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Universiti Malaya Perlis.  Ia dikirim kepada saya melalui 'WhatsApp' oleh salah seorang kenalan saya

Tanda-tanda sakit di badan memberi maksud tertentu.  Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain.  Walau apapun, jika ada masalah dengan tubuh badan , segeralah ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin datang sekejap adalah clue/hint yang kita ini sebenarnya sakit.

Saturday 13 September 2014

Khasiat minyak kayu putih, cengkih, lengkuas dan buah pala.

Untuk artikel kali ini, saya akan menulis tentang khasiat beberapa bahan yang biasa digunakan di dalam resepi masakan yang biasanya terdapat dirumah kita.  Maklumat ini saya baca dari akhbar kegemaran saya dan suami iaitu Harian Metro bertarikh 29 Ogos 2014.

Item yang pertama adalah minyak kayu putih.   Minyak kayu putih atau nama saintifiknya melaleuca cajuputi powell boleh digunakan untuk membantu menyembuhkan luka, jangkitan kulit serta menghilangkan parut atau 'stretch mark' pada badan.  Ia juga kaya dengan khasiat vitamin E untuk menjadikan kulit halus dan mulus.

Cengkih, iaitu bahan yang sering berada dirumah kita yang digunakan untuk menyedapkan pelbagai jenis masakan sebenarnya juga boleh digunakan untuk membantu merawat senak perut, masalah penghadaman , cirit birit dan angin pasang.  Yang paling bestnya, kajian dari Universiti Kansas di Amerika Syarikat mendapati estrak eugenol yang terdapat di dalam cengkih dapat mencegah pembekuan darah dan memusnahkan bakteria dalam daging.