Saturday 13 September 2014

Khasiat minyak kayu putih, cengkih, lengkuas dan buah pala.

Untuk artikel kali ini, saya akan menulis tentang khasiat beberapa bahan yang biasa digunakan di dalam resepi masakan yang biasanya terdapat dirumah kita.  Maklumat ini saya baca dari akhbar kegemaran saya dan suami iaitu Harian Metro bertarikh 29 Ogos 2014.

Item yang pertama adalah minyak kayu putih.   Minyak kayu putih atau nama saintifiknya melaleuca cajuputi powell boleh digunakan untuk membantu menyembuhkan luka, jangkitan kulit serta menghilangkan parut atau 'stretch mark' pada badan.  Ia juga kaya dengan khasiat vitamin E untuk menjadikan kulit halus dan mulus.

Cengkih, iaitu bahan yang sering berada dirumah kita yang digunakan untuk menyedapkan pelbagai jenis masakan sebenarnya juga boleh digunakan untuk membantu merawat senak perut, masalah penghadaman , cirit birit dan angin pasang.  Yang paling bestnya, kajian dari Universiti Kansas di Amerika Syarikat mendapati estrak eugenol yang terdapat di dalam cengkih dapat mencegah pembekuan darah dan memusnahkan bakteria dalam daging.


Lihatlah betapa hebatnya orang dulu dulu, menggunakan rempah ratus yang mengandungi banyak khasiat pemakanan di dalam makanan kita.  Bijakkan mereka?! Luaskan pengetahuan mereka?!.

Bahan ketiga yang ingin saya ingin tulis khasiatnya adalah lengkuas.  Kalau rendang tanpa lengkuas, adalah ibarat rumah tanpa televisyen (he! he!.....kena  ke??).  Kalau makan, mesti rasa macam tak der umpph!!

Adakah anda tahu bahawa lengkuas mampu menghapuskan bakteria yang menyebabkan masalah angin dan ketidakhadaman makanan.  Sama seperti halia dan kunyit, lengkuas juga dapat membantu melancarkan peredaran darah.

Buah pala pula, yang sering kita beli sebagai buah tangan jika melancung ke belah utara Semenanjung Malaysia (iaitu jeruk buah pala) mempunyai khasiat yang mampu membantu mengeluarkan aingin dalam badan.  Nama saintifiknya adalah Myristica fragrans Linn.  Buah pala sering dijadikan sebagai jeruk, manakala pucuknya boleh dijadikan ulam. Kajian dari Universiti Connecticut mendapati bahawa buah pala ini baik untuk mengeluarkan angin dalam perut. 


Itu saja buat kali ini. Semoga artikle ini bermanfaat untuk semua.

No comments: