Showing posts with label Keburukan merokok. Show all posts
Showing posts with label Keburukan merokok. Show all posts

Thursday, 10 March 2011

Asap rokok rosakkan rambut

Menurut para penyelidik, asap rokok mampu menyebabkan keguguran rambut dan menjadikannya cepat beruban.  Kajian juga menunjukkan bahawa asap rokok dapat merosakkan kelenjar dan hormon pertumbuhan rambut. 

Penelitian yang dilakukan kepada 600 lelaki dan wanita yang sebahagiannya adalah dari golongan perokok menunjukkan bahawa perokok lebih cepat beruban berbanding bukan perokok. 

Di dalam kajian lain yang dilakukan keatas 740 lelaki Taiwan berusia dalam lingkungan 40 hingga 91 tahun pula mendapati hanya mereka yang menghisap rokok secara berterusan atau mempunyai salasilah keluarga yang merokok yang mengalami masalah kebotakan.

Oleh itu, jika anda yang sentiasa inginkan rambut yang sihat dan cantik sehingga ke hari tua, jauhilah dan berhentilah dari tabiat merokok yang lebih banyak mendatangkan keburukan dari kebaikan.

Wednesday, 19 January 2011

Merokok mencacatkan sperma


Pada masa dahulu, masalah gagal memperolehi cahaya mata sering di bebankan kepada pihak wanita.  Ia adalah salah satu alasan untuk si suami untuk berkahwin lain.  Desakan ini juga datang dari keluarga pihak lelaki yang menginginkan cucu.  Padahal sebenarnya lelaki juga menyumbang kepada masalah untuk mendapatkan zuriat.

Amalan merokok adalah antara penyumbang kepada masalah kesuburan lelaki selain dari faktor genetik.  Amalam merokok mampu mengurangkan keupayaan sperma untuk bergabung dengan telur.  Merokok juga mampu untuk menjejaskan fungsi sperma.