Friday 31 December 2010

Tips untuk tampil sihat dan awet muda

Pada zaman sekarang ini, kadang-kadang kita sukar untuk meneka umur jika dilihat semata-mata dari wajah mereka  Ada yang wajah lebih berusia dari umur, dan ada juga mereka yang nampak persis remaja, walhal telah ada beberapa orang anak. 

Untuk tampil awet muda bukan memakan masa yang sedikit.  Sebaik-baiknya ia harus dilakukan dari awal iaitu dari remaja.  Tapi menurut pepatah barat "its never too late to do a good thing".  Oleh itu bertindaklah sekarang untuk mendapatkan hasil yang memberangsangkan. 

Tips menguatkan akar rambut menggunakan air batang pisang

Ini adalah petua yang diamalkan oleh arwah unyang saya sebelah emak.  Ini adalah kelebihan kepada orang yang duduk di kampung dan ada menanam pokok pisang.  Apabila menebang pokok pisang untuk mengambil buahnya, tebanglah pokong pisang itu dengan meninggalkan batang pisang agak-agak setingi pinggang.

Apabila telah ditebang, koreklah dan buanglah bahagian tengah batang pisang itu agak-agak setengah bahagiannya dan tutup ruang yang terdedah itu dengan daun pisang.  Kesokkan harinya bahagian yang kosong tersebut akan dipenuhi dengan air jernih.  Gunakan air ini untuk membasuh rambut dan biarkannya kering di kepala..  Amalkan selalu, insyaallah akar rambut anda akan semakin kuat dan sihat yang akan menghasilkan rambut yang cantik.

Petua menghilangkan urat di kaki

Ada di antara kita menghadapi masalah mempunyai urat timbul di kaki.  Masalah ini sering terjadi kepada wanita mengandung.  Salah satu cara yang anda boleh lakukan untuk mengatasi masalah ini adalah dengan merendam kaki 15 hingga 20 minit sehari dengan air suam.  Ini mampu untuk melancarkan perjalanan darah dan mengatasi masalah darah beku di kaki.  Ketika tidur juga anda dinasihatkan untuk meninggikan sedikit kaki dari badan.  Ini dapat membantu untuk mengurangkan perkumpulan darah dibahagian tersebut seterusnya mengurangkan risiko untuk darah berkumpul di bahagian betis dan kaki.  Selain itu mengurut bahgian itu juga akan dapat mengatasi masalah ini.  Tahap keberkesanannya bergantung kepada berapa lama urat timbul itu terjadi, jika lagi lamatempoh ia terjadi maka makin lama masa diperlukan untuk mengatasinya.

Thursday 30 December 2010

Semalam (29/12/2010) seharian tak berblog

Rabu, 29/12/2010 adalah masa untuk anakku Zahin Nuraini mendapatkan suntikan "booster" iaitu suntikan terakhir imunisasi.  Lepas ni merdeka, takyah lagi berulang ke klinik untuk mendapatkan suntikan-suntikan  imunisasi. 

Aku, Ain bertemankan suami pergi ke Klinik Kecil Paya Jaras.  Sampai di klinik lebih kurang pukul 8.30 pagi.  Dapat nombor 33.  Dalam pukul 11.30 pagi baru sampai giliran.  Setelah sesi soal jawab di bilik soaljawab, aku trus dapat giliran untuk masuk ke bilik suntikan.  Apalagi, bila Ain nampak jer nurse tu pegang jarum suntikan, dia trus menjerit menangis sambil meronta-ronta.  Aku terpaksa pegang tangan dan kaki dia agar senang untuk disuntik  Suntikan kali ini di bahagian peha kanan.  Nasib baik lah ain ni menangis sekejap jer.

Wednesday 29 December 2010

Selsema - cara merawat dan meredakannya

Pada musim hujan sekarang ini ramai orang mengidap demam serta selsema.  Selsema pasti melibatkan hingus. Keadaan hingus yang meleleh memang tidak selesa jika ianya berlarutan dalam jangkasama yang panjang. Disini saya ingin senaraikan langkah-langkah yang perlu dilakukan jika anda menghidap selsema dan hingus yang meleleh.  Semua ini adalah hasil dari pengalaman saya sendiri,

Langkah pertama - Elakkan dari mandi air sejuk.  Mandilah dengan air suam.  Jika anda terpaksa juga mandi air sejuk, elakkan dari menyiram bahagian kepala kerana ia akan menambahkan jumlah hingus dan melambatkan proses penyembuhan.

Sup ayam

Bahan bahan:
Setengah ekor ayam
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh lada hitam
1 batang serai
1 inci halia
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit daun sup / saderi
Garam secukup rasa.

Cara membuatnya:
  1. Potong ayam kecil-kecil dan dibersihkan. 
  2. Jerang air panas di dalam periuk atau kuali dan biarkan ia menggelegak.
  3. Apabila air telah menggelegak, masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk lumat.
  4. Masukkan serai yang telah dititik.
  5. Masukkan jintan manis, jintan putih dan lada hitam yang telah di mesen halus (atau nak senang beli jer kat kedai serbuk yang telah siap dikisar)
  6. Biarkan air itu menggelegak kembali barulah masukkan ayam dan biarkan hingga masak.
  7. Jika anda suka bolehlah masukkan kentang dan lobak merah serta lain-lain sayur yang anda suka.  Jika anda ingin mencampurkan sayur sawi, hendaklah dimasukkan ketika ayam telah empuk untuk menjaga khasiat sayur tersebut.
  8. Taburkan garam secukup rasa.
  9. Ketika menghidangkannya, taburkan daun sup yang telah dihiris-hiris.

Monday 27 December 2010

Kekerapan kehamilan dan kesannya

Wanita yang hamil dengan jarak yang terlalu dekat mempunyai risiko yang tinggi untuk menghadapi masalah-masalah seperti kelahiran pramatang, bayi terlalu kecil dan bayi mati sewaktu dilahirkan.  Dr. Gordion Smith dari University Cambridge, London, mengatakan bahawa jarak kehamilan yang terlalu dekat akan menyebabkan si ibu mempunyai waktu yang terlalu singkat untuk memulihkan keadaan rahimnya.

Menurut Dr, Adilah Ahmad, iaitu Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pusrawi , Jalan Ipoh, Kuala Lumpur mengatakan bahawa, sewajarnya kaum ibu merancang kehamilan berikutnya setelah kedudukan dan kesihatan rahim kembali sempurna.  Kajian menunjukkan bahawa kehamilan dalam tempoh enam bulan selepas bersalin berisiko dua kali ganda meahirkan bayi tidak cukup bulan iaitu kelahiran dalam tempoh 24 ke 32 minggu usia kandungan.  Ia juga adalah salah satu faktor yang boleh menyebabkan kematian bayi ketika dilahirkan.

Sunday 26 December 2010

Kunyit - untuk melangsingkan badan


Kunyit memang tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia dan dunia.  Kebanyakan makanan memerlukan campuran kunyit untuk menambah kelazatan makanan.  Masakan semudah ikan goreng juga perlu dicampur garam dan kunyit untuk menambah perisa.

Disamping sebagai penambah perisa makanan,ia ada mempunyai pelbagai fungsi lain.  Diantaranya adalah :

Ayam kampung masak lemak cili padi

 
Bahan-bahan
1 ekor ayam kampung di salai
4 cawan santan
1 biji limau nipis (diperah airnya)
1 cawan minyak masak
Kentang (jumlah ikut suka-buang kulit dan dipotong 4)
Sedikit garam

Bahan tumbuk
10 ulas bawang merah
20 tangkai cili padi
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar biji jintan manis
1 sudu besar biji jintan putih
2.5 cm kunyit hidup
3 batang serai

Cara menyediakannya
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan ditumbuk hingga naik minyak, kemudian masukkan ayam.
  2. Bila ayam telah sebati dengan rempah-rempah tadi, tuangkan santan.
  3. Masukkan kentang.
  4. Masak hingga ayam empuk, perahkan air limau nipis, sedikit garam dan kacau rata-rata.
  5. Angkat dan sedia untuk di hidang.

Saturday 25 December 2010

Demam kuning- cegahnya untuk mengelakkan kecacatan

Demam kuning sering terjadi kepada bayi baru lahir.  Ramai yang menganggap ini adalah perkara biasa.  Secara kebiasaannya, petua yang diberikan oleh orang-orang tua adalah memberi susu kambing kepada bayi tersebut dan juga dengan menjemur bayi dengan panas mentari pagi.

Demam kuning yang juga dikenali sebagai penyakit jaundis sebenarnya boleh membawa kematian atau kecacatan seumur hidup jika tidak dirawat dari awal.   Oleh itu ibu bapa perlu tahu tentang kaedah paling berkesan untuk merawat penyakit ini dan bukan bergantung semata-mata dengan rawatan tradisional.

Cengkih - hilangkan bau nafas

Kadangkala jika kita berbual dengan rakan sekerja atau teman atau dengan orang yang baru di kenali, kita tidak tahan akan aroma yang dikeluarkan dari mulut mereka, tetapi kita tahan sahaja sebab ingin menjaga hati mereka.  
Adakah anda pasti yang nafas anda sebenarnya tidak berbau ??  Adakah mereka iaitu orang yang berbual dengan anda tidak berkata apa-apa sebab ingin menjaga hati anda??  Ini harus anda fikirkan.  Terdapat berbagai jenis produk moden yang boleh mambantu anda mengatasi masalah ini.

Di sini saya ingin bengkongsi kepada anda cara tradisional untuk menghilangkan bau nafas yang kurang enak yang telah diamalkan oleh nenek moyang kita dahulu yang masih lagi praktikal sampai sekarang iaitu cengkih.  Caranya adalah dengan mengunyah cengkih sebanyak dua ke tiga kuntum.  Ini boleh dilakukan semasa nada dalam perjalanan ke tempat kerja atau sedang bekerja dan juga di mana-mana sahaja.  Hasilnya nafas anda akan lebih segar.  Di samping itu ia juga dapat menguatkan gigi.

Jadi sentiasalah bawa cengkih kemana-mana sahaja anda pergi supaya ianya ada tika anda memerlukannya.

Mee goreng mamak

Bahan-bahan :
300 gram mi kuning - dibersihkan dan di tos
200 gram udang
100 gram tauge
2 tangkai sawi (dipotong)
2 tangkai daun bawang (dihiris)
1 keping tauhu (dihiris)
1 biji bawang besar (di tumbuk)
5 ulas bawang putih (di tumbuk)
3 sudu besar minyak masak
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap cair
1 biji tomato dibelah 4

Cara membuatnya:
  1. Panaskan minyak masak dalam kuali.  Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga garing.
  2. masukkan cili kisar, tauhu goreng dan udang.  Masak selama 2 minit.
  3. Kemudian masukkan mi, sawi, tauge, daun bawang, kicap pekat, tomato dan kicap cair.  Gaulkan supaya bercampur rata.  Goreng selama 5 minit.
  4. Sedia untuk di hidang.

Friday 24 December 2010

Petua merawat kulit berjelaga


Kepada anda yang sering terdedah kepada pancaran matahari akan mendapati kulit berjelaga.  Disini saya ingin berkongsi cara untuk mengatasi masalah tersebut.  Mula-mula ambil sebiji kentang dan hiris nipis-nipis.  Lekapkan hirisan kentang itu pada keseluruhan kulit muka.  Insyaallah jika diamalkan sebanyak 3 kali seminggu, kesan jelaga akan berkurangan.  Disamping itu, ia juga akan merawat bekas-bekas parut kecil seperti parut bekas jerawat dan juga jika diletakkan di bahagian kantung mata, ia akan mengurangkan kesan menggelebeh kantung mata tersebut.  

Thursday 23 December 2010

Bunga Mawar - Khasiat dan keistimewaannya.


Bunga ros atau mawar memang tidak asing lagi terutamanya di kalangan orang yang sedang bercinta.  Bunga mawar ini mempunyai pelbagai warna.  Antaranya adalah mawar yang bewarna merah,  putih, jingga, ungu, merah jambu, campuran merah putih, biru dan kuning.   Disamping sebagai pemberian si jejaka kepada buah hatinya, mawar ini sebenarnya mempunyai berbagai khasiat.  Di dalam artikel kali ini saya ingin berkongsi tentang kebaikan dan kelebihan bunga mawar untuk manfaat bersama.

Acar buah


Acar buah tahan lama dan memang sedap sebagai pembuka selera.  Di bawah ini saya sediakan resepi yang mudah dan mampu dibuat oleh semua.

Buah-buahan yang disenaraikan dibawah adalah sebagai panduan sahaja.  Bolehlah ditambah dan dikurangkan ikut kesukaan anda.


Bahan-bahan:
100 gm buah ceri
100 gm buah pala
100 gm buah prun
100 gm jeruk limau
100 gm buah cermai
100 gm isi buah kana
250 gm buah pala halus
15 tangkai cili padi
10 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
3 cm halia (dihiris)
3 sudu besar serbuk cili
1/2 cawan cuka
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula pasir
1 sudu besar rempah kari ikan
1/2 cawan air
1/2 cawan minyak

Cara menyediakannya:
  1. Panaskan minyak dan tumis rempah kari ikan dan cili padi.
  2. masukkan serbuk cili, cuka, air, garam, gula, bawang merah, bawang putih, halia dan buah-buahan.
  3. Kacau dan tunggu hingga aromanya naik barulah tutup api. 
Acar buah ini tahan jika disimpan dengan baik.

Wednesday 22 December 2010

Pengguna kanta sentuh - elakkan dari serangan ulser mata

Penggunaan kanta sentuh adalah semakin popular di kalangan masyarakat kita hari ini.  Ada yang memakainya sebagai alternatif kepada pemakaian cermin mata kepada si rabun dan ada juga yang memakainya untuk tujuan kecantikan dengan memakai kanta sentuh berwarna. Walau apapun sebab pemakaiannya, pengguna kanta sentuh harus lebih prihatin kepada penjagaan mata kerana kanta sentuh berpotensi mengganggu keseimbangan mata terutamanya jika tidak dibersihkan mahupun ditanggalkan pada waktu yang tertentu.

Mata memerluan oksigen.  Sebaiknya kurangkan pemakaian kanta sentuh pada waktu malam kerana jumlah oksigen berkurangan satu pertiga pada waktu malam berbanding waktu siang.   Juga elakkan pemakaian kanta sentuh sewaktu tidur yang lama terutamanya pada waktu malam kerana jika tidak ditanggalkan , lapisan mata akan mengalami pembengkakan.

Tuesday 21 December 2010

Award dari Cik lala

Award ni saya terima dari Cik lala kerana jadi pengikut setianya.  Disebabkan award ini hanya di tujukan kepada saya, saya abadikan sekali apa yang ditulisnya di bawah ini.  Terima kasih banyak-banyak kerana sudi beri saya award ni.


 

Inventing My Own iPad Application for Maxis

Maxis contest participant badge
If I have iPad Appliations from Maxis, I want it to be user friendly.  I want to make all my email easier to reach.  By one touch, I can read email from all email services such as from gmail, yahoo mail, window messenger mail, Lycos mail etc.  It is very important to me especially if I want to check email form Nuffnang including from chup-chup because from there I know about any assignment assign to me and also any Nuffnang update, besides reading it from Nuffnag webpage. 

I also want it to be blog friendly because I am a serious blogger and if can, I don't want any obstacle to read or update my blog whenever I want to and where ever I go.  I also want it to be internet friendly so that I can surf the internet to find information that I need.  I need the wifi +3G applications.  For that purpose of course I need Maxis Broadband service that has a wide internet coverage which can be used while me at home or somewhere else.  Wifi facilities is also very important if incase my broadband has no coverage. 

Teratai - Keistimewaan dan khasiatnya

Saya pasti anda biasa mendengar lagu yang dinyanyikan oleh Ramli Sarip mengenai bunga teratai.  Diantara bait-bait lirik lagunya adalah: " Oh teratai bunga indah, engkaulah pujaan hatiku, telah lama aku rindukan, oh teratai bunga indah."

Selain ia adalah bunga yang dipuja oleh Ramli Sarip, ramai yang tidak tahu bahawa teratai sebenarnya banyak kelebihan dan khasiat.  bermula dari bunga, ubi, biji dan daun teratai sebenarnya boleh dimakan dan mempunyai banyak khasiat.

Mee Ladna

Resepi ini adalah untuk hidangan 2 orang.

Bahan-bahan:
200 gram mi kuning
1 sudu besar minyak masak
1/2 sudu kecil sos ikan (sos nampla)
2 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap masin
1 sudu besar tepung jagung (campur dengan sedikir air)
80 gram isi ayam
60 gram sotong
50 gram udang
1 cawan stok ayam
40 gram kailan
60 gram lobak merah
50 gram kubis bunga
Garam secukup rasa
Lada hitam secukup rasa

Cara menyediakannya: 
  1. Mula-mula panaskan kuali dan masukkan mi kuning dan tuangkan kicap.  Angkat dan asingkan ke dalam pinggan.
  2. Untuk kuahnya pula, tumis bawang putih, apabila telah sedikit wangi, masukkan isi ayam, sotong dan udang.  Biarkan sebentar.
  3. Kemudian masukkan sos tiram dan stok ayam.
  4. Selepas itu masukkan sayur-sayuran dan tepung jagung yang dicampurkan dengan sedikit air.
  5. Akhir sekali masukkan sos ikan serta garam dan lada hitam.
  6. Ambil kuah yang telah siap ini dan masukkan ke dalam pinggan yang berisi mi tadi.  Sekarang ia sedia untuk dihidangkan.
Nota:  Mi kuning tersebut boleh digantikan dengan bee hoon, kue tiew, yee mee dan juga nasi.

Monday 20 December 2010

Be part of the Invent Your Own iPad Application Contest and Win! (Preview)



Be part of the Invent Your Own iPad Application Contest and Win! (Preview)

Here ye! Here ye! iPad up for grabs. Only condition? To get creative & come up with the most innovative #iPadApp through Maxis.

Pokok Kantan - Hilangkan bau badan Dan Awet Muda

Bunga kantan biasanya digunakan untuk masakan terutamanya asam pedas dan laksa.  Adakah anda tahu bahawa dengan memakan bunga kantan juga boleh membuat kita awet muda.  Jadi sesiapa yang ingin kelihatan muda selalu bolehlah mengamalkan makan bunga kantan ni.  Pokoknya pula boleh menghilangkan bau badan.  Ia bagus untuk diamalkan oleh wanita lepas bersalin.  Caranya adalah, ambil beberapa batang pokok kantan segar, potong batangnya pendek-pendek dan ditumbuk hingga lumat.  Rebus hingga mendidih dan biarkannya sejuk.  Air rebusan tersebut bolehlah digunakan untuk mandi.  Insyaallah ia akan dapat menghilangkan bau badan yang kurang enak.

Biskut coklat chip

Hari ini saya ingin memberi anda idea untuk makanan anak-anak anda.  Sudah pasti air tangan ibu atau bapa lebih memberi makna kepada anak-anak.  

                                                                                    Bahan-bahan

200 gm mentega
165 gm gula kastor
150 gm gula perang
2 bji kuning telur
225 gm tepung gamdum
50 gm tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
25 gm serbuk koko
125 gram kacang tanah
95 gm coklat chip
75 gm badam cincang





Cara menyediakannya:
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.  Kemudian masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis.  Campurkan esen vanila, serbuk koko, kacang tanah, badam dan coklat chip dan kacau hingga rata.
  3. Adunan tersebut anda bulatkan dan leperkan.  Kemudian masukkan ke dulang pembakar.  Bakar selama 15 minit dan angkat.

Sup daging / tulang

Nak masak apa ya hari ini.  Hari-hari masak ni kadang sampai dah takde idea nak masak apa.  

Apa kata hari ni masak sup daging!!! Hmmmm!!. 

Mula mula aku potong daging kecil-kecil.  Selepas siap, aku masukkan air ke dalam periuk dan jerang.  Sambil menunggu air menggelegak, aku potong 5 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih dan halia sebesar ibu jari dan kisar.  Sambil itu aku kisar guna pengisar kering 1 sudu kecil jintan manis, 1 sudu kecil jintan putih, 2 kuntum bunga lawang, 1 sudu kecil lada hitam, sebatang kulit kayu manis yang kecil, dan 1 sudu kecil buah pelaga. 
Bila air dah menggelegak, aku masukkan bahan kisar basah dan kisar kering tadi.  Bahan dalam periuk aku biarkan lagi sehingga menggelegak semula.  Bila dah menggelegak aku masukkan daging.  Semua bahan tersebut aku biarkan selama 2 jam di atas api yang sederhana besar.  Dari masa ke semasa aku cek air kat periuk tu..jika perlu di tambah..aku tambah.  Lebih sedap jika dicampurkan dengan tulang lembu kerana tulang lembu akan menyedapkan lagi sup tadi.

Sambil menunggu , aku potong dalam 4 biji bawang merah dan potong nipis-nipis dan aku goreng dengan menggunakan minyak yang sedikit.  Goreng sampai warna dah mula agak keperang-perangan dan masukkan ke dalam periuk.  Masukkan dengan minyak gorengan sekali ya.  Tambahkan garam secukup rasa.  Ta.. da...dah siap lauk tengahari ku.

Kepada yang suka dan ada bahan kat rumah, kamu boleh tambahkan daun sup, perahkan sedikit limau atau cuka dan potong sedikit cili api.  Aku tak letak cili api sebab sup ni nak ku kongsikan bersama anakku yang berumur 1 tahun 5 bulan (Ain).  Daun sup pun sama, takde kat umah.

Camner ok tak resepi ni...cubalah ...

Sunday 19 December 2010

Award dari Umar yang cute

Award ni diterima dari Umar yang cute.  Award ini diberikan kepada semua follower dan kawan-kawan beliau.  Terima kasih banyak-banyak atas award yang cute jugak.

Award ini juga saya tujukan kepada semua sahabat-sahabat, follower-follower blog saya ni.  Di harap semua sudi ambil tanda persahabatan kita.

Saat Kehamilan- laluilah ia dengan suasana gembira dan sihat


Setiap wanita pasti sangat-sangat gembira bila mengetahui bahawa diri mereka mengandung terutamanya apabila mengandungkan anak pertama.  Semasa menerima berita gembira ini, anda haruslah bersedia untuk mengharungi tempoh mengandung yang banyak pancaroba seperti rasa tertekan, keadaan yang tidak selesa dengan perubahan diri semasa tempoh mengandung, perubahan emosi dan fizikal dan sebagainya.  Anda harus bersedia untuk mengatasi keadaan yang tidak selesa ini dengan bijak agar segalanya akan berjalan lancar.

Saturday 18 December 2010

Tips mencantikkan kulit muka dengan Oat



Jika anda bimbang sekiranya krim dan pencuci muka yang berada di parasan itu mengandungi bahan kimia yang akan memudaratkan muka untuk jangkamasa pendek dan panjang, di sini ada satu alternatif untuk membersih dan mencantikkan muka anda.

Ambil secawan oat dan bancuh dengan air sehingga pekat.  Kemudian campurkan dua sudu madu asli dan kacau rata.  Sapukan bancuhan tadi ke muka dan biarkan 10 hingga 15 minit. Sebelum mencucui muka, gosoklah muka perlahan-lahan untuk menanggalkan kotoran dan sel-sel kulit mati.  Amalkanlah selalu, insyaallah anda akan mendapat kulit yang lembut dan cantik.

Wednesday 15 December 2010

Peria katak- khasiat dan kelebihannya


Peria katak atau nama saintifiknya Momordica charanthia memang tidak asing lagi oleh masyarakat Malaysia.  Ramai yang tidak suka memakannya kerana rasanya yang pahit.  Tapi jika anda bijak memasaknya, rasa pahitnya tidak akan berapa terasa dan ia akan menjadi antara makanan yang amat berhasiat.

Tuesday 14 December 2010

Kenali Diabetes

 
Apakah diabetes

Diabetes adalah penyakit yang disebabkan oleh wujudnya masalah dalam pengeluaran insulin oleh organ pankreas.  Ia terjadi sama ada tidak ada langsung insulin yang dihasilkan oleh pankreas atau insulin yang dihasilkan tidak mencukupi untuk menampung keperluan tubuh badan.  Kekurangan atau ketiadaan insulin ini akan menyebabkan tubuh tidak boleh menggunakan glukosa secara optimum yang mengakibatkan jumlah glukosa dalam darah meningkat.  Kandungan glukosa yang berlebihan ini akan menyebabkan banyak komplikasi perubatan.

Monday 13 December 2010

Nokia App Wizard - bahagian 2


Sebelum ini saya ada menceritakan kepada anda cara untuk menarik lebih ramai pengunjung untuk membaca blog anda dengan hanya menggunakan handphone Nokia.  Adakah anda telah mendaftarkan blog anda di aplikasi ini????

Jika sudah sila lah ke link ini untuk publish kan ia di blog Nuffnang-Nokia agar blog anda juga boleh dicapai melalui applikasi ini di laman web ini. Jika belum, sila ke link ini Nokia App Wizard.  Sila ikut langkah demi langkah yang ditunjukkan di sana. 



Di harap semua boleh faham Bahasa Inggeris ya...so apa tunggu lagi, rebut la peluang untuk memasukkan blog anda di badan ular besar ini agar ekornya menjadi semakin panjang.

Di bawah ini adalah banner untuk Blog saya yang telah berjaya di senaraikan.  Anda boleh la klik di bawah ini dan ikuti arahan untuk melihat blog saya ini di handphone Nokia anda.

Ini bukan ayat dari al_Quran..ini dari Kitab Bible


Maklumat ni saya baca dari blog My Airul

Yang pasti............ ini bukan ayat al-Quran......
Semoga kita semua berhati2 jangan sampai terbeli dan digantung di rumah kita.

Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara2 kita.
Tolong Baca.Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh org2 KAFIR ..................
Perhatian Kalau ternampak penghujungnya ditulis
"Surah
Injilu Matay "(Terus reject)
Assalammualaikum Al Muslimin dan sahabat-sahabat semua....
Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yang tiada di dalam e-mail ini...
Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah..... Jangan terpedaya pada
rupanya sahaja tetapi tengok dan sel id ikilah isinya juga... tengok
keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk
menghiasi dinding rumah, Hhmm.... sekali pandang macam ayat/kalimah
Al-Quran.......sebenar ayat Bible.


TOLONG SEBARKAN INI SEMUA KEPADA RAKAN-RAKAN KITA

Osteoporosis- Penyakit lelaki yang dilupakan


Osteoporosis adalah penyakit tulang reput.  Ramai beranggapan bahawa osteoporosis hanya menyerang wanita yang berumur 50-an yang sudah mencapai tempoh monopous.  Sebenarnya ia juga menyerang lelaki terutamanya yang telah berumur.

Sebab-sebab yang menyumbang serangan penyakit ini kepada lelaki:
  1. Kekurangan pengambilan kalsium dan vitamin B12 serta diet yang tidak seimbang menjadi faktor kepada serangan osteoporosis.  
  2. Tabiat meminum minuman keras juga adalah pendorong penting kepada penyakit ini kerana minuman keras akan menghalang penyerapan kalsium oleh badan. 
  3. Tabiat merokok akan melemahkan sel-sel tulang.
  4. Pendedahan kepada ubat-ubatan seperti steroid (yang digunakan untuk merawat asma atau artritis)
  5. Sesetengah ubat rawatan kanser serta penyakit kronik.
  6. Mengubah paras hormon.
Namun begitu satu pertiga daripada lelaki yang diserang osteoporosis tidak diketahui sebabnya.

Sunday 12 December 2010

Merangsang bayi ketika dalam kandungan

Merangsang anak di dalam kandungan adalah amat digalakkan kerana ia dipercayai dapat mengeratkan ikatan antara ibu bapa dan anak. Ia juga mampu mencerdaskan otak anak-anak anda.  Mungkin ada yang menyangka ia adalah perkara yang sia-sia kerana menyangka anak yang di dalam kandungan tidak mengerti apa-apa.  Anggapan itu adalah salah. Jadilah teman yang paling rapat dengan bayi anda.

Berbuallah dengannya, bacakan buku cerita, perdengarkan muzik, perdengarkan bacaan al-Quran dan usaplah dia dengan kasih sayang.  Percayalah, hubungan anda dengan bayi anda pasti akan jadi lebih erat apabila ia telah dilahirkan nanti.  Ia pasti mengenalpasti suara anda dan anda pasti terpegun dengan hasilnya.

Saturday 11 December 2010

Petua sihat dan awet muda

Semua pasti ingin kelihatan muda dan anggun.  Petua yang saya beri ini haruslah diamalkan berterusan untuk mendapatkan kesan yang memberangsangkan.

Setiap pagi sebelum makan dan minum amalkan meminum air suam yang dicampurkan dengan beberapa titis air limau nipis.  Minum juga air suam bercampur beberapa titis  limau nipis sebelum tidur.  Amalan ini dapat membantu membuang toksin dari badan dan juga dapat membantu mengurangkan berat badan.

Selamat mengamalkan petua ini.

Khasiat bendi


Bendi pasti tidak asing lagi dikalangan penduduk Malaysia.  Selain dimakan mentah sebagai ulam, ia juga biasa dicampurkan kedalam masakan asam pedas, kari atau masak lemak.  Tidak lupa juga, ia juga biasa dimasak sebagai sayur goreng.

Friday 10 December 2010

Haid dan senggugut

Haid atau datang bulan adalah perkara normal bagi semua wanita yang telah akil baligh.  Sebelum dan semasa kedatangan haid, ia sering diiringi oleh mengantuk yang lebih dari biasa, perut terasa tegang dan memulas, penat yang lebih dari biasa, jerawat, perubahan nafsu makan dan perubahan emosi.  Meskipun perkara ini berlaku tiap-tiap bulan dan ia akan hilang bila habisnya tempoh haid, ianya mengganggu aktiviti harian.  Ada pendapat yang mengatakan perkara ini terjadi kerana perubahan hormon dalam tubuh iaitu ketidak seimbangan antara hormon estrogen progesteron.  


Selain dari gangguan seperti di atas, ada di kalangan wanita juga mengalami senggugut iaitu keadaan sakit yang melampau ketika haid.  Senggugut adalah perkara lumrah yang sering dilalui oleh wanita.  Hampir 70 peratus wanita di dunia mengalami perubahan fizikal dan psikologi sebelum dan semasa didatangi haid.

Wednesday 8 December 2010

Bahaya duduk terlalu lama di depan komputer

Di dalam dunia yang serba moden ini, komputer telah menjadi semakin penting, sama ada untuk tujuan belajar, bekerja, mencari maklumat, bermain video game dan sebagainya.  Ada di antara mereka yang duduk berjam-jam di depan komputer tanpa mengetahui bahawa perbuatan itu akan mengundang masalah kepada kesihatan mereka. 

Award dari Shidah2020 dari Blog Kemuliaan Islam

Photobucket
Special award dari Shidah dari blog Kemuliaan Islam.  Terima kasih banyak-banyak.

Tuesday 7 December 2010

Firdani 'Teka Nama' Contest

Saya telah di tag oleh eilyfarhana untuk sertai contest ni.  Ia umpama saya telah terkena genjutsu,  tidak boleh ke mana-mana lagi , hanya boleh melepaskan diri  selepas memenuhi semua cabaran dan halangan-halangan.....ades...camner ni....Mesti berusaha untuk melepaskan diri dari genjutsu ini.



Selulit - cara menghalang kahadirannya


Saya pasti ramai yang tahu macam mana rupa selulit.  Kulit yang berkedut-kedut seperti di gambar diatas ni tak cantik, betul tak??

Selulit menyerang tidak mengira bangsa, umur, jantina, gemuk atau kurus. Ia biasanya ada di bahagian-bahagian tubuh badan seperti di peha, perut, pinggul dan bawah lengan.  Biasanya bila ianya sudah muncul, agak sukar untuk dihilangkan, tapi dengan usaha yang berterusan, pasti boleh.


Di bawah ini saya senaraikan diantara cara yang boleh membantu dalam mengelakkan dan megurangkan selulit dari bermaharaja lela di tubuh kita.

Monday 6 December 2010

Cara meletakkan link blog anda di Blogger Profile


Seperti yang pernah saya beritau dalam entry sebelum ini, saya rasa sedih jika tidak dapat pergi ke blog-blog follower-follower saya.  Kepada follower-follower yang belum saya kunjungi blog anda, saya mintak maaf banyak sebab ini bukan disengajakan.  Insyaallah perlahan-lahan saya akan cuba melawati anda semua , kerana tanpa anda, siapalah saya.




Apabila seseorang telah menjadi "follower", apa yang penting baginya adalah memastikan link blog mereka mudah dicapai oleh orang yang di "follow".  Ini adalah sangat penting agar mereka boleh mengekses blog kita kembali.  Cara-caranya adalah:

Gambar rakan-rakan yang menyertai Nokia OVI App Wizard Workshop

Seperti yang telah saya beritahu dalam entry yang lalu, saya menyertai Nokia Ovi App Wizard Workshop.  Di bawah ini saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan semua beberapa gambar yang diambil semasa worksop tersebut.

Untuk yang belum mengenali diri ini....inilah saya.

Melahirkan bayi yang sihat - bahagian 2

Anak yang sihat adalah impian setiap ibu bapa.  Oleh itu perancangan awal perlu dilakukan bagi mendapat zuriat yang sempurna dari segi fizikal dan mental.


Untuk melahirkan bayi yang sihat, jika ada di antara keluarga anda mempunyai penyakit keturunan seperti kencing manis, pemeriksaan awal perlu dilakukan iaitu sebelum anda mengandung.  Pastikan sama ada anda mempunyai kencing manis atau tidak kerana masalah kencing manis akan memudaratkan janin andai gula dalam darah tidak stabil.  Dapatkanlah nasihat doktor mengenai kesihatan anda dan niat anda untuk mengandung.  Ini adalah sangat penting kerana 25% daripada anak yang dilahirkan dari keluarga yang berpenyakit keturunan dilahirkan cacat.

Saturday 4 December 2010

Nokia OVI App Wizard, satu cara baru untuk mendapatkan lebih ramai pengunjung.

Anda semua pasti ingin blog anda boleh dicapai oleh  lebih ramai pembaca.  Setelah  anda bersusah payah mencari dan mengumpul maklumat dan memasukkannya ke dalam blog anda, tetapi tiada pembaca, sayang la.  Salah satu cara yang kita lakukan ialah dengan blogwalking.  Cara lain yang kebanyakan di antara anda telah lakukan adalah mendaftar dengan search engine-search engine.

Award pengomen terhebat dari KizMyself


Award ni saya terima dari KizMyself.  Terima kasih banyak-banyak...  He! he!  Tak sangka boleh menang award ni.

Friday 3 December 2010

Award dari chacha89 untuk follower 1 hingga 50


Semalam ada OVI Workshop kat KDU University College, Damansara Campus.  Balik dari workshop tu saya cuma buka laman blog ni sekejap jer sebab nak luangkan masa ngan Zahin Nuraini, anak saya yang berusia 1 tahun 5 bulan tu.  Nampak cam dia rindu sangat dengan saya.  Masuk jer kereta tadi, masa suami saya jemput saya, dia trus jer dengan saya, tak nak berenggang.

Ni pagi-pagi buta bukak computer dan nampak pesanan dari chacha89 suruh ambik award kat blog dia.  Ni la dia award tu yang ditujukan kepada 50 follower dia yang pertama.  Cantik award ni.  Terima kasih.  Semoga hubungan kita sebagai kawan akan berkekalan selama-lamanya.

Thursday 2 December 2010

Invitation to Nokia OVI Workshop

Kat sini saya nak kongsi berita gembira.  Semalam saya telah mendapat email dari Nuffnang.  Nak tau apa dia????  Saya telah dijemput untuk ke Nokia OVI Workshop.!!! Kat bawah ni saya sertakan email dari Nuffnang tersebut.  Hmmm!! rasa sangat teruja.


Dear Nuffnanger,

You're cordially invited to the Nokia OVI Workshop where you'll be able to learn how to publish your own blog as an app on the Nokia OVI Store with the Ovi App Wizard! Details of the workshop are as below:

Date: 2 December 2010 (Thursday)
Time: 6.00 pm - 9.30 pm
Venue: Cafeteria, KDU University College, Damansara Campus (click here for location map)

Wednesday 1 December 2010

Melahirkan anak yang sihat - bahagian 1

Semua manusia di dunia ini mendambakan anak yang sihat dan cerdas.  Untuk mendapatkan anak yang sihat dan cerdas, kita haruslah mempunyai perancangan jangka panjang.

Perancangan itu haruslah dimulai dengan diri kita.  Perkara yang terpenting sekali adalah diri kita.  Pastikan kita mempunyai fizikal dan mental yang sihat, selalu mengamalkan pemakanan yang sihat dan selalu bersenam.  Elakkan dari diri di jangkiti penyakit.  Banyakkan membaca tentang kesihatan, kanak-kanak dan kekeluargaan untuk menambahkan ilmu.



Perkara yang kedua, kita seharusnyalah berusaha untuk mendapatkan pasangan yang sihat dari segi fizikal dan mental juga.  Pasangan kita itu haruslah mempunyai cara hidup yang sihat.  Cuba elakkan dari mempunyai pasangan yang mempunyai penyakit keturunan.  Jika ini kita tidak dapat lihat dari dirinya,  cubalah selidik latar belakang keluarganya. Tetapi jika ditakdirkan juga mendapat pasangan yang tidak sihat atau mempunyai keluarga yang mempunyai penyakit keturunan, itu lain cerita.

Perkara ketiga yang patut difikirkan adalah dari segi kewangan untuk melangsungkan perkahwinan dan juga perbelanjaan selepas perkahwinan.  Perancangan dari segi kewangan sangat lah penting kerana membesarkan anak bukanlah sedikit modalnya.