Wednesday, 22 December 2010

Pengguna kanta sentuh - elakkan dari serangan ulser mata

Penggunaan kanta sentuh adalah semakin popular di kalangan masyarakat kita hari ini.  Ada yang memakainya sebagai alternatif kepada pemakaian cermin mata kepada si rabun dan ada juga yang memakainya untuk tujuan kecantikan dengan memakai kanta sentuh berwarna. Walau apapun sebab pemakaiannya, pengguna kanta sentuh harus lebih prihatin kepada penjagaan mata kerana kanta sentuh berpotensi mengganggu keseimbangan mata terutamanya jika tidak dibersihkan mahupun ditanggalkan pada waktu yang tertentu.

Mata memerluan oksigen.  Sebaiknya kurangkan pemakaian kanta sentuh pada waktu malam kerana jumlah oksigen berkurangan satu pertiga pada waktu malam berbanding waktu siang.   Juga elakkan pemakaian kanta sentuh sewaktu tidur yang lama terutamanya pada waktu malam kerana jika tidak ditanggalkan , lapisan mata akan mengalami pembengkakan.

Bagaimana ulser mata boleh berlaku

Pengguna kanta lekap terutamanya dari jenis yang lembut haruslah mengikut peraturan pembersihan, pengurusan dan penyahkuman kanta dan bekasnya dengan betul.  Kanta sentuh jenis lembut mempunyai risiko lebih tinggi kerana ia mempunyai 38 hingga 70 peratus kandungan air yang mampu menjangkitkan bakteria jika ia tidak dijaga dengan baik.  Pseudomonas adalah bakteria yang paling lazim menjangkiti mata.  Kanta sentuh yang tidak bersih memberi peluang kepada bakteria ini untuk sampai kepermukaan kornea yang menyebabkan mata dijangkiti penyakit ulser.


Simptom-simptom jangkitan bakteria
Simptom-simptom kepada jangkitan bakteria adalah seperti mata merah, sakit yang teruk (tidak semua kes), air mata meleleh, titik putih pada kornea mata dan mata sensitif kepada cahaya.  Jika simptom ini berlaku, segeralah berjumpa doktor dan elakkan merawat mata sendirian atau menggunakan ubat titik mata yang dijual di pasaran kerana dikuatiri tindakan ini akan memburukkan lagi keadaan.

Bagi mengelakkan jangkitan bakteria anda perlu:
  • Mengikut jadual pemakaian sebagaimana diarahkan oleh pakar optometri.
  • Mencuci tangan sebelum memasukkan dan mengeluarkan kanta.
  • Menggunakan cecair pembersih kanta yang tidak dikitar semula.
  • Menggantikan dengan yang baru kanta yang rosak, kering atau bercalar.
  • Menggantikan kanta sekurang-kurangnya setiap tiga bulan sekali.
  • Membilas dan membersihkan kanta sentuh pakai buang sebelum memakainya.
  • Letakkan kotak kanta dalam air yang sedang mendidih beberapa minit untuk tujuan pensterilan atau menukar kotak kanta setiap bulan.
  • Rendam kanta mata dengan cecair pembasmi kuman selain dari saline.  Cecair saline tidak membunuh bakteria dan kulat, dan ia mampu menjadi pusat pembiakan bakteria kerana faktor kelembapannya.
  • Kanta sentuh yang terendam dan tidak digunakan perlu ditukar larutan disinfeksinya sekurang-kurangnya dua hari sekali.
Anda juga dinasihatkan agar tidak :
  • tidur tanpa menanggalkan kanta sentuh terlebih dahulu
  • mengamalkan konsep kitar semua terhadap cecair pembersih .
  • menggunakan air paip untuk mencuci kanta
  • berenang tanpa menanggaklan kanta.
  • membiarkan rasa gatal pada mata.
  • membasuh muka sewaktu masih menggunakan kanta sentuh.
Jagalah mata anda kerana ia adalah pacaindera yang cukup penting.

21 comments:

Akram said...

nak melawa, tapi ada risiko..huh, x pyah pkai la.

n.hasleena said...

Salam cempaka...
Mmg berisiko kalau tak disiplin menjaga...bagi yang rajin dan berdisiplin sesuailah utk memakainya tapi kalau tak baik guna cermin mata je...(sayalah tu hehehe...)

nisa said...

Saya pernah kena, sakit giler..mata sebijik jadi mata hantu, merah giler...dekat 2 minggu mc..huhuhu..dah serik...

eMMe said...

takot pulak baca n lihat gambar tu
saya pakai contact lens tegar.
hope mata saya sentiasa sihat n jauh dari penyakit..InsyaAllah...

iris syuhada said...

ermm..x pnh pkai kanta lekap tp pnh tgk member smpai kne wat minor operation bcoz of lens.. trus jd cm lanun mte berbalut sbelah hahaha

Syukri Kamaruddin said...

pernah pakai dulu..tp leceh btol..last2 pakai spek lg beshh..tu pon pakai bile mata nk bkerja keras je...n kalo x rabun xpayah r pakai contxt lens..sayang mata.. (~_^)

Papa Mifz said...

bukan semo org sesuai pakai lens ni...yg paling important kebersihan...kalo x takut nanti ada infection mata...lg satu kalo kata pakai monthly disposable,make sure pakai sampai sebulan je...jgn di extend sampai ke 2 bulan pulak..

AIMAN said...

pakai lens yg kaler2, cantik..

rin pebble said...

urgh..nk pakai contact lens.. tp parent mati2 xbg.huhu

Annie said...

Saya sampai skrg xpandai pakai. maybe penakut kan. Lagipun selalu tengok mata kawan jadi merah, kena jangkitan.....tambah la takut. Hehe.
Salam perkenalan, singgah baca entry.

Cik Yana said...

Cik Yana pun pakai lens ni.
Tapi kadang-kadang je.
Memang kalau nak pakai lens kene bdisiplin.
Kebersihan kene jaga.
Semua benda kalau kotor memang akan datangkan mudarat pada tubuh kita kan?
So, kalau nak pakai, disiplinkan diri dlu :)

btw, nice entry :)

Mata Hati said...

saya pun pakai kanta mata jugak tapi cuma time nak bersukan. tak berapa gemar sangat pakai sbb rasa tak selesa

Anna said...

pakai juga tapi tak selalu.lebih biasa guna cermin mata sebab tak takut jatuh keluar. thanks utk info ni ye :)

LyNn HaMzAh said...

lynn memang x pakai contact lens nie...prefer pakai cermin mata biasa jer...

aulia said...

hihihihi,bagus juga ni artikel,salut gan ,keep your post

Yan said...

kanta sentuh tu lens la ye.. dah lame tak guna.. tp mmg dah dipesan dari awwal.. jgn guna 24 jam ape lg time tido

salam kenal
jemput ke blog undi anak saya
http://www.mayaqarmyla.net/2010/12/jom-vote-adik-dhuwa-haziq.html

Dea said...

alat untuk mempercantik mata :)
my frenz pki nye just for fun only... looks ok..
tp dia blang kkdang mata terasa galal..

pN.rOs said...

ish memang risiko tinggi tau... kawan saya pernag kena ulcer yg worse... samapi kena warded 2weeks tau

eni said...

apa pendapat anda tentang contact lens yg femes dari korea yg dijual di m'sia sekarang?harga dia jauh lebih murah & lebih cantik & banyak pilihan berbanding contact lens yg dijual di pusat2 optik/cermin mata.malah tempoh pemakaian utk sepasang contact lens jugak dikatakan sehingga 1 tahun.
kalau boleh buat la entry pasal contact lens dari korea tu.hee~

Cempakamelati said...

eni: nanti saya akan cuba cari sumber maklumat ni.

Che Sakinah said...

saya pun memakai lens. lens dari korea tu pun saya pakai . sudah 6 bulan lebih saya pakai... so far very good... worth buying.. murah pun murah.. yg penting kena pandai jaga dan ikuti nasihat2 kak cempakamelati ni. insyaAllah selamat. :)