Untuk melahirkan bayi yang sihat, jika ada di antara keluarga anda mempunyai penyakit keturunan seperti kencing manis, pemeriksaan awal perlu dilakukan iaitu sebelum anda mengandung. Pastikan sama ada anda mempunyai kencing manis atau tidak kerana masalah kencing manis akan memudaratkan janin andai gula dalam darah tidak stabil. Dapatkanlah nasihat doktor mengenai kesihatan anda dan niat anda untuk mengandung. Ini adalah sangat penting kerana 25% daripada anak yang dilahirkan dari keluarga yang berpenyakit keturunan dilahirkan cacat.
Jika anda merancang untuk hamil, elakkan dari mengambil ubat-ubatan seperti ubat kuruskan badan, ubat untuk mencantikkan muka dan sebagainya kerana dibimbangi ia akan memberi kesan kepada kandungan.
Bagi ibu mengandung, senaman adalah sangat perlu agar pengaliran darah berjalan lancar dan anak anda mendapat oksigen yang cukup. Dapatkanlah nasihat doktor untuk mengetahui apakah jenis senaman yang boleh anda lakukan kerana anda tidak boleh melakukan semua senaman yang dilakukan ketika anda belum mengandung.
Gamber hiasan
Para ibu seharusnya mengisi masa lapang dengan pembacaan yang membina kerana ia adalah perkara yang baik untuk menambah pengatehuan.
Hamil adalah merupakan satu dugaan yang besar bagi seorang wanita. Pelbagai dugaan akan dilalui seperti kerap muntah, pening, sukar tidur dan juga sukar berjalan. Kesabaran adalah sangat penting untuk menghadapi keadaan ini.
Buku berkaitan :
The Mozart Effect - Music for Moms & Moms-to-be
The Hot Mom to Be Handbook: Look and Feel Great from Bump to Baby
2 comments:
salam...
semua ibu bapa mengharapkan bayi mereka sihat..
tips yang baik..tq
syukur..masa kita lahir dulu sihat..huhuhu
Post a Comment