Wednesday, 1 December 2010

Melahirkan anak yang sihat - bahagian 1

Semua manusia di dunia ini mendambakan anak yang sihat dan cerdas.  Untuk mendapatkan anak yang sihat dan cerdas, kita haruslah mempunyai perancangan jangka panjang.

Perancangan itu haruslah dimulai dengan diri kita.  Perkara yang terpenting sekali adalah diri kita.  Pastikan kita mempunyai fizikal dan mental yang sihat, selalu mengamalkan pemakanan yang sihat dan selalu bersenam.  Elakkan dari diri di jangkiti penyakit.  Banyakkan membaca tentang kesihatan, kanak-kanak dan kekeluargaan untuk menambahkan ilmu.



Perkara yang kedua, kita seharusnyalah berusaha untuk mendapatkan pasangan yang sihat dari segi fizikal dan mental juga.  Pasangan kita itu haruslah mempunyai cara hidup yang sihat.  Cuba elakkan dari mempunyai pasangan yang mempunyai penyakit keturunan.  Jika ini kita tidak dapat lihat dari dirinya,  cubalah selidik latar belakang keluarganya. Tetapi jika ditakdirkan juga mendapat pasangan yang tidak sihat atau mempunyai keluarga yang mempunyai penyakit keturunan, itu lain cerita.

Perkara ketiga yang patut difikirkan adalah dari segi kewangan untuk melangsungkan perkahwinan dan juga perbelanjaan selepas perkahwinan.  Perancangan dari segi kewangan sangat lah penting kerana membesarkan anak bukanlah sedikit modalnya.                                                                                                                   
Setelah berjaya mempunyai pasangan dan telah menjadi suami isteri, kita sewajarnya mengamalkan cara hidup yang sihat iaitu sihat dari segi fizikal, mental dan rohani. Sentiasalah mengamalkan pemakanan yang sihat dan berhasiat, memakan makanan dari sumber yang suci dan bersih serta sentiasa mewujudkan  persekitaran berkasih sayang.  Suasana seperti ini  nanti pasti akan mewarnai arena rumahtangga  dengan anak-anak yang sihat dan berakhlak mulia yang menjadi dambaan setiap ibu bapa.
Gambar hiasan

Ibu-ibu mengandung perlu sentiasa memenuhi masa lapangnya dengan membaca ayat-ayat al-Quran agar memperoleh ketenangan jiwa dan bacaan ini seterusnya akan sampai kepada bayi yang dikandung. Para ibu haruslah mengawal dari perasaan  sedih dan marah yang berlebihan kerana ia akan memberi kesan kepada bayi yang dikandung kerana bayi boleh mendengar dan merasai apa yang dirasai oleh ibunya.


Mengenai bakal bapa pula, suami atau bapa seharusnya memiliki jiwa yang teguh dan mempu memberi kasih sayang secukupnya kepada isteri.  Apabila sudah mendirikan rumahtangga, layanlah isteri dengan baik supaya dapat melahirkan satu kemantapan psikologi kerana psikologi yang matang akan melahirkan zuriat yang baik.  Zuriat yang baik akan mewujudkan suasana yang harmoni, sejahtera, mantap stabil dan bersikap penyayang.






Gambar hiasan

9 comments:

azhar said...

dan jgn lupa beri nama2 yg baik utk anak yg lahir..

Sharifah nor said...

harap kan saemua yg baik2 ajer lah...

little cart00n said...

anak akan membentuk seperti mana yang cara yang dibesarkan! :)

khairunnisa ♥ said...

ye..kesihatan penting dan nombor satu (^-^)

hmm..jika ada ibu mengandung..make sure ambil ubat yang betul..nak elakkan side effect terhadap kandungan bayi. -___- amatlah bahaya.

aresaliyana said...

perancangan masa depan :)

salam perkenalan ~

Mata Hati said...

ibubapa juga harus mempunyai keperibadian yang baik kerana ia akan mempengaruhi anak..

Miss Zan said...

ingin merasai nikmat mempunyai anak yang sihat tapi apakan daya.. tuhan belum mengizinkan untuk mempunyai anak... hhuhuhuhu

~ PIJA ~ said...

mudah2an dapat anak yang sehat selalu hendaknyer...:)

nik rosmawati said...

harap nik dapat anak chat nnt.bila la agaknya :)