Sunday, 28 December 2014

Datang haid aku tidak sakit lagi

              


Aku memang mengalami masalah sakit di bahagian abdomen beberapa hari sebelum datang haid dan juga hingga hari kedua atau ketiga haid sejak zaman tahun 1990'an lagi.  Bila tak tahan sangat, kadang kala aku mengambil pill tahan sakit.  Pernah juga doktor memberikan aku suntikan penahan sakit apabila kesakitan tidak tertanggung lagi.

Sama ada pada penghujung bulan September tahun ini atau awal bulan Oktober semasa aku berada di rumah ibuku, aku membeli 2 kotak Codi Cafe dan sebotol Codi Juice dari adik ku  Shahrizuan yang kebetulan datang dengan membawa banyak bekalan Codi Cafe dan Codi Juice.  Codi Cafe dan Codi Juice tersebut aku kongsi dengan suami, tapi majoritinya akulah yang minum.



Codi Cafe aku minum secawan pagi dan secawan petang.  Codi Juice aku minum 30ml tiap-tiap awal pagi.  Tindakbalas yang aku alami dalam tempoh menggunakan produk tersebut adalah, aku mengalami sakit di pinggang, sakit keseluruhan kaki kanan dan lemah-lemah dan lengoh badan.  

Pada 3 November 2014, haid ku datang awal pagi.  Pada penghujung hari tersebut, ketika mandi, ketulan-ketulan daging yang bewarna kehitaman dan berbau busuk keluar sebanyak sepenuh telapak tangan yang di lengkungkan.  Ini sungguh mengejutkan aku.

Alhamdulillah, setelah kejadian yang ku ceritakan tadi, kini aku tidak lagi mengalami kesakitan ketika hendak datang haid.  

Kepada gadis-gadis dan wanita-wanita yang mengalami kesakitan ketika hendak datang haid, aku syorkan mereka mencuba Codi Juice dan Codi Cafe.  Mudah-mudahan tidak sakit lagi.  Kita harus berusaha untuk mengatasi dan mengubati masalah yang kita hadapi, tetapi Allah lah yang menentukan.

Kini aku telah menjadi pengedar produk tersebut kerana niatku adalah untuk membantu insan-nsan yang mengalami masalah kesihatan seperti ku.

2 comments:

CikAnie said...

alhamdulillah,,semoga bertambah sihat hendaknya,,,

Cempaka melati said...

Terima kasih