Tuesday 10 January 2017

Khasiat Pokok Dukung Anak


Pokok Dukung Anak adalah pokok yang banyak tumbuh di tanah dan senang membiak.  Ia juga sering di dapati tumbuh di dalam pasu-pasu bunga.

Sebelum ni bila jumpa pokok tu tumbuh di dalam pasu-pasu bunga saya, saya sering cabut dan buang.  Tapi bila terbaca tentang kebaikan dan khasiat pokok dukung anak ni di dalam buku "44 Hari Bersama Nurfarahin", , baru saya terfikir, dulu ada jiran saya yang mintak pokok ni dari saya untuk direbus dan dimandikan kepada cucunya yang kena demam kuning.

Di dalam buku "44 Hari Bersama Nurfarahin" ada menyatakan bahawa pokok ini boleh membantu untuk menghilangkan sakit pinggang.  Ia amat baik untuk diminum oleh ibu yang baru lepas bersalin kerana ia amat membantu untuk meredakan kesakitan di bahagian pinggang.  Caranya ialah dengan merebus akar pokok ini dan di minum airnya.

Khasiat pokok ini selain untung meredakan sakit pinggang, ia mampu mengurangkan masalah diuretik iaitu peningkatan di dalam pembuangan air kencing.  Di samping itu, amalam meminum air rebusan akar pokok dukubng anak ini dapat mengurangkan risiko penyakit ginjal, batu karang, gonorea (penyakit kelamin berjangkit), siflis, merawat ceret-beret, memudahkan penghadaman, mempercepatkan penyerapan makanan dan meningkatkan fungsi hati.

Jadi, bolehlah mula amalkan minum air rebusan pokok Dukung Anak ni untuk kesihatan yang berpanjangan.


No comments: