Friday 9 January 2015

Semak pakej pelancungan





Apabila anda mengambil keputusan untuk melancung dengan menggunakan servis agensi pelancungan, anda haruslah menyemak dan memastikan bahawa pakej yang diambil mengikut keperluan dan tiada kos tersembunyi untuk mengelakkan ditipu oleh agensi pelancungan.

Antara perkara yang perlu dikenalpasti adalah :

1.  Teliti waktu penerbangan
  • Sesetengah pakej memang nampak murah tetapi waktu penerbangan berlepas pada waktu petang dan dijangka tiba ke destinasi pada waktu malam.  Ini akan menyebabkan anda hilang 'satu hari' kerana walaupun anda sampai pada waktu malam dan cek-in pada waktu malam juga, ia tetap dikira satu hari.
  • Ada sesetengah pakej menunjukkan perbezaan harga yang mahal sedikit, namun waktu penerbangannya pada awal pagi dan sampai sebelum tengah hari.  Selepas cek-in ke hotel, anda ada masa untuk melancung pada hari tersebut.

2.  Semak pakej
  • Anda haruslah memperuntukkan sedikit masa untuk menyemak pakej yang disediakan sebelum membuat tempahan pakej percutian.  Jangan mudah tertarik dengan aturcaranya sahaja sebaliknya semak apa yang ada dan apa yang tiada.  Bacalah semua yang tertulis pada broucher tersebut termasuk tulisan yang kecil-kecil untuk mengelakkan dari diperdaya.
3.  Lihat aturcara
  • Bahagian ini juga penting kerana anda perlu tau masa yang diperuntukkan utuk membeli belah dan untuk pergi ke tempat lawatan dan masa untuk melakukan aturcara bebas.  Ini penting kerana inilah yang menentukan kepuasan anda nanti.  Jangan nanti anda kecewa apabila mengharapkan percutian yang indah tetapi kebanyakan hanya dibawa untuk membeli belah sahaja dan sebaliknya.
4.  Buat carian internet mengenai hotel
  • Apabila anda menerima broucher pakaj pelancungan, buatlah carian internet mengenai hotel yang termasuk dalam pakej pelancungan tersebut.  Pastikan rupa hotel yang dijanjikan adalah sama.  Dibimbangi hotel tersebut indah khabar dari rupa dan bertaraf lebih rendah dari yang terpapar dalam gambar hotel yang diletak dalam broucher tersebut.
5.  Jadual makan
  • Jadual makan dan dimana ia disajikan dan kekerapannya perlu disemak.  Selalunya pihak agensi hanya menyediakan sarapan pagi di hotel.  Makan tengahari dan malam dilokasi terpilih.  Di bimbangi jika pakej yang diambil murah tetapi jadual makan dikurangkan tetapi tidak ditulis dengan jelas dalam aturcara.  Jalngan lupa untuk menyemak status halal bagi hidangan atau restoran yang dipilih pihak agensi.
6.  Kos tersembunyi
  • Masalah ini sering menjadi rungutan pelanggan pakej pelancungan.  Hakikatnya kita selalu terlepas pandang mengenai cukai lapangan terbang, caj bagasi, tip, visa, bayaran masuk (ruang lawatan) dan makanan (sekiranya jadual makan tidak lengkap).  Jadi anda haruslah menyediakan duit lebih untuk tujuan kecemasan dan kos yang diluar jangka. 

Sumber :  Harian metro 25/12/2014

1 comment:

Unknown said...

nice sharing :)