Wednesday, 21 January 2015

Sotong paprik

-bahan ( 2 orang )

  • 3 ekor sotong
  • 1 sudu sos tomato
  • 1 sudu sos cili
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu kicap pekat
  • 2 batang kacang panjang - dipotong 1 inci
  • 1 biji bawang besar - dihiris
  • 1 batang serai - dititik
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 batang lobak merah - dihiris memanjang
  • garam dan serbuk perasa
  • 2 sudu minyak masak

Cara-cara

  1. rebus sotong separuh masak - air sotong jangan dibuang..
  2. panaskan minyak, tumiskan bawang besar, serai, daun limau purut sehingga naik bau wangi
  3. kemudian masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan kicap pekat, kacau sehingga sos tersebut menjadi pekat.
  4. masukkan air sotong tadi, kacang panjang, dan lobak. setelah lobak nampak separuh masak, masukkan pula sotong td.

1 comment:

CikAnie said...

Emmm nyom nyom nyomm lama tak masak paprit ni hihihi,, tengok gambar cam nak buat jerk rasanya,,