Monday, 12 January 2015

10 tanda penting kehamilan

Tanda Awal Kehamilan dan Ciri-Cirinya, Apakah Saya Hamil
Ada 10 tanda-tanda kehamilan yang wanita perlu beri perhatian sebagai persediaan untuk menghadapi kehamilan iaitu:

1.  Mengidam
  • Apabila anda teringin sangat-sangat untuk memakan sesuatu, ia dipanggil mengidam.  Ia kadangkala menunjukkan tanda-tanda bahawa anda telah hamil, tetapi ia perlulah disertai dengan tanda-tanda lain kehamilan.  Bila ini terjadi, anda perlu mula mengira hari haid pertama, haid terakhir anda.
2.  Warna areola menjadi gelap
  • Jika kulit di sekeliling puting payudara anda menjadi lebih gelap, ini mungkin bermakna proses persenyawaan berjaya.  Tetapi ia juga mungkin disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon.  
3.  Pendarahan atau kekejangan akibat implantasi
  • Kira-kira lapan hari selepas ovulasianda mungkin mengalami pendarahan implantasi iaitu ada tompok darah bewarna merah jambu atau coklat serta sedikit kekejangan.  Ini disebabkan telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium.  Anda juga mungkin mengalami keadaan sama menjelang kedatangan haid anda.
4.  Kekerapan membuang air kecil
  •  Sebaik embrio melekat dan mula menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG), anda mungkin mendapati anda perlu membuang air kecil dengan lebih kerap.
5.  Keletihan
  •  Tahap hormon progesteron yang tinggi boleh membuatkan anda berasa seperti baru selesai berlari maraton sedangkan anda hanya bekerja seharian di pejabat.  Keletihan adalah tanda penting awal kehamilan, walaupun ia mungkin bukan simptom yang pasti tanpa kehadiran simptom lain.
6.  Payudara melembut dan membengkak
  • Sebelum kedatangan haid, payudara anda mungkin menjadi sangat sensitif terhadap sentuhan dan jika anda hamil, perkara yang sama berlaku tetapi pada tahap yang lebih sedikit.  Apabila badan anda biasa dengan peningkatan hormon ini, kesakitan akan hilang.
7.  Deria rasa berubah
  • Anda mungkin perasan perubahan pada deria rasa anda.  Sesetengah wanita mengatakan mereka merasa sedikit payau di mulut dan sesetengah yang lain mengatakan mereka tidak dapat tahan rasa kopi, teh atau makanan yang biasanya mereka suka.
8.  Mabuk hamil pagi (moning sickness)
  • Majoriti wanita manegalami 'morning sickness' sehingga beberapa minggu selepas persenyawaan dan berasa tidak sedap perut.  Ia tidak semestinya berlaku pada waktu pagi.  Loya akibat kehamilan boleh berlaku pada waktu pagi, petang ataupun malam.
9.  Tidak datng haid
  • Jika haid anda teratur dan kini ia lambat, elok juga anda membuat ujian kehamilan.  Tidak datang haid adalah tanda kehamilan yang paling pasti untuk wanita yang mempunyai kitaran haid yang teratur.
 10.  Ujian kehamilan yang positif
  • Jika anda menunggu untuk membuat ujian kehamilan sekurang-kurangnya hingga hari pertama anda tidak datang haid, dan garisan biru kelihatan dalam kotak alat penguji, anda sangat pasti akan menjadi ibu.  Buatlah temujanji dengan doktor untuk memastikan berita baik ini.

Sumber:  Metro Ahad 4 Januari 2015.

1 comment:

CikAnie said...

masa saya baru2 hamil,, saya sangat2 sangat malas,, buat apepun malas hihihi,,tengok orang lain hamil rasa seronok plak kan hihi,,