Friday 2 January 2015

Sarapan nasi goreng bersama air carot susu

Ketika aku sedang menyemak bacaan anak ku membaca buku cerita, tiba-tiba kedengaran suara budak lelaki memberi salam. "Waalaikum salam"' sahut ku.   "Ummi!, Fakrol datang", kata anakku.  Aku lantas mengambil kunci dan bergerak ke luar ke arah pagar luar rumahku.   Semasa berjalan keluar ku lihat ada sesuatu di tangan Fakrol.  "Nasi goreng", kata Fakrol.  Aku mengambil pinggan yang dipegang oleh Fakrol dan mengucapkan terima kasih.  Alhamdulillah rezeki , kata hati ku.

Nasi goreng ku letakkan di atas meja jepun di ruang tamu rumah ku.  Aku merenung nasi goreng tersebut, dan aku berfikir...."makan nasi ni mesti nak minum air, nak buat air apa ya?" Lalu aku terlintas untuk membuat minuman karot susu untuk ku gandingkan dengan nasi goreng tersebut.


Aku lantas ke dapur dan membuka peti sejuk dan mengambil tiga biji karot.  Aku kikis kulitnya dan aku potong kecil-kecil, ku basuh lalu ku masukkan ke dalam mesen kisar (blender).  Ku tambahkan air secukupnya dan aku menekan suiz blender tersebut.  blender mula mengaum kuat dan memamah karot dan menjadikannya halus dan bercampur dengan karot.

Campuran karot itu ku tapis airnya dan kemasukkan sekali lagi kedalam blender.  Ku tambahkan air lagi untuk dikisar untuk kali ke dua, kutapis lagi dan kucampurkan bersama tapisan pertama tadi.  Air karot tadi kucampurkan dengan susu pekat manis hingga cukup manis dan cukup sedap untuk diminum.








Inilah hasilnya air karot tersebut yang digandingkan dengan nasi goreng pemberian kakak ipar ku Kak Nora yang merangkap jiranku di kawasan perumahan ini.

Khasiat lobak merah :  101 khasiat lobak merah

1 comment:

Unknown said...

sedapnya air carrot susu :)