Friday, 31 December 2010

Tips untuk tampil sihat dan awet muda

Pada zaman sekarang ini, kadang-kadang kita sukar untuk meneka umur jika dilihat semata-mata dari wajah mereka  Ada yang wajah lebih berusia dari umur, dan ada juga mereka yang nampak persis remaja, walhal telah ada beberapa orang anak. 

Untuk tampil awet muda bukan memakan masa yang sedikit.  Sebaik-baiknya ia harus dilakukan dari awal iaitu dari remaja.  Tapi menurut pepatah barat "its never too late to do a good thing".  Oleh itu bertindaklah sekarang untuk mendapatkan hasil yang memberangsangkan. 



Tip-tip yang anda boleh amalkan untuk mendapatkan wajah dan diri yang awet muda adalah:
  1. Banyakkan meminum air masak.  Air masak yang juga dikenali dengan air panas mati  adalah baik untuk tubuh badan kerana ia dapat membantu pembuangan toksin.  Jumlah toksin yang banyak dalam badan adalah salah satu penyumbang kepada penuaan kulit wajah.  Air masak juga dapat membantu melembabkan kulit sekali gus menghasilkan kulit yang anjal dan awet muda.
  2. Melakukan senaman regangan sebaik sahaja bangun dari tidur.  Ianya dapat membantu menyediakan otot, jantung, perjalanan darah dan badan untuk pergerakan sepanjang hari setelah beberapa jam berehat semasa tidur.
  3. Melakukan senaman sekurang-kurangnya 20 minit untuk satu sessi, dua ke tiga kali seminggu.  Senaman yang boleh dilakukan adalah seperti berjalan cepat, menaiki tangga, berjoging dan sebagainya.  Ini dapat membantu kesihatan jantung, pembuangan toksin dari badan, menambah jumlah oksigen untuk otak dan badan.
  4. Tidak merokok.  Merokok boleh merosakkan dan mengeringkan kulit.  Ia akan menyumbang kepada penuaan kulit wajah.
  5. Mendapatkan tidur yagn cukup.  Luangkan masa untuk anda tidur selama enam ke lapan jam sehari.  Kebanyakkan aktiviti tubuh badan berlaku semasa anda tidur.  Dengan mendapat tidur yang cukup akan menjadikan wajah anda lebih segar dan ceria keesokan harinya.  
  6. Berilah ruang kepada wajah anda untuk bebas dari solekan.  Kulit yang bebas tanpa solekan akan dapat memberi ruang kepada kulit untuk bernafas kerana kulit juga memerlukan oksigen untuk kekal sihat. 
  7. Makanlah makanan yang berkhasiat untuk tubuh badan kerana diri anda adalah apa yang anda makan.
  8. Elakkan tekanan.  Tekanan akan mempercepatkan proses penuaan kulit.  Apabila anda berada di dalam keadaan tertekan, lakukanlah perkara-perkara yang boleh menenangkan diri seperti mendengar  muzik lembut.
  9. Menerima diri anda seadanya.  menghormati diri sendiri dan menerima diri seadanya akan membantu anda untuk lebih yakin dan gembira untuk melakukan aktiviti seharian.  Keadaan yang gembira ini akan menyumbang kepada awet muda.
  10. Selalu ketawa dan tersenyum kerana ketawa dan tersenyumdapat mengurangkan stress.  Elakkan dari muka masam kerana ia akan menampah kedutan pada wajah.
Dengan mengamalkan tip-tip seperti diatas diharap dapat membantu kita untuk kekal awet muda dan sihat.

12 comments:

kindergartenlibrary said...

nice entry . .
:)

Anonymous said...

betul tu..tapi susah nk mulakan..penjagaan makanan sgt penting kan..
sy penggemar minuman berais..ssh nk tinggalkan..
rajin2 follow ler blog sy
http://nora-gelabah.blogspot.com

azi nur said...

lame dah tinggalkan ais..nice info...like!

http://azisweetness.blogspot.com/2010/12/2010-kata-pergi-2011-kata-mari.html

rashid said...

Salam...1st tiem ke sini...hmmm, nice entri...ade sorang kawan pmpuan ni, die suka tip2 kecantikan especially awet muda..saya nak repost entri ni kat blog saye eh...thanks

Unknown said...

uhh good2~~ nak nak lg!! hee

NURUN said...

kdg2 sy malas jge kesihatan diri. tu la pentingnye entry2 peringatan cm gini.

GOLLUM said...

hohohooooo,

oktant said...

Setuju sangat dengan petua ni. =D


P.S: Suka tengok wanita yg bebas solekan. Kecantikan asli gitu. ;)

Cempakamelati said...

Rashid..boleh..tak de masalah.

Anonymous said...

Waaaa.... Kena report kat IBU! hoho

ab@h_Izz said...

nice entry...nice picture..ha..ha, mmg minat ngan n.izzah,...sori lari tajuk....

Cempakamelati said...

Terima kasih ab@h_Izz