Saturday 1 January 2011

Budu - mencegah penyakit berbahaya

Budu tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia terutamanya masyarakat negeri Kelantan.  Adakah anda tahu bahawa budu mempunyai begitu banyak khasiat?  Kepada para penggemar budu, ini ada berita baik untuk anda.

Menurut hasil kajian yang dilakukan oleh pakar pemakanan dari Universiti North Carolina, Amerika Syarikat, budu mengandungi pelbagai khasiat dan vitamin iaitu:



  1. Ia mengandungi genestein dan phytoestrogen yang terbukti mampu mencegah kanser, melambatkan proses penuaan dan mencegah kanser payu dara.
  2. Ia mengandungi genestein iaitu antioksidan yang berfungsi untuk mengeluarkan sisa toksid dan boleh meningkatkan sistem immune badan.  Oleh itu ia dapat menghindarkan penyakit berbahaya seperti kanser, diabetes, koroner jantung dan aterosklerosis.
  3. Ia mengandungi isoflavon dan trihidrosi isoflavon iaitu antioksidan yang mampu melawan molekul radikal bebas iaitu atom penyebab kepada ketumbuhan, kanser, penuaan dan kematian sel. Tidak keterlaluan juga jika kita mengatakan bahawa dengan mengamalkan makan budu dapat membantu untuk kita awet muda.
  4. Ia mengandungi protein yang mudah dicerna dan diserap oleh badan.
  5. Ia mengandungi bahan kimia yang boleh merangsang sel-sel otakdan memperkukuhkan jalinan antara neuron-neuron.  Dengan kata lain, memakan budu boleh meningkatkan IQ.  Bahan kimia ini terhasil semasa proses pemeraman.
  6. Ia mampu membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa iaitu penyebab utama gejala flatulensi serta kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa.
  7. Ia mengandunig pelbagai vitamin seperti vitamin B kompleks, A, D, E dan K.  
  8. Ia mengandungi vitamin B12 iaitu vitamin yang sangat penting untuk untuk membantu pembentukan sel darah merah.  Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan anemia perisiosa (pucat), sakit perut serta penurunan berat badan.
Oleh itu kepada penggemar budu, teruskanlah memakan budu kerana ia baik untuk kesihatan dan otak.  Kepada yang tidak pernah makan budu, anda haruslah belajar memakan budu ini untuk mendaptkan khasiat seperti yann dinyatakan di atas.

19 comments:

azwa amani said...

sedapnyerr budu

niena witwit said...

0h budu..
ko mmg lazat!

suria lekatlekit said...

penah makan tapi masin sgt

Cik Nuyu said...

walau sy org jhr. sy suka budu.. beljar dari kawan.. hehee...

kiz said...

ermmm..ye ke..tak pernah makan budu..lepas ni kena test ni...!!

Unknown said...

eh, kakak saya baru sahaja balik daripada terengganu!
bungkusan budunya sama seperti dalam gambar ini.. hehe
walaupun agak masin, tetapi masih sedap untuk d makan..
hehhe..
selamat tahun baru!
semoga harapan 2010 awak telah terlaksana dan impian 2011 awak termakbul!

shekechik said...

wow..suka budu hihi

Cik SHiNJU said...

Weh...lapo tgk budu tuh..
huhuh...tp xleh makan..alergy..sob..
Happy New Year!! :)

khairul said...

sy sokong 100%

NURUN said...

KALO NK MKN BUDU, LTK LA PERAHAN LIMAU NIPIS, CILI POTONG DAN BAWANG HIRIS SKIT. TOMATO PUN KALO NK LG SDP BOLE LTK JGK.*BAGI MEREKA YG RSE BUDU TU MASIN.

toyolkiut said...

bgus2..
feberet tu..
fuh..
sedap...

saya_arief said...

budu...mantappp.
:D

geekz36 said...

budu, boleh buat kuah tu. hahaha, :P

Unknown said...

wah.... makin ramaila yg makan budu lps bace entry ni hehehe... pssst...
iris ni name je org melaka...x reti makan cincalok tp reti makan budu :)

sarah-najwan said...

ololol..saya minat nge budu nih..bercelup oghe klate royak..

nak mohon share bole??

tenkiu deh..

Zalina Hassan Zamri said...

bangga makan budu.. ngehngeh.. kena lak ngan tempoyak n ikan bakar.. terangkat

Cempakamelati said...

sarah najwan--boleh, takde masalah

jasrine2 said...

jenama yg paling sedap....
pasti menjilat jari...hehehe

Afiq Johari said...

sedap budu ni.. mmber blajar kt UK terkejut jmpe budu kt pasaraya kt saner. org lua pgl sos bilis (anchovy sauce). serius mat saleh pn mkn bnde ni.