Thursday 27 January 2011

Cabaran menguruskan badan dalam tempoh 30 hari bermula hari ini


Setelah membaca entry Madam Pam hari ini yang bertajuk samb azam 26 Jan, saya telah bersemangat untuk memulakan senaman seperti entry saya sebelum ini yang bertajuk Berlari atau berjogging - yang mana lebih berkesan.  Jika anda nak tau, saya telah menyambut cabaran dari Madam Pam untuk menguruskan badan pada 11 Januari 2011 lalu.

Setelah mempraktikkannya sendiri, untuk saya yang telah lama tidak bersenam iaitu selama setahun enam bulan, berlari setempat 60 saat dan berehat 60 saat adalah lebih praktikal.  Saya telah menghabiskan 10 set berlari setempat yang mengambil masa lebih kurang 20 minit.  Larian terakhir saya buat 120 saat. 



Kesan yang saya alami untuk senaman pertama saya ni, ia amat memengahkan, untuk 60 saat pertama saya rasa nak berhenti dah, tapi saya kuatkan juga semangat.  Degupan jantung saya sangat laju dan saya bernafas sangat laju dan mengah-mengah, setelah berjalan perlahan selama 60 saat saya sambung kembali.  Akhirnya saya berjaya juga menyudahkan sehingga 10 set.  Semasa saya menaip entry ini, peluh saya masih banyak mengalir keluar dari badan.

Berat badan saya sekarang ini saya tidak tahu lagi sebab dah lama tak timbang.  Nak tunggu hingga suami balik, jadi saya boleh pergi ke pasaraya berdekatan untuk menimbang berat badan.  Saya akan cuba meneruskan senama ini hingga cukup 30 hari...insyaallah.  (Jangan hangat-hangat taik ayam dah la ya!!)

Kepada sesiapa yang nak join saya melakukan aktiviti ini jom la!!!  Kita bandingkan jumlah berat badan yang berjaya kita kurangkan untuk tempoh 30 hari senaman.

Nota :  Berat badan saya pada 30 januari 2011 adalah 71.3 kg.
            Berat badan saya pada 10/4/2011 - 70.6kg

17 comments:

Misz-ella said...

kalo tak berkesan nnt ikut kakchik joget aerobik eh. hihi ..

AzianKhalil said...

pernah kurus gila zaman bujang dulu...siang sibuk dgn kuliah malam plak kerja part time kat fast food...

Cempakamelati said...

Kakcik--insyaallah, boleh juga.

AH7 said...

bolehnye...saya dah trn 14kg...huhuhu~

Cempakamelati said...

AH7 - tahniah dah turun 14 kg, ni yg bagi saya semangat ni..saya akan usaha.

AH7 said...

bolehnye...cube tgk link ni..

http://aizuddinhanis7.blogspot.com/2010/12/biggest-looser.html

kindergartenlibrary said...

senang gemuk .
susah kurus

=(

kak gojes said...

nak join bleh?huhu..ingatkan sy sorg aje nak kuruskan bdn...

Cempakamelati said...

Eryati --boleh-boleh, lagi ramai lagi best..

Madam Pam said...

wah, menariknya, ramai nampaknya yg berminat nak sertai cabaran nie, kita nak tetapkan tarikh tutup cabaran nie bile?target nak turun berapa?

kpah k-poh Sharifahnor said...

itu yg kak pah pegi kelas senamtari tu..i jam setiap sessi..2 kali seminggu..kalau kat rumah..mana ada nak buat pun...heee...

toyolkiut said...

wah..
cabaran menarik tu..
teruskan usaha..

Siti Hajar Masri said...

nak cubalah..

Cempakamelati said...

Jum Hajar dan Kak Pah, kita usaha turunkan berat badan, berapa berat yang berjaya diturunkan tak penting, tapi yang penting mesti ada penurunan.

Toyolkiut - terima kasih, jom join sekali.

Cempakamelati said...

Madam Pam, saya cadangkan kita bagi keputusan pada 1/3/2011 camner??? Jumlah berapa berat berjaya diturunkan tak payah tetap kan , tapi mesti la ada penurunan.

kak gojes said...

ok...CM...sy kompom join ni...

Cempakamelati said...

Hangat-hangat taik ayam jer saya..hehe...sekarang 75kg. Selalu buat aerobik dan latihan kick boxing kat rumah..tapi berat maintain jer 75 kg..pelik pelik.