Saturday 8 January 2011

Khasiat Spirulina - Tingkatkan kecerdasan minda anak

 Spirulina yang juga dikenali sebagai alga adalah tumbuhan yang100 peratus beralkali.  Pertubuhan kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan bahawa spirulina merupakan makanan yang berkualiti tinggi, terutama kaya dengan zat besi dan protein serta nutrien yang berkhasiat untuk kanak-kanak.

Spirulina mempunyai kandungan protein yang tinggi.  Ia juga mengandungi kandungan nutrien yang seimbang yang menyumbang kepada perkembangan dan pemeliharaan sel-sel otak.  Ia juga berkhasiat untuk memperkuatkan tubuh dari jangkitan penyakit, mampu memulihkan tenaga, menambahkan tisu otot, mempertingkatkan daya ingatan dan mencegah anemia.



Spirulina juga adalah merupakan sumber vitamin B12 yang tinggi yang mana kandungannya 2.5 kali ganda lebih tinggi dari hati lembu.  Vitamin B12 ini mampu menguatkan daya ingatan dan mencegah anemia pernisius di kalangan kanak-kanak.

Bagi kanak-kanak yang mengamalkan pemakanan spirulina, ia dipercayai dapat mempercepatkan daya komunikasi dan kepekaan mereka yang berumur 10 bulan hingga setahun kepada alam sekitar.  Ia juga mampu meningkatkan daya kepintaran kanak-kanak tersebut berbanding usianya.

Dengan mengamalkan mengambil spirulina setiap hari juga mampu mengawal tekanan darah dan memastikan tekanan darah berada pada paras normal.

Zat Spirulina
  • Nilai zat pemakanan adalah 14 kali ganda dari susu lembu
  • Nilai protein adalah dua kali ganda lebih tinggi dari kacang soya, enam kali ganda lebih tinggi dari telur dan 3.5 kali ganda lebih tinggi dari daging lembu.
  • Sumber zat besi dan asid folik pula adalah 68 kali ganda lebih tinggi dari sayur bayam, 29 kali ganda lebih tinggi dari daging lembu dan lima kali ganda lebih tinggi dari kacang soya.
Spirulina mempunyai nilai zat pemakanan yang lengkap adalah cukup sempurna untuk diamalkan sebagai makanan tambahan harian.

8 comments:

Unknown said...

ooooo maknenyer spirulina ni elok bg anak2 mkn la yer tuk daya ingatan ermmm baru tau!!! thnx 4 de info i pggil u kak cem k??? :)

Cempakamelati said...

iris - boleh takde masalah.

2ury said...

Bagus info ni..
Skarng ni pun bnyak minuman untk kesihatan dri spirulina ni, cuma tak tau betul ke keaslian dan banyak mana kandungan aslinya..

toyolkiut said...

pnah jg rasa..
boleh telan la sebab ia xde rasa pahit pun..
skarang kek pun dh ada orang bubuh spirulina..

Ammar said...

Pahit...hehehehe... thanks for information.

jom join contest ni nak?

http://jomklikblog.blogspot.com/2011/01/teka-silang-kata-menangi-top-up-rm30.html

Misz-ella said...

good for anak2 yg sekolah, kan. esok nak gi carilah. hihi ..

thnks for sharing this, ya.

ZAIDAHTUL AKMAL said...

Untuk kanak2 je ke?? org yg tua bangka mcm saye ne leh ke??huhu

Anonymous said...

You made some really good points there. I looked
on the net for more information about the
issue and found most individuals will go along with your views
on this web site.

My web page: taking garcinia cambogia