Isnin, 3 Januari 2011

Amalan harian untuk melahirkan anak pintar


Faktor keturunan menyumbang sebanyak 30 peratus kepada kepintaran anak. Selain dari itu, pendidikan dan pemakanan yang berkhasiat yang diberikan sejak dari dalam kandungan sehinggalah ia dewasa adalah sangat penting untuk melahirkan anak yang bijak dan sihat.  Di samping itu, ia juga haruslah disertai dengan beberapa amalan seharian.

Amalan seharian yang harus diterapkan kepada anak-anak yang mampu menyumbang kepada kepintaran mereka adalah :


  1. Makan buah setiap kali sebelum memulakan sarapan, makan tengahari dan makan malam.  Amalan ini penting untuk mencuci perut dan memudahkan penyerapan vitamin C dan juga khasiat-khasiat yang terdapat dalam makanan.
  2. Jangan minum air semasa makan.  Enzim yang dihasilkan oleh air liur mampu membunuh kuman di dalam pankreas dan perut.  Enzim ini perlu bercampur dengan makanan untuk sampai ke dalam perut. Campuran enzim dalam makanan pejal mampu memberi masa untuk enzim itu berada lebih lama di dalam perut untuk menjalankan tugasnya.  Jika ingin minum juga, minumlah dalam kuantiti yang sedikit.  Minumlah 15 ke 30 minit selepas makan untuk mendapatkan hasil yang optimum. 
  3. Sediakan sarapan pagi yang berkhasiat sebelum anak pergi ke sekolah.  Ini akan memberikan khasiat dan tenaga kepada anak anda untuk belajar sepanjang hari.
  4. Makan malam sebelum pukul 7.00 malam.  Kebiasaannya waktu malam adalah waktu yang paling selesa untuk anak-anak belajar dan mengulangkaji.  Otak hanya akan berfungsi pada tahap optimum dua jam selepas makan.  Makan malam awal akan memberi masa lebih awal untuk anak-anak belajar sebelum mereka masuk tidur.
  5. Biasakan anak anda untuk berdehem tiga kali selepas membuang air kecil.  Amalan ini adalah baik untuk mengelakkan batu karang kerana kesihatan anak adalah penting untuk pembelajaran dan konsentrasi semasa belajar.
  6. Biasakan anak anda untuk tidur mengiring sebelah kanan kerana jantung ada di sebelah kiri.  Ini memberi ruang dan keselesaan kepada jantung untuk mengepam darah untuk mengalir keseluruh badan dan juga otak.  Ini akan membekalkan oksigen yang cukup untuk otak yang akan menymbang kepada kepintaran anak.
  7. Amalkan apa sahaja perkara yang baik 21 ke 30 hari berturut-turut dan dilakukan secara teratur kerana perkara yang dilakukan 21 ke 30 hari berturut-turut akan menjadi tabiat kepada anak-anak.  Jika tidak, kemingkinan besar apa yang diajar dan dididik kepada anak-anak tidak akan diamalkan dan akan jadi sia-sia.
Moga-moga apa yang dibincangkan kali ini akan memberi manfaat kepada anda dan anak-anak serta bakal anak-anak anda nanti. 

12 ulasan:

kakchik@ella berkata...

menarik la n3 ni. thnks for sharing ye.

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. berkata...

tq sharing..betOl bg manfaat kat kina nie.

S..U..D..@..I..S berkata...

terimakasih banyak kongsi ilmu dan petua kesihatan yang baik untuk diamalkan

BeaN MorENo berkata...

nice post...memang betul nilah cara kita nak anak yang bagus

Hajar berkata...

tq for the info..InsyaAllah saya akan try kat anak dara saya..

toyolkiut berkata...

oo..
ye ke??
menarik nih..

geekz36 berkata...

nice info. nak try tapi x ada anak lg, hehe. =)

Entry terbaru: Promosi! Akaun Hotfile 6 Bulan Rm20 Sahaja

MumMe berkata...

new year resolution...mari mari mari mulakan sekarang

de_kerinchi berkata...

Benar..... ibu dan bapa mencorak anak yang lahir ke dunia..

aisyahalya berkata...

tq tq.. good info :)

Scarlett O'Hara berkata...

Pernah jadi budak pintar tapi sekarang dah tak pintar.Huwaaaa!!!

oktant berkata...

Terima kasih banyak. Petua yg amat berguna untuk anak-anak. InsyaAllah akan diamalkan. :)