Monday 17 January 2011

Petua atasi makanan melekat semasa menggoreng

Adakalanya ketika kita menggoreng ikan atau ayam, gorengan melekat kat kuali.  Hasilnya ikan atau ayam tu nampak tak cantik sebab dagingnya dah terkoyak.  Saya baru dapat petua ni petang Sabtu 15/1/2011 ketika menggoreng ikan semasa kenduri doa selamat di rumah mak saya.  Petua ni adik mak saya yang bagi.  Saya panggil dia Cik Pasah.

Petua dia senang jer dan amat berkesan.  Sebelum menggoreng, semasa api telah dipasang dan minyak telah dimasukkan ke dalam kuali, potongkan dua atau tiga biji bawang merah dan masukkan kedalam kuali.  Biarkan ia tergoreng sebentar.  Apabila minyak telah panas, goreng la ikan atau ayam tu macam biasa.  Bawang tu biarkan jer di dalam kuali tu sehingga selesai kerja-kerja menggoreng.

15 comments:

Misz-ella said...

Oooo .. camtu ye? petua kakchik pulak, bila minyak dh panas, campakkan sekeping asam keping. biarkan dia mengerekot dlm tu pastu bolehla goreng ikan.

nnt bila stok asam keping da habis bolehla kakchik try petua cempakamelati ni ye. hihi ..

Misz-ella said...

Oooo .. camtu ye? petua kakchik pulak, bila minyak dh panas, campakkan sekeping asam keping. biarkan dia mengerekot dlm tu pastu bolehla goreng ikan.

nnt bila stok asam keping da habis bolehla kakchik try petua cempakamelati ni ye. hihi ..

Cempakamelati said...

kakchik---petua yang saya baru tau jugak tu. Terima kasih kerana berkongsi petua. Masa goreng ikan nanti nak cuba.

Miss Pija said...

oh....br tau...nnt nak try la...hehe

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

pertua kina kan lagi best..x kuar mOdal pun. amek air renjis kan dlm kuali. pastu bila minyak tue meletOp joget² sikit...bila dah habis meletOp baru mulakan menggorengggggg.....

(ajaran sesat nih!!)

huhuhuhuhu....

acah jerk!! saje je nak sakat cempakamelati pagi senen yg sungguh boring nie...

tq shairng pertua tue..

Siti Hajar Masri said...

baru tahu..nk trylah..bila sy goreng ikan mesti tak lawa sebab melekat..hehe~

Cempakamelati said...

He he Kina-kina, iya iya saya baca ..last2...ha ha ha

AzianKhalil said...

ada org bg petua taruk asam keping gak...tp setakat ni tak penah plak lekat...

yott said...

sy kalau goreng ikan mst lekat2 kat kuali..nnt nak cuba tips ni..thnx..:)

Risha said...

ada gak terbaca petua suh letakkan garam ke dlm minyak... tapi xpnh try pun... yang asam keping tu pun selalu gak jumpa petua tu...pun xpnh try gak... hehehe

Unknown said...

terima kasih atas petua ni. selalu goreng daging burger mesti melekat kat kuali. esok nak test petua ni..

toyolkiut said...

mak cakap, melekat pasal kurang masin..
hehe..
kadang2 memang kuali tu yg buat selalu melekat..
ok, boleh cuba ni..

Unknown said...

iris dh try buat ptg td tapi goreng telur x goreng ikan sbb slalu lekat2 ble goreng telur mata... alhamdulillah x lekat lg cntik je telur tu thnx kak cem...

Cempakamelati said...

Kepada semua yang mengucapkan terima kasih tu, sama-sama. Di harap ia memberi manfaat kepada semua dan saya juga.

aibaks said...

de gak petua dari sedara aibaks depa cakap buh asam keping mase goreng menggoreng.. tapi tak pernah plak try.. huhu