Monday 31 January 2011

Tips makan malam yang sihat



Adakah anda tahu bahawa pengambilan makan malam juga adalah sama pentingnya seperti pengambilan sarapan pagi?  Ini adalah kerana tubuh badan juga memerlukan sumber tenaga daripada makanan ketika tidur.  Jika  makan malam tidak diambil, ia akan merendahkan metabolisma badan.  Ianya pasti tidak akan membantu untuk anda menurunkan berat badan.



Kepentingan makan malam dengan cara yang sihat

  1. Jika anda tidak mengambil makan malam, perut anda akan kosong.  Ini akan menyebabkan hormon ketegangan akan meningkat dan badan mudah menjadi letih.  Oleh itu keesokan harinya anda akan bangun dengan keadaan yang lemah dan kurang ceria.
  2. Jika anda tidak mengambil makan malam, kadar metabolisma badan akan berkurang.  Ini akan menyebabkan badan akan menyimpan lebihan kalori yang akan menyumbang kepada peningkatan berat badan.
  3. Pastikan anda mengambil makan malam pada waktu yang betul iaitu sebelum pukul lapan malam.  Ini akan dapat mengurangkan risiko untuk anda mendapat batu karang pada saluran uretra.  Ini kerana proses penyingkiran kalsium berlebihan akan berlaku dengan optimum empat hingga lima jam selepas makan melalui proses pembuangan air kecil.
  4. Pastikan anda mengambil makan malam dalam kuantiti yang kurang dan lebih ringan dari makan tengahari.  Kuantitinya harus sederhana dan berkhasiat.  Ini adalah kerana tenaga yang diperlukan pada waktu malam adalah kurang dari tenaga yang diperlukan pada waktu siang.  
  5. Pada waktu makan malam, lebihkan hidangan yang mengandungi sayur-sayuran dan kurangkan makanan yang mengandungi protein dan lemak.  
  6. Pastikan anda tidak mengambil makanan ringan selepas makan malam kerana ia akan menyumbang kepada peningkatan berat badan.  Jika anda terasa lapar pada waktu malam, pilihlah buah-buahan.
 

14 comments:

KELI OH KELI said...

baguihnya info2 ni....like!like!like!

ibuintan said...

memang tak miss makan malam..

tq.. infonya

Siti Hajar Masri said...

suka info ni..hehe~

kindergartenlibrary said...

wah .kat sini banyak info ..
suka ..
=)

AH7 said...

saya setuju semua tu...kalau nak cepat turun makanan fast food stop ngan makanan yeng berminyak...

kpah k-poh Sharifahnor said...

kalau tak makan malam..kpah tak leh nak tido...

Miss PIJAOSIX said...

org kalau tak mkn..leh bunyik2 perot..better mkn sebelom den selongkar peti ais tu dikale malam..hihii

sud@is said...

x mkan malam?
perut berkeruk kerak

Trx said...

owh..banyak yang bcanggah dengan praktikal..uhukhuk..thanks 4 the tips.

aliza zeke said...

saya kdg2 jer makan malam sebelum kul8.hehe

Cik TeN10 said...

terbalik!..kat sini time dinner la dpt mkn dgn lengkap..sbb tengahari break kejap je..biasanya lunch bnda2 ringan jek..pizza..roti ke..

sy mkn banyak tak kira masa..tapi berat tak naik2 jgak..huhu

Faizal Syukri said...

makan malam yang camne patut diambil ye?

Unknown said...

sya suka makan burger setiap malam...
selalunya kalau lapar sgt, terus pi beli nasik lemak tgh2 mlm

toyolkiut said...

makan mlm yg ringan2 je..