Tuesday, 18 January 2011

Misteri Tokek - Satu di ganti dengan satu


Ini adalah cerita yang saya dengar dari borak-borak kedai kopi.  Ia diceritakan dari mulut ke mulut.  Tidak dapat dipastikan kebenarannya.

Pada suatu masa yang sukar dipastikan bila, ada seorang lelaki menemui seorang ustaz dan menyatakan niatnya untuk mencari tokek di hutan.  Dia meminta pertolongan ustaz untuk meminta keizinan dari penjaga hutan tersebut bagi pihaknya untuk mencari tokek di hutan tersebut. 

Setelah berinteraksi dengan penjaga hutan tersebut, ustaz tersebut menyatakan bahawa beliau telah dibenarkan untuk mencari tokek di hutan tersebut tetapi ada syaratnya.  Seekor tokek akan ditukarkan dengan seorang manusia.   Setelah mengetahui hal tersebut lelaki tersebut pun balik.



Keesokannya, awal-awal pagi, lelaki tersebut bersama dengan empat rakannya menuju ke hutan tersebut untuk mencari tokek.  Beliau tidak memberitahu syarat yang diminta oleh penjaga hutan tersebut kepada rakan-rakannya kerana fikir beliau, beliau akan pastikan rakan-rakan sentiasa ada bersama beliau.  Mereka pergi juga ramai, apa-apa terjadi pasti akan dapat diatasi.

Setelah beberapa lama mencari, akhirnya beliau dan rakan-rakan menemui seekor tokek kayu yang agak besar di dalam tunggul kayu besar di hutan tersebut.  Mereka berasa sangat gembira kerana berjaya mendapat tokek yang besar.  Pasti akan dapat jual dengan harga jutaan ringgit ni, fikir mereka di dalam hati.

Dalam perjalanan pulang masing-masing cuma mendiam kan diri sambil mengangkat tokek tersebut dan berangan jumlah bahagian yang akan mereka dapati nanti.  Apabila telah berjaya keluar dari hutan tersebut  barulah mereka perasan bahawa salah seorang dari kawan mereka tiada bersama.  Mereka berusaha mencari tetapi tidak berjaya.

Mereka berjaya menjual tokek tersebut dengan harga jutaan ringgit (tidak diberitahu pula berapa berapa nilainyaoleh pencerita kerana pencerita juga tidak pasti).   Walaupun berjaya menjadi kaya dengan menjual tokek tersebut, hati lelaki tersebut tetap tidak gembira kerana kekayaan yang didapati adalah hasil dari mengorbankan seorang rakan.

Wallahualam.

11 comments:

kakchik@ella said...

Adakah kisah benar atau misteri nusantara?? Apa pun yg pasti menarik sungguh n3 ini.

aibaks said...

hehe.. mungkin pengajaran disebalik cerita ni yang penting..

Shida Risha said...

Ada kenalan dari Sabah kata kat sana diharamkan menjual tokek nih... xtaulah kt semenanjung camna lak... adoyaiii

~ PIJA ~ said...

mahal ler harge tokek nih....tp geli laa dengan menatang nih..

Siti Hajar Masri said...

kalo kisah benar mesti ramai takut nak cari tokek..biarlah miskin dari mengorbankan nyawa orang lainkan..

S..U..D..@..I..S said...

mesti ada gangguan sepanjang hidup....

aliza said...

betul ker cerita nie?

Apih El Nino said...

Saya ada bela tokek 2 ekor. Nanti besar nak jual.

Sharifah nor said...

kdg2 sesuatu itu hanya boleh tercapai dgn pengorbanan..tapi jgnlah pula hingga korbankan nyawa...

GaleriWangian.com said...

Itu la orang kata,
hutan jangan buat main2.
Bukan nak kita takut pada benda2 ghaib dalam hutan tu, tu syirik.
tapi kena sentiasa beringat bahawa bukan kita sahaja yang menghuni dunia ni.

geekz36 said...

kadang cerita ni cuma nak menyampaikan mesej secara halus. kalau semua orang dok cari tokek, nanti pupus la tokek ni. =)