Monday 24 January 2011

Rahsia kasih sayang lelaki - untuk perhatian semua wanita

Untuk meneroka hati dan fikiran lelaki bukannya satu perkara yang mudah terutama bagi mereka yang bijak menyembunyikan perasaan dan bijak bersandiwara.  Walaupun begitu kita boleh cuba memahami mereka dari tanda-tanda yang disenaraikan dibawah.


1.  Melakukan sesuatu dengan rela.
Jika seseorang lelaki itu betul-betul menyayangi kamu, dia akan melakukan sesuatu dengan rela hati dan bersungguh-sungguh demi kamu.  Si dia juga akan sentiasa memastikan keselamatan diri mu hingga adakalanya mengabaikan kepentingan diri sendiri.  Ini kerana bagi mereka kamu adalah segala-galanya.



2.  Sanggup berubah demi kamu
Si dia sanggup berubah kepada yang lebih baik demi kamu.  Mereka akan meninggalkan perkara-perkara yang kamu tidak sukai dan berusaha sedaya upaya menghiburkan mu dan sedaya upaya tidak akan membuat kamu bersedih.

3.  Sangat mencintai dan menyayangi kamu
Lelaki kadangkala sukar mengucapkan kata sayang kepada kamu, tetapi mereka akan menunjukkannya dengan perbuatan iaitu dengan sifat yang mengambil berat.  Insyaallah kamu akan perasankan perkara ini apabila bersama dengan si dia.  Tapi bukan perbuatan yang tidak baik dan melanggar batas agama ya..jangan salah faham.  Jika lelaki itu mengucapkan kata sayang, itu adalah lebih baik.

4.  Menampakkan sedikit rasa cemburu dan takut kehilangan
Cemburu adalah tanda sayang.  Jika sifat ini tiada pada dirinya, maka tiadalah perasaan sayang di dalam dirinya terhadap kamu.

5.  Selalu ingin meluangkan masa dengan kamu
Si dia akan berusaha untuk selalu bersama mu walaupun kadangkala terpaksa mengorbankan masa mereka sendiri.

6.  Menerima dirimu seadanya
Si dia akan menerima kekurangan yang ada pada dirimu seadanya dan cuba memahami diri mu.

7.  Sanggup menitiskan air mata demi kamu
Jika kamu ditimpa musibah atau ketika dia takut kehilangan mu, mereka akan menitiskan air mata.  Ini menunjukkan mereka sangat-sangat menyayangi mu seikhlas hati.

Semua ini adalah dari pemerhatian dan pendapat saya semata-mata.  Mungkin ada kesilapan dan kekurangan di mana-mana. 

12 comments:

kindergartenlibrary said...

nice entry ..

=)

Cik TeN10 said...

setuju dgn ur opinion..(",)

aibaks said...

nice.. bagus dapat info camni

Siti Hajar Masri said...

ciri2 kat atas tu semua laki saya ada..hehe~maknanya dia sayang sayalah..

aliza zeke said...

nice entry. :)

Unknown said...

nice.. info yg berguna

abadi.romeo said...

nice entry

AH7 said...

macam ciri2 2 ade kt saya jer...huhuhu

Mia Farrows said...

menarik :)

si para para said...

bila dah suka sanggup buat apa sahaja..
bila dah cinta sanggup serah apa sahaja...

geekz36 said...

kadang2 ego lelaki tinggi sangat, so sifat2 kat atas still ada tp tak ditonjolkan sgt.

Latest Entry: Cara Extract Tulisan dari Gambar ke Microsoft Office Word

Nurul said...

wah2....sweet