Beras di samping dijadikan makanan ruji orang di Malaysia, ia juga boleh digunakan untuk kecantikan kulit badan. Caranya adalah :
- Ambil segenggam beras dan gorengkan ia tanpa minyak sehingga bewarna keperang-perangan. Setelah itu kisarkan / tumbukkan ia.
- Kunyit dalam anggaran sebesar ibu jari di tumbuk atau dikisar dan kemudian digaulkan bersama beras yang telah dikisar / di tumbuk tadi.
- Ambil sedikit asam jawa, campurkan sedikit air dan tuangkan air asam jawa tersebut ke dalam campuran tadi.
- Perapkan adunan tersebut selama lebih kurang 1 jam.
- Apabila hendak mandi, gosokkan bahan tadi keseluruhan badan dan biar selama lima minit.
- kemudian mandi seperti biasa.
16 comments:
ohh..senang dan jimat!..
akak..ade x tips utk atasi masalah kulit kering pulak?
Jimatlah ..
=)
hehe
laki pun boleh kn?
kalau rajin leh try nie.lgpun bahan nye senang jer. :)
AH7, lelaki pun boleh juga sebab diri kita ni amanah dari Allah, tidak kira lelaki dan perempuan, Semua kena jadi diri sendiri sebaik baiknya.
nak kena buat berapa kali ni baru mndatangkan kesan??
abis gak beras kat umah ni kang...hoho..
Syukri - Biasa orang scrub badan seminggu sekali. Buang daki badan sambil tu dapat melembutkannya sekali.
tu dia...petua org kita.kadang2 lebih berkesan dari produk2 komersil.
baguih ni..selamat pun selamat.
kak, saya dh try petua kak yg lebatkan rambut n rambut xgugur tu..memg mujarab la kak..terima kasih banyak..kak ada petua tak utk atasi perut buncit..hehe..nanti share yer..
owh...cmtu ye...
insyaallah....boleh cuba.....
xde effect kan???
mudah dan menjimatkan
nisa -- insyaallah klau ada nanti akak buat entry pasal tajuk tu. Ni cadangan saja..buat sit-up pun ok juga.
Farhan -- Insyaallah takde effect yang tak baik kerana cuma menggunakan bahan-bahan semula jadi, tak melibatkan bahan kimia.
harus try ni..nnti cik abang nak pegang..hehe~
nanti semua kulit jd halusssss je..
hehe..
petua orang lama..
kak, nnt badan jd kaler kuning x sbb guna kunyit?
Post a Comment