Sunday, 26 December 2010

Kunyit - untuk melangsingkan badan


Kunyit memang tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia dan dunia.  Kebanyakan makanan memerlukan campuran kunyit untuk menambah kelazatan makanan.  Masakan semudah ikan goreng juga perlu dicampur garam dan kunyit untuk menambah perisa.

Disamping sebagai penambah perisa makanan,ia ada mempunyai pelbagai fungsi lain.  Diantaranya adalah :

  1. Untuk menghilangkan gatal-gatal kulit - Caranya adalah, ambil kunyit dan asahkan dengan minyak kelapa hingga pekat, kemudian lumurkan ke bahagian kulit yang gatal.  Untuk mengasah tu terpulanglah kepada anda.  Cara yang mudah adalah dengan mengasah di dalam lesung batu.
  2. Untuk merawat haid yang tidak teratur - ambil dua buku kunyit lalu ditumbuk hingga lumat bersama ketumbar, buah pala, jintan hitam (habbatus sauda), bunga cengkih, bunga kiambang dan daun sirih.  Kemudian direbus hingga mendidih dan ditapis.   Minumlah air rebusan tadi dua atau tiga kali seminggu.  
  3. Untuk mengurangkan panas dalam badan - Untuk mengatasi demam disebabkan panas dalam badan atau bibir pecah-pecah, ambil kunyit sebesar jari, parut halus dan perah untuk mendapatkan airnya.  Kemudian campurkan sedikit air asam jawa.  Minumlah air campuran tersebut, insyaallah ia akan dapat menurunkan tahap panas badan ke tahap normal.
  4. Untuk mengubati kudis - Ambil dia buku kunyit hidup, bersihkan dan tumbuk hingga halus.  Kemudian masaklah ia dengan setengah cawan minyak kelapa.  Setelah sejuk, sapukan pada bahagian berkudis.
  5. Untuk menambah darah - Ambil enam buku kunyit dan tiga biji lempoyang dan tumbuk kedua-dua bahan tersebut hingga lumat.  Minumlah air perahan dari bahan tadi.  Kemudian telan pula sebiji kuning telur (sebaik-baiknya telur ayam kampung) mentah.Amalkan tiap-tiap hari selama seminggu.  Insyaalah masalah kekurangan darah akan dapat diatasi dan tenaga anda akan bertambah baik.
  6. Untuk menguatkan tenaga batin - Ambil satu sudu besar air perahan kunyit, satu sudu besar madu lebah, dua sudu air limau nipis dan dua biji telur ayam kampung.  Kacaukan telur bersama bahan-bahan tadi sehingga sebati.  Minumlah dua kali seminggu.
  7. Untuk masalah kulit berminyak - Ambil kunyit, bersihkan dan ditumbuk halus.  Setelah itu campurkan dengan satu sudu madu lebah dan air limau nipis dan gaulkan hingga sebati.  Sapukanlah bahan tadi di muka dan biarkan selama 15 minit.  Bersihkan muka dengan air suam.  Amalkan selalu untuk mendapatkan kesan yang memberangsangkan.
  8. Untuk melangsingkan badan - Ambil sebuku kunyit, bersihkan dan ditumbuk hingga halus.  Kemudian rendam dengan segelas air panas.  Setelah sejuk bahan tadi, minumlah air tersebut dua kali sehari.  Amalkan selalu sehingga bentuk badan impian anda tercapai.

 Lempoyang

    14 comments:

    ruby zaizi said...

    ei xsggup nk minum air kunyit :P

    aulia said...

    boleh boleh boleh,buat nafsu makan juga bagus lhooo

    izzat said...

    bagus tip nih..

    kiz said...

    huhu..agak2 sumpahan lemak tepu kat perut ni bleh tak ilang dengan petua ni...huhu..

    Dea Bianglala said...

    klu balik hometown setiap hari emak selalu memaksa saya untuk meminum jamu 'Kunyit-Asam'buatannya... I don't know for what..but..wajib minum... :)

    toyolkiut said...

    gosok kunyit pada gusi bayi yg baru nk tumbuh gigi agar gigi yg kuar kuat dan xmudah rosak..
    tu petua nenek TK..

    eRza farEeha said...

    bole amalkn ni..hehe

    IEKAH MOKRI said...

    uisshhh pasni boleh ah beli kinyit sekilo...nak kurus punya pasal

    burnkelana said...

    oooooooo..patutlah kunyit kat umah aku nie asyik abis jerkk.. hehehe..

    Anyway.. apa komen anda tentang perlawanan MAS vs IND sebentar tadi?

    Mencari Sinar Kebahagiaan said...

    Jgn terlebih sudah... nnt cepat menopouse... ahaks

    Lyana Mansor said...

    untuk kecutkan rahim gak pas banak

    owh..untuk hilangkan jerawat gak..

    Misz-ella said...

    pe agaknya rasa air kunyit utk langsing tu ye? hihi ..

    Sri Ayu said...

    kunyit berfungsi penyembuh luka..kesannya saya dpt rasakan ketika dlm pantang slps keguguran.sakit perut jd berkurangan & cepat mengecutkan rahim.tak sangka air kunyit sedap juge diminum.rasa pedas skit2... he..he..he.. ;)

    lara mikhael said...

    thanx for the tips.Pernah minum air kunyit untuk kurangkan sengugut.