Wednesday 29 December 2010

Selsema - cara merawat dan meredakannya

Pada musim hujan sekarang ini ramai orang mengidap demam serta selsema.  Selsema pasti melibatkan hingus. Keadaan hingus yang meleleh memang tidak selesa jika ianya berlarutan dalam jangkasama yang panjang. Disini saya ingin senaraikan langkah-langkah yang perlu dilakukan jika anda menghidap selsema dan hingus yang meleleh.  Semua ini adalah hasil dari pengalaman saya sendiri,

Langkah pertama - Elakkan dari mandi air sejuk.  Mandilah dengan air suam.  Jika anda terpaksa juga mandi air sejuk, elakkan dari menyiram bahagian kepala kerana ia akan menambahkan jumlah hingus dan melambatkan proses penyembuhan.



Langkah kedua - dapatkan rawatan doktor dan makan ubat yang diberikan.

Langkah ketiga - kunyah sedikit kulit kayu manis. Ia dapat membantu untuk mengurangkan dan mengeringkan hingus.

Langkah keempat - campurkan sedikit serbuk kulit kayu manis ke dalam susu panas dan minum semasa susu itu masih panas.  Ini dapat membantu menghangatkan dan melancarkan pengaliran darah, sekaligus dapat membantu dalam proses penyembuhan.


Langkah kelima - menghirup kuah sup ayam yang masih panas.  Ia juga dapat membantu dalam mengurangkan penghasilan hingus, melancarkan pengaliran darah dan membantu dalam proses penyembuhan.

Dengan mengamalkan lima langkah tersebut insyallah ia dapat membantu mempercepatkan penyembuhan selsema dan anda akan riang kembali untuk menjalani kehidupan anda.

Kita cuma berusaha, tetapi yang menyembuhkan adalah Allah.

11 comments:

eMMe said...

salam Kak Cempakamelati,
saya sihat ari ni, Alhamdulillah...moga sihat selalu tanpa Selesema....InsyaAllah...

deCrewz said...

Jai jarang kena selsema walaupun bermandika har ujan.. Tp kalau sekali da kena, dekat sebulan x ilang2.. Nice info, lau kena leh la malkan..he3

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

kina mmg selalu kena selsema. dah ada info nie bgs utk kina. tq yew....

syg kat cempakamelati....

memumme said...

thanks for sharing Cempakamelati...just nak share petua mak mumme,ni utk anak2...lepas mandi,mesti lapkan rambut diorg...mumme try alhamdulillah menjadi...

Cempakamelati said...

memumme- terima kasih atas tips tu.

kinakOyu - semoga kita selalu sihat dan tak kena selsema, tak suka tul selsema ni sebab hingus selalu meleleh.

Jai dan eMMe- semoga kita semua selalu sihat wal'afiat.

AzianKhalil said...

jarang selesema..tp anak2 selalu kena..boleh la praktikkan nnt

toyolkiut said...

yg pasti, elak tempat berabuk..
dan makanan yg menggatalkan idung..

hazwani yusof said...

bila kena selsema tadak mood nak buat kerja

♥ Cik Puan Pinky ♥ said...

langkah kelima tu menarik. hihi

Afiq Johari said...

musim2 ujan skang ni byk org kene selsema. tips yg bagus. Nk share boleh? :)

Cempakamelati said...

apeyx - boleh, takde masalah.