Saturday 11 December 2010

Khasiat bendi


Bendi pasti tidak asing lagi dikalangan penduduk Malaysia.  Selain dimakan mentah sebagai ulam, ia juga biasa dicampurkan kedalam masakan asam pedas, kari atau masak lemak.  Tidak lupa juga, ia juga biasa dimasak sebagai sayur goreng.



Disamping rasanya yang enak, ramai yang tidak tau bahawa ia adalah sejenis sayur yang amat berkhasiat.  Ia adalah sayur yang kaya dengan kandungan kalsium.  Selain itu ia juga turut mengandungi protein, serat, garam galian dan vitamin B.

Dari kajian yang pernah dijalankan, bendi juga dikaitkan sebagai sayur yang baik untuk perkembangan otak di mana ianya boleh menambah daya ingatan dan kecergasan.

Dari segi perubatan tradisional pula, ianya dipercayai boleh mambantu dalam memudahkan proses kelahiran.  Pada zaman dahulu, wanita mengandung mengamalkan memakan bendi ini sebagai sajian harian.  Air rebusan biji bendi, akar dan bunga bendi di rebus dan dijadikan minuman harian.  Sifat bendi yang berlendir dikatakan cukup baik untuk memudahkan proses melahirkan anak.


Selain dari kebaikan yang disebutkan di atas, air rebusan biji, akar dan bunga bendi dapat membantu dalam melawaskan pembuangan air kecil.  Ia juga dipercayai boleh mengubati penyakit gonorea dan sifilis. Ianya juga sesuai disapu pada bahagian kudis dan bisul.  Jika air rebusan tadi dicampur dengan gula, ia boleh merawat batuk dan sakit kerongkong. 

Apa kata anda jadikan bendi sebagai salah satu hidangan makanan anda hari ini.

10 comments:

Anonymous said...

baru je masak kari campur bendi tadi
mmg bnyk khasiat :)

iris syuhada said...

baru je masak kari campur bendi tghari ni!! informasi berguna baru tau yg bendi tu bole rawat batuk n kudis2 thnx 4 ur info!!!!

kiz said...
This comment has been removed by the author.
kiz said...

dah lama tak tanam bendi..dulu rajin tanam kat belakang rumah

sud@is said...

ha trima kasih tuan blog..
baru tau kat sini..
suka makan bendi..tp x tau kasiat apa....

Cendana Kasih said...

suka makan bendi celur ngan sambal belacan

Aku Anak Pahang said...

Salam, bendi mmg best nak pulak dicampo dlm asam pedas pergh!!
Jom Singgah "Tak kenal maka tak cinta - akuanakpahang"

aima said...

singgang ikan aya campur bendi..pergh

ozzy said...

salam...

Ini antara sayur kegemaran saya..

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

lepas nie nak mkn bendi byk² lah. si adam dah pandai mintak adik taw cempakamelati. hehehehehe....

p/s: nak try buat anak mlm nie...hahahahahahhaha...blh gitu?