Saturday 25 December 2010

Cengkih - hilangkan bau nafas

Kadangkala jika kita berbual dengan rakan sekerja atau teman atau dengan orang yang baru di kenali, kita tidak tahan akan aroma yang dikeluarkan dari mulut mereka, tetapi kita tahan sahaja sebab ingin menjaga hati mereka.  
Adakah anda pasti yang nafas anda sebenarnya tidak berbau ??  Adakah mereka iaitu orang yang berbual dengan anda tidak berkata apa-apa sebab ingin menjaga hati anda??  Ini harus anda fikirkan.  Terdapat berbagai jenis produk moden yang boleh mambantu anda mengatasi masalah ini.

Di sini saya ingin bengkongsi kepada anda cara tradisional untuk menghilangkan bau nafas yang kurang enak yang telah diamalkan oleh nenek moyang kita dahulu yang masih lagi praktikal sampai sekarang iaitu cengkih.  Caranya adalah dengan mengunyah cengkih sebanyak dua ke tiga kuntum.  Ini boleh dilakukan semasa nada dalam perjalanan ke tempat kerja atau sedang bekerja dan juga di mana-mana sahaja.  Hasilnya nafas anda akan lebih segar.  Di samping itu ia juga dapat menguatkan gigi.

Jadi sentiasalah bawa cengkih kemana-mana sahaja anda pergi supaya ianya ada tika anda memerlukannya.

3 comments:

akubiomed said...

Boleh cuba. Cengkih juga boleh digunakan menghalau semut yang memasuki balang simpanan gula

Anonymous said...

Bukan rasa bunga cengkih tu macam pedas pahit? Tapi memang cengkih baunya wangi.

Chuckie Cotton said...

Eh, is it? I shud try it, will get it this weekend. I duwan those awkward feeling.


Join Exabytes Angel Program now and get RM50 bonus upon sign up.
http://exabytes.com.my/partners/angel/