Wednesday 8 December 2010

Bahaya duduk terlalu lama di depan komputer

Di dalam dunia yang serba moden ini, komputer telah menjadi semakin penting, sama ada untuk tujuan belajar, bekerja, mencari maklumat, bermain video game dan sebagainya.  Ada di antara mereka yang duduk berjam-jam di depan komputer tanpa mengetahui bahawa perbuatan itu akan mengundang masalah kepada kesihatan mereka. 



Mengikut Penyelidikan Perubatan New Zealand, orang yang terlalu lama duduk di depan komputer (melebihi 10 jam sehari) berkemungkinan akan berisiko tinggi menghidap masalah darah beku atau dikenali sebagai " Deep Vein Thrombosis (DVT)".  Ia adalah disebabkan oleh saluran darah yang tersumbat dengan darah beku terutamanya di bahagian peha dan betis disebabkan keadaan duduk yang pasif dalam tempoh yang terlalu lama. Ia di tambah burukkan lagi dengan duduk di dalam kawasan yang berpenghawa dingin.  Udara yang sejuk akan mempercepatkan kadar pembekuan darah terutamanya di bahagian kaki.

DVT sering berlaku di bahagian kaki.  Lebih membimbangkan lagi, darah beku ini boleh berpindah ke jantung, paru-paru atau otak.  Ia boleh menyebabkan sakit dada, sesak nafas dan kematian akibat serangan jantung dan angin ahmar (strok).

DVT juga boleh mengakibatkan mengah, cepat penat, lemah di bahagian kaki, kurang selera makan, denyutan nadi menjadi lebih laju, nafas pendek sama ada dalam keadaan aktif atau ketika berehat dan batuk.

Bagaimana untuk mengelakkan DVT dari terjadi

Ada beberapa langkah yang boleh diambil iaitu :
  1. Memperbayakkan pergerakan terutamanya di bahagian kaki.
  2. Memakai sarung kaki. Ini boleh membantu memanaskan bahagian kaki.
  3. Elakkan minum minuman sejuk, sebaliknya sentiasa minum minuman panas.
  4. Elakkan membuka pendingin hawa terlalu sejuk
  5. Elakkan duduk terlalu lama tanpa melakukan, selang selikanlah dengan senaman ringan. Senaman ringan juga dapat mengelakkan anda dari mengalami sakit pinggang.
Di harap nota ini dapat membantu anda serba sedikit dalam mengamalkan cara hidup yang sihat.

Buku berkaitan DVT:
1. 100 Q&A About Deep Vein Thrombosis and Pulmonary Embolism (100 Questions & Answers about . . .)
2.  Understanding DVT - Deep Vein Thrombosis
3.  Deep vein thrombosis (Postgraduate Medicine)
4.  Understanding DVT - Deep Vein Thrombosis (Home Use)

21 comments:

Anonymous said...

Salam

Info yang baik. Barangkali rasa kebas selepas beberapa jam di hadapan komputer adalah salah satu kesan. Boleh berhati-hati selepas ini.

=)

aima said...

DVT - disiplin kan diri masa di komputer tu....

sud@is said...

tq2 tip yang berguna...elak sebelum kena

andri said...

informasi yang bermanfaat,,

memang, segala sesuatu yang berlebihan akan menimbulkan ketidakbaikan,,

Akram said...

Kta orang Islam kan...tentula de cara senaman sendiri. Solat kan ade..impossible la kta dok dpn PC or lappy lebih 10 jam straight tanpa solat. Kan..kan..he3.AWESOME

Annisa said...

iA..tak baik dok lama lama ^__^

ambil masa rehat ^__^

nice sharing cempakamelati ♥

genuine1224 said...

i ni mmg kejanya menghadap komputer hari2...lenguh2 tu jgn ckp la..klau keja xbynk,okla, klau keja bnyk,lupa nk bgn senaman..skali bgn,trus cramp..huhu

Del Glamiva said...

Nasib belum ada simptom2. =D

Izan Ishak said...

mekasih atas perkongsian info ni ye~

AnakPakZohar said...

blogging menarik blogger untuk melekat di hadapan komputer berjam2.... so, marah blog... hehehehe....^^... sambung blogwalking...

Miss b said...

tapi kerja hari hari kene ngadap pc. huhu

^_^ v

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

betOl kata si yad'z ...kalau buat kerja x sampai 1 jam dah bangun dari kerusi. tapi pasal blogging...3 jam pun x bgn²

nas said...

visit smiles..

: husna : said...

info menarik!~
beringat sebelum kena. kena kurangkan bw la lps ni...hehe

Anati Soki said...

entry yang berguna! tq! :)

sekamar rindu said...

salam...

info tersangat baik..bukan saja di depan komputer, malah depan tv pun sama...

kiz said...

tq 4 info

Umie Nadhirah said...

Makasihh ^__^

~thE aiE~ said...

aduuuh...btol tu kak..kadang2 smpai bpinau mata..pning kpala...kalalu kt ofis dari pagi smpai la petang, ngadap pc jaa...tu xkira blik ngadap kt umah lg...adessss...

iKhRam said...

sapa ckp lelaki tak perlu tahu tentnag ni.. sebenarnya lelaki yg wajar mengetahui supaya dapat memahami perubahan emosi wanita dan dpt membantu mereka mengawalnya.. hahaha..

sebab tu tak salah lelaki mengomen entry ni kan? tq k?

kindergartenlibrary said...

baru tahu ,..
terima kasih .