Haid atau
datang bulan adalah perkara normal bagi semua wanita yang telah
akil baligh. Sebelum dan semasa kedatangan haid, ia sering diiringi oleh mengantuk yang lebih dari biasa, perut terasa tegang dan memulas, penat yang lebih dari biasa, jerawat, perubahan nafsu makan dan perubahan emosi. Meskipun perkara ini berlaku tiap-tiap bulan dan ia akan hilang bila habisnya tempoh haid, ianya mengganggu aktiviti harian. Ada pendapat yang mengatakan perkara ini terjadi kerana perubahan hormon dalam tubuh iaitu ketidak seimbangan antara hormon estrogen progesteron.
Selain dari gangguan seperti di atas, ada di kalangan wanita juga mengalami
senggugut iaitu keadaan sakit yang melampau ketika haid. Senggugut adalah perkara lumrah yang sering dilalui oleh wanita. Hampir 70 peratus wanita di dunia mengalami perubahan fizikal dan psikologi sebelum dan semasa didatangi haid.