Thursday 6 January 2011

Transplan rambut


Memiliki rambut yang cantik dan lebat menjadi idaman setiap lelaki dan wanita.  Namun begitu wanita sering mengalami masalah keguguran rambut yang disebabkan oleh faktor penuaan, perubahan hormon, masalah kelemumur dan sebagainya.  Dianggarkan 1:5 wanita berdepan dengan masalah ini. Kaum lelaki pula sering mengalami masalah botak di bahagian-bahagian tertentu kepala seperti di bahagian depan dan tengah.

Bagi mengatasi masalah tersebut, ada yang mengambil keputusan untuk memakai rambut palsu.  Ada pula yang mengamalkan pengambilan ubat-ubatan bagi menggalakkan pertumbuhan rambut, mengamalkan petua tradisional untuk menguatkan akar  rambut dan rambut dan ada juga yang mengambil langkah untuk melakukan transplan atau implan rambut.



Bagi yang mengambil keputusan untuk melakukan implan rambut, anda perlu tahu bahawa sebenarnya teknik ini tidak akan megembalikan rambut anda seperti dulu.  Ia tidak akan melebatkan rambut anda.  Ia hanya bertujuan untuk menutup bahagian "kosong" di kepala dengan mengambil rambut anda di bahagian kepala yang lain.  Oleh itu sekiranya anda memutuskan untuk melakukan teknik ini, anda perlu memilih pakar bedah yang bertauliah untuk mengelakkan sebarang kejadian buruk terjadi.

Apakah transplan rambut
Transplan atau implantasi rambut adalah satu bentuk pembedahan kosmetik dimana setompok kulit kepala yang mengandungi akar rambut yang sihat ditanam atau dipindahkan ke bahagian kepala yang mempunyani masalah mulai menipis atau botak. 

Terdapat beberapa prosedur melakukan transplan rambut ini iaitu seperti graf tebukan (punch grafts), graf jalur (strip grafts), pengurangan kulit kepala (scalp reduction), pengembangan kulit kepala (scalp expansion) dan lain-lain graf.  Kadangkala dua atau lebih teknik digabungkan untuk mencapai keputusan terbaik.

Transplan rambut memerlukan beberapa siri pembedahan sebelum mencapai keputusan yang diingini.  Kadangkala ia memakan masa sehingga dua tahun sebelum keputusan terakhir diperoleh.  Di dalam masa tersebut anda akan merasa ketidakselesaan yang minor seperti lebam dan bengkak.  Di samping itu kawasan kepala yang menjadi penderma rambut akan terasa kebas dan hanya akan hilang sepenuhnya antara dua hingga tiga bulan. 

Risiko yang bakal dihadapi
Adakalanya sesetengah transplan tidak "hidup".  Ia "kecut" sebelum sempat untuk meggalakkan pertumbuhan di tempat yang baru.  Adakalanya kulit pula "kering" dan tidak berupaya menyumbang kepada pertumbuhan rambut.  Jika anda tidak bernasib baik, keguguran akan terus berlaku walaupun transplan telah dilakukan. 

Kesimpulan
Jika proses transplan ini berjaya, anda tidak perlu melakukan pembedahan lagi kerana rambut anda akan kekal di tempat baru.  Anda akan lebih berkeyakinan untuk berhadapan dengan orang disekeliling anda dan hidup anda akan lebih gembira.  Oleh itu sebelum anda ingin mengambil keputusan untuk melakukan transplan rambut, fikirkan dahulu buruk dan baiknya serta ketidakselesaan dan risiko yang bakal anda hadapi.  Tepuk dada, tanya diri anda.

9 comments:

Unknown said...

ermmm dh bace trus teringat Yun Nam Hair Care kat leisure mall cheras.... so far blom ader ati lg nk buat treatment spt ni sbb alhamdulillah masih sihat rambutnye :) but good info jumpe lagi....

aman_arab said...

tak sanggup ah aku nak wat transplan nih..susah-susah sangat aku cukur sampai licin terus jer la pala aku nih..

fya zainal said...

ohhh menakutkan pula tgk gaya transplan ni..alhamdulillah rambut fya syukur lebat huhu

apapun..nice info..fya baru tau transplan ni boleh buat

URY said...

OO... rambut pun bleh transpan yer, ingat gigi je... trm ksh ats info ini..

as said...

MAK AIHH . tapi saya sekarang mengalami keguguran rambut yg sangat istimewa yeh . tapi rambut tetap lebat taknak pupus. agak2 nye rambut saya ni dah bole lawan hutan amazon kot : )



http://aqilasafuan.blogspot.com/2011/01/p-pre-margin-0input.html

geekz36 said...

ingatkan organ je blh transplan. nice info!

Entry terbaru: Promosi! Akaun Hotfile 6 Bulan Rm20 Sahaja

NURUN said...

kak cempaka, sy rela pki pki serkop dr buat bnde cmni. ouh...sakit!

Rose kakrose said...

beruntungnya jadi seorang muslimah.tak payah buat transplan..

Fairuz Sudin said...

saya dah botak..
mmg cukur licin je laa..
xyah pikir nak syampu atau sikat rambut..