Adakah anda tahu bahawa pengambilan makan malam juga adalah sama pentingnya seperti pengambilan sarapan pagi? Ini adalah kerana tubuh badan juga memerlukan sumber tenaga daripada makanan ketika tidur. Jika makan malam tidak diambil, ia akan merendahkan metabolisma badan. Ianya pasti tidak akan membantu untuk anda menurunkan berat badan.
Isnin, 31 Januari 2011
Tips makan malam yang sihat
Adakah anda tahu bahawa pengambilan makan malam juga adalah sama pentingnya seperti pengambilan sarapan pagi? Ini adalah kerana tubuh badan juga memerlukan sumber tenaga daripada makanan ketika tidur. Jika makan malam tidak diambil, ia akan merendahkan metabolisma badan. Ianya pasti tidak akan membantu untuk anda menurunkan berat badan.
Labels:
cara hidup sihat,
makan malam
| Reactions: |
Ahad, 30 Januari 2011
Strawberry milk shake
Resepi strawberry milk shake ini saya siarkan disini atas permintaan kak Sharifah Nor iaitu salah seorang ahli Spy Tingkap dan Kabinet Dapur. Ni dia orangnya.
Resepi ni ada saya siarkan di blog Himpunan Resepi Cempaka pada 3 January 2011. Saya copy paste jer dari sana.
Anggur - mampu mencegah pembentukan lemak dalam perut
Salah satu buah-buahan yang di sebut dalam al-Quran adalah anggur selain kurma dan buah zaitun. Ia ternyata mempunyai khasiat yang sangat baik untuk kesihatan manusia. Anggur mempunyai antioksidan yang dapat mencegah pembentukan lemak dalam perut. Di samping itu, ia sangat baik untuk ginjal dan hati serta mampu mencegah pembentukan kanser. Ia juga baik untuk mencegah serangan jantung, kekejangan otot, lelah, infeksi virus dan kerosakan gigi. Sabtu, 29 Januari 2011
Jum semua ahli Nuffnang join churp churp untuk tambah pendapatan
Epal hijau - mempu mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan
Dengan memakan sekurang-kurangnya sebiji epal hijau setiap hari, anda akan dapat mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan anda kerana ia mengandungi phytonutrient iaitu satu elemen yang mampu melambatkan pengoksidaan kolesterol tidak baik. Ia juga boleh membantu untuk menurunkan berat badan kerana epal hijau ini mampu mencegah pembentukan lemak dalam badan.
Jumaat, 28 Januari 2011
Ambil perhatian - MYVi Putih - No. Plat: : WUS 948
Entry ini saya ambil dari blog Siti Hajar Masri . Perhatian!!!..Sila Sebarkan..
PERHATIAN : Jika anda ternampak MYVi Putih, No. Plat : WUS 948 yang dipercayai dipandu oleh seorang lelaki berambut panjang atau wanita bertudung, sila hubungi En. Rashid di 0196267828. Suspek telah melarikan seorang bayi berusia setahun yang ada di dalam kereta ketika pemilik kereta menghantar anak ke nursery baru sebentar tadi diarea Puchong..keperihatinan anda amat dihargai. Ini berita benar..sila sebarkan..Get double the value with Chinese New Year Hot Tickets exclusive from Hotlink! #CNYhottickets
Get double the value with Chinese New Year Hot Tickets exclusive from Hotlink! #CNYhottickets


Usher in your Chinese New Year with Hot Tickets and enjoy Double Prosperity!
Usher in your Chinese New Year with Hot Tickets and enjoy Double Prosperity! On top of talktime minutes and SMS, you'll also enjoy free credit bonus with every Hot Ticket purchased! Get double the value with Chinese New Year Hot Tickets exclusive from Hotlink! Enjoy more talktime and SMS to reach out more to your family and friends in this festive season!
Lelaki romantik idaman setiap wanita
Lelaki romantik lebih menarik perhatian wanita kerana mereka biasanya pandai mengambil hati dan bijak berkata-kata. Lelaki jenis ini adalah sungguh selesa untuk didampingi dan merasa diri dihargai dan disayangi. Semua wanita mendambakannya walaupun wanita ini dari jenis yang rugged, aggresif dan lincah.
Khamis, 27 Januari 2011
Cabaran menguruskan badan dalam tempoh 30 hari bermula hari ini

Setelah membaca entry Madam Pam hari ini yang bertajuk samb azam 26 Jan, saya telah bersemangat untuk memulakan senaman seperti entry saya sebelum ini yang bertajuk Berlari atau berjogging - yang mana lebih berkesan. Jika anda nak tau, saya telah menyambut cabaran dari Madam Pam untuk menguruskan badan pada 11 Januari 2011 lalu.
Setelah mempraktikkannya sendiri, untuk saya yang telah lama tidak bersenam iaitu selama setahun enam bulan, berlari setempat 60 saat dan berehat 60 saat adalah lebih praktikal. Saya telah menghabiskan 10 set berlari setempat yang mengambil masa lebih kurang 20 minit. Larian terakhir saya buat 120 saat.
Berlari atau berjogging - mana lebih berkesan
Biasannya kita digalakkan berjogging untuk menurunkan berat badan. Adakah anda tahu, sebenarnya walaupun anda berjogging setiap hari, berat badan anda masih tidak berubah kerana berjogging adalah untuk mempromosikan gaya hidup sihat. Jika berjogging, anda memerlukan masa tiga jam sehari tiap-tiap hari untuk melihat kesan penurunan berat badan.
Sebenarnya berlari pantas adalah cara yang lebih berkesan untuk melihat perubahan berat badan dengan lebih cepat. Apa yang anda perlu lakukan adalah melakukan berlari laju selama 15 ke 20 minit. Jika tidak dapat berlari di balapan iaitu di taman-taman atau di padang larian, anda boleh juga melakukannya dirumah. Caranya adalah berlari pantas selama 60 saat dan berehat 20 saat. Lakukan antara 8 ke 10 set setiap hari. Cuba anda lakukan ini dan lihat kesannya.
Apa kata anda memulakannya hari ini dan kita lihat kesannya. Berapakah berat badan yang anda berjaya kurangkan dalam masa 30 hari dengan melakukan kaedah berlari pantas ini??!!!
Labels:
berlari,
gaya hidup sihat,
kurus,
Menurunkan berat badan
| Reactions: |
Rabu, 26 Januari 2011
Tips untuk rambut lebat dan panjang macam Lisa Surihani
Caranya adalah seberti berikut. Ambil beberapa batang serai dan tumbuk hingga pecah, kemudian rebus sehingga mendidih dengan sedikit air. Setelah air rebusan tersebut sejuk, sapukan keseluruhan rambut dan kulit kepala. Urut sedikit kulit kepala. Setelah itu biarkan selama dua jam sebelum dibilas. Amalkan petua ini seminggu sekali. Insyaallah rambut anda semakin kuat dan sihat. Semoga cita-cita mereka yang ingin berambut panjang tercapai.
Selasa, 25 Januari 2011
Tips penjagaan mata
Mata yang kelihatan bengkak dan mempunyai lingkaran gelap seperti mata panda mengurangkan seri wajah dan menampakkan seperti diri anda tidak sihat. Oleh itu penjagaan mata amtlah penting untuk keterampilan yang menarik. Dibawah ini saya senaraikan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah tersebut.1. Bersihkan solekan mata
Sebelum tidur, pastikan solekan mata anda dibersihkan dengan sempurna. Jika tidak dibersihkan, pori-pori kulit akan tersumbat. Sebaiknya, bersihkan dengan menggunakan pembersih khusus atau susu pembersih kerana mata amat sensitif berbanding bahgian wajah yang lain. Kemudian sapukan krim khas bagi merawat mata anda ketika tidur.
Isnin, 24 Januari 2011
Rahsia kasih sayang lelaki - untuk perhatian semua wanita
Untuk meneroka hati dan fikiran lelaki bukannya satu perkara yang mudah terutama bagi mereka yang bijak menyembunyikan perasaan dan bijak bersandiwara. Walaupun begitu kita boleh cuba memahami mereka dari tanda-tanda yang disenaraikan dibawah.
1. Melakukan sesuatu dengan rela.
Jika seseorang lelaki itu betul-betul menyayangi kamu, dia akan melakukan sesuatu dengan rela hati dan bersungguh-sungguh demi kamu. Si dia juga akan sentiasa memastikan keselamatan diri mu hingga adakalanya mengabaikan kepentingan diri sendiri. Ini kerana bagi mereka kamu adalah segala-galanya.
1. Melakukan sesuatu dengan rela.
Jika seseorang lelaki itu betul-betul menyayangi kamu, dia akan melakukan sesuatu dengan rela hati dan bersungguh-sungguh demi kamu. Si dia juga akan sentiasa memastikan keselamatan diri mu hingga adakalanya mengabaikan kepentingan diri sendiri. Ini kerana bagi mereka kamu adalah segala-galanya.
Labels:
Lelaki,
memahami hati lelaki,
memahami lelaki,
Wanita
| Reactions: |
Ahad, 23 Januari 2011
Tips merawat tumit pecah
Masalah tumit pecah seringkali berlaku terutamanya kepada wanita. Apabila rekahan semakin teruk, ia amat menyakitkan apabila berjalan. Untuk mengatasi masalah ini, masukkan asam jawa ke dalam sebaldi air dan biarkan seketika. Selepas itu rendamkan kaki anda selama beberapa minit. Lakukanlah tiga kali seminggu. Insyaallah masalah tersebut akan semakin berkurang.
Labels:
asam jawa,
Petua,
Tumit pecah
| Reactions: |
Pembantu rumah warga Indonesia : Memudahkan atau membebankan
Coretan saya kali ini bukan bermaksud untuk menimbulkan perasaan tidak baik kepada negara jiran kita Indonesia, tetapi ini adalah kenyataan yang dihadapi oleh penduduk negara kita yang tercinta ini. Cuba anda renungkan, kos permulaan untuk mendapatkan seorang pembantu rumah dari Indonesia yang mempunyai permit dan diambil secara sah menelan belanja sekitar RM3000 hingga RM10,000. Dari segi gaji pula, mereka dibayar dari RM500 hingga RM600 sebulan. Itu tak termasuk tempat tinggal, makan minum, perubatan, pembaharuan permit tiap-tiap tahun dan keperluan-keperluan lain.
Labels:
Indonesia,
membebankan,
Pembantu rumah
| Reactions: |
Sabtu, 22 Januari 2011
Sembelit - menyumbang kepada masalah penyakit kronik
Sembelit boleh menyumbang kepada masalah penyakit kronik kepada anak anda. Oleh itu jangan dipandang ringan jika mereka mengalami masalah ini. Tanda-tanda anak anda mengalami sembelit adalah mereka mengalami senak perut, kurang selera makan, gelisah dan kerap buang air kecil.Sembelit berlaku kerana najis mereka keras dan kering. Ia adalah kerana anak anda jarang membuang air besar. Faktor utama sembelit adalah kerana kekurangan kandungan serat di dalam diet harian mereka dan juga kerana kekurangan jumlah air yang diminum. Serat dan jumlah air yang cukup adalah sangat penting untuk pergerakan makanan di dalam usus. Gangguan pergerakan makanan dalam usus akan menyebabkan najis terkumpul dan akan menyebabkan najis keras dan menyukarkan pembuangan air besar.
Jumaat, 21 Januari 2011
Didik anak gemar membaca
Banyak membaca boleh menambahkan ilmu pengetahuan dan mendidik cara berfikir anak-anak. Minat membaca harus dipupuk dari kecil agar ia menjadi kebiasaan sehingga mereka besar nanti. Biasakanlah mereka dengan buku-buku yang sesuai mengikut perkembangan umur mereka.
Langkah-langkah yang boleh diambil untuk menanam minat membaca adalah seperti berikut :
Langkah-langkah yang boleh diambil untuk menanam minat membaca adalah seperti berikut :
Labels:
Keibubapaan,
membaca,
Penjagaan anak dan bayi
| Reactions: |
Rabu, 19 Januari 2011
Merokok mencacatkan sperma
Pada masa dahulu, masalah gagal memperolehi cahaya mata sering di bebankan kepada pihak wanita. Ia adalah salah satu alasan untuk si suami untuk berkahwin lain. Desakan ini juga datang dari keluarga pihak lelaki yang menginginkan cucu. Padahal sebenarnya lelaki juga menyumbang kepada masalah untuk mendapatkan zuriat.
Amalan merokok adalah antara penyumbang kepada masalah kesuburan lelaki selain dari faktor genetik. Amalam merokok mampu mengurangkan keupayaan sperma untuk bergabung dengan telur. Merokok juga mampu untuk menjejaskan fungsi sperma.
Labels:
Keburukan merokok,
Lelaki,
Sperma
| Reactions: |
Selasa, 18 Januari 2011
Misteri Tokek - Satu di ganti dengan satu

Ini adalah cerita yang saya dengar dari borak-borak kedai kopi. Ia diceritakan dari mulut ke mulut. Tidak dapat dipastikan kebenarannya.
Pada suatu masa yang sukar dipastikan bila, ada seorang lelaki menemui seorang ustaz dan menyatakan niatnya untuk mencari tokek di hutan. Dia meminta pertolongan ustaz untuk meminta keizinan dari penjaga hutan tersebut bagi pihaknya untuk mencari tokek di hutan tersebut.
Setelah berinteraksi dengan penjaga hutan tersebut, ustaz tersebut menyatakan bahawa beliau telah dibenarkan untuk mencari tokek di hutan tersebut tetapi ada syaratnya. Seekor tokek akan ditukarkan dengan seorang manusia. Setelah mengetahui hal tersebut lelaki tersebut pun balik.
Labels:
mitos tokek,
Tokek
| Reactions: |
Isnin, 17 Januari 2011
Petua atasi makanan melekat semasa menggoreng
Petua dia senang jer dan amat berkesan. Sebelum menggoreng, semasa api telah dipasang dan minyak telah dimasukkan ke dalam kuali, potongkan dua atau tiga biji bawang merah dan masukkan kedalam kuali. Biarkan ia tergoreng sebentar. Apabila minyak telah panas, goreng la ikan atau ayam tu macam biasa. Bawang tu biarkan jer di dalam kuali tu sehingga selesai kerja-kerja menggoreng.
Labels:
makanan melekat,
menggoreng,
Petua
| Reactions: |
Ahad, 16 Januari 2011
Khasiat Susu Kambing
Kebanyakan dari kita lebih menyukai susu lembu berbanding susu kambing. Kebanyakan susu untuk bayi dan kanak-kanak juga diperbuat dari susu lembu. Namun begitu, tahukah anda bahawa susu kambing mengandungi khasiat yang lebih tinggi dari susu lembu? Ia juga boleh diminum oleh semua golongan umur iaitu bayi baru dilahirkan, kanak-kanak dan juga orang dewasa.
Labels:
kambing,
susu,
susu kambing
| Reactions: |
Sabtu, 15 Januari 2011
Petua menghalau lalat

Kadang-kadang bau makanan yang di masak menarik minat untuk lalat datang. Untuk menghalau atau menghalang lalat dari mendekati makanan adalah taburkan sedikit lada sulah di atas tudung saji atau di atas tutup bekas makanan. Insyaallah dengan cara ini lalat tidak akan mendekati makanan anda.
| Reactions: |
Jumaat, 14 Januari 2011
Elak kuku cepat patah
Khususnya kepada yang suka membela kuku panjang dan amnya kepada semua yang pasti mempunyai kuku, tips kali ini adalah tips untuk menguatkan kuku agar tidak mudah patah. Caranya adalah, ambil sebiji bawang putih dan buang kulitnya, potong bawang putih tersebut dan gosokkan bawang putih itu ke atas kuku sekerap mungkin. Sekurang-kurangnya sekali sehari. Cara ini mampu mengukatkan struktur kuku agar ia menjadi lebih kuat dan tidak mudah patah. Ia juga mampu menjadikan kuku bersih dan sihat bersinar.
Labels:
Petua
| Reactions: |
Khamis, 13 Januari 2011
Kanak-kanak hilang
Maklumat ni saya ambil dari blog http://rafinamimi.blogspot.com/.
Tolong sebarkan maklumat ini.
Tempat terakhir dilihat : Plenitude Berhad Office Sri Hartamas Kuala Lumpur
Kepada yang pernah ternampak kanak-kanak lelaki ni sila bagi maklumat atau terus laporkan di Balai Polis terdekat.
Jika dia di culik , selamatkan lah dia. Jangan biarkan perkara yang tak diingini terjadi kepada kanak-kanak ini.
Tips wangikan peti sejuk
Cara untuk mewangikan peti sejuk mudah saja. Semasa anda membersih dan mengemaskan peti sejuk, keluarkan semua barang-barang dan lap dan bersihkan peti sejuk. Setelah bersih, ambil sedikit asen vanila dan tuangkan pada kain lap yang bersih. Lapkan semua dinding-dinding dan beralatan dalam peti sejuk dengan kain tersebut, kemudian tutup pintu peti sejuk dan biarkan selama 30 minit. Selepas itu bolehlah masukkan semula barang-barang ke dalam peti sejuk tersebut. Pasti anda akan berpuas hati dengan keputusannya.
Labels:
Petua
| Reactions: |
Rabu, 12 Januari 2011
Limau kasturi - harumkan bilik tidur
Setelah penat seharian, sama ada bekerja, belajar atau menguruskan rumah tangga, pasti sesuatu yang menyamankan jika dapat berehat di bilik tidur yang berbau nyaman.
Untuk mendapatkan bilik yang berbau nyaman mudah saja..Ambil beberapa biji limau kasturi, belah dua dan masukkan ke dalam bekas kecil dan letak la di mana-mana sudut bilik yang anda suka. Bau limau kasturi yang memenuhi bilik pasti menyamankan dan merupakan aromaterapi yang menenangkan jiwa.
Selasa, 11 Januari 2011
Menghilangkan parut kudis
Sesetengah dari kita dan kanak-kanak mudah terkena kudis akibat gigitan nyamuk. Di sini saya ingin memberi tips yang amat mudah dilakukan dan boleh dilakukan oleh semua orang.
Untuk menghilangkan kesan kudis ini, semasa proses menanak nasi, ambil sedikit air nasi ketika masakan sedang mendidih. Biarkan ia sebentar. Apabila telah suam, sapukan pada kudis yang ada. Lakukan setiap hari sehingga kesan kudis itu hilang.
Untuk menghilangkan kesan kudis ini, semasa proses menanak nasi, ambil sedikit air nasi ketika masakan sedang mendidih. Biarkan ia sebentar. Apabila telah suam, sapukan pada kudis yang ada. Lakukan setiap hari sehingga kesan kudis itu hilang.
Labels:
Penjagaan diri
| Reactions: |
Isnin, 10 Januari 2011
Angin Meroyan
Penyakit angin meroyan ataupun dalam istilah saintifiknya posnatal depression adalah sinonim dengan wanita baru lepas bersalin. Walaupun ia jarang berlaku namun ramai wanita takut jika penyakit ini menimpa mereka. Oleh itu setiap wanita lepas bersalin harus mengamal pantang larang, menjaga kebersihan dan juga emosi untuk mengelakkan penyakit ini menimpa mereka. Antaranya adalah penjagaan pemakanan, membersihkan darah kotor dan mengamalkan urutan badan.
Labels:
Ibu mengandung,
Penyakit,
Wanita
| Reactions: |
Ahad, 9 Januari 2011
Catatan Cempakamelati di OVI App Store
Setelah melakukan beberapa pembetulan, akhirnya Catatan Cempakamelati berjaya disenaraikan di OVI App Store. Jika anda ingin melihat blog saya di badan Ular besar tu. klik di sini http://www.nuffnang.com.my/nokia-ovi/, jika anda ingin trus ke link blog saya bolehla klik banner di bawah
Labels:
OVi Nokia Store
| Reactions: |
Sabtu, 8 Januari 2011
Khasiat Spirulina - Tingkatkan kecerdasan minda anak
Spirulina yang juga dikenali sebagai alga adalah tumbuhan yang100 peratus beralkali. Pertubuhan kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan bahawa spirulina merupakan makanan yang berkualiti tinggi, terutama kaya dengan zat besi dan protein serta nutrien yang berkhasiat untuk kanak-kanak.Spirulina mempunyai kandungan protein yang tinggi. Ia juga mengandungi kandungan nutrien yang seimbang yang menyumbang kepada perkembangan dan pemeliharaan sel-sel otak. Ia juga berkhasiat untuk memperkuatkan tubuh dari jangkitan penyakit, mampu memulihkan tenaga, menambahkan tisu otot, mempertingkatkan daya ingatan dan mencegah anemia.
Jumaat, 7 Januari 2011
Khasiat susu ibu-mempunyai DHA dan khasiat yang penting untuk anak
Susu ibu mempunyai khasiat yang lengkap untuk tumbesaran anak-anak berbanding dengan susu formula. Di samping itu, ia juga baik untuk para ibu untuk membantu mencegah penyakit berbahaya seperti barah payu dara.Susu ibu menyediakan khasiat yang seimbang untuk bayi untuk menghasilkan tubuh badan yang lebih padat, kulit yang sihat dan bayi yang cergas kerana ia mengandungi kandungan protein adiponectin yang tinggi iaitu sejenis protein yang amat baik untuk metabolisma bayi. Ia tidak akan membuat bayi obesiti seperti kebanyakan susu formula yang mengandungi kandungan lemak yang lebih tinggi.
Labels:
Keibubapaan,
Penjagaan anak dan bayi,
Wanita
| Reactions: |
Khamis, 6 Januari 2011
Transplan rambut
Memiliki rambut yang cantik dan lebat menjadi idaman setiap lelaki dan wanita. Namun begitu wanita sering mengalami masalah keguguran rambut yang disebabkan oleh faktor penuaan, perubahan hormon, masalah kelemumur dan sebagainya. Dianggarkan 1:5 wanita berdepan dengan masalah ini. Kaum lelaki pula sering mengalami masalah botak di bahagian-bahagian tertentu kepala seperti di bahagian depan dan tengah.
Bagi mengatasi masalah tersebut, ada yang mengambil keputusan untuk memakai rambut palsu. Ada pula yang mengamalkan pengambilan ubat-ubatan bagi menggalakkan pertumbuhan rambut, mengamalkan petua tradisional untuk menguatkan akar rambut dan rambut dan ada juga yang mengambil langkah untuk melakukan transplan atau implan rambut.
Labels:
Kecantikan,
Penjagaan rambut dan kepala,
Penyakit,
Wanita
| Reactions: |
Rabu, 5 Januari 2011
Suntikan plasenta anjalkan kulit
Kekal muda dan jelita serta awet muda adalah dambaan setiap lelaki dan wanita. Pelbagai cara dilakukan untuk mengekalkan kejelitaan. Ada yang mengamalkan petua awet muda, menggunakan produk-produk kecantikan yang ada di pasaran, mendapatkan rawatan di pusat-pusat kecantikan dan juga mengamalkan pemakanan yang sihat.Di samping perkara yang disebutkan di atas, bagi golongan yang kaya dan berada, untuk mendapatkan kesan yang cepat, ada yang mengambil keputusan untuk mendapatkan suntikan plasenta. Ia menjadi pilihan kerana ia berkesan, ringkas, tahan lama, tidak mengandungi toksik dan bebas risiko. Plasenta yang biasa digunakan adalah plasenta manusia dan plasenta kambing biri-biri.
Labels:
Kecantikan
| Reactions: |
Selasa, 4 Januari 2011
Membuat Perniagaan Franchise Melalui Internet
Semasa saya melayari internet, saya terjumpa satu peluang untuk membuat perniagaan. Apa yang perlu dibuat hanyalah register dalam company ini. Apabila anda telah register, kedai anda telah siap tersedia termasuk laman web dan juga barang untuk dijual. Apa yang anda perlu lakukan adalah membuat tugas pemasaran dan pengiklanan.
Cara melakukan pengiklanan ada disertakan bersama tugasan-tugasan yang diberikan. Masa yang ingin anda luangkan untuk melakukan permasaran adalah terpulang pada anda. Untuk setiap barang yang dijual, anda akan mendapat komisen.
Pengeluaran wang boleh dilakukan dengan menggunakan Paypal.
Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila klik: Peluang Perniagaan Franchise di internet
Jika anda ingin melihat Stor Saya sila klik link ini: Shahrizah Store
Cara melakukan pengiklanan ada disertakan bersama tugasan-tugasan yang diberikan. Masa yang ingin anda luangkan untuk melakukan permasaran adalah terpulang pada anda. Untuk setiap barang yang dijual, anda akan mendapat komisen.
Pengeluaran wang boleh dilakukan dengan menggunakan Paypal.
Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila klik: Peluang Perniagaan Franchise di internet
Jika anda ingin melihat Stor Saya sila klik link ini: Shahrizah Store
Labels:
Kewangan
| Reactions: |
Isnin, 3 Januari 2011
Amalan harian untuk melahirkan anak pintar

Faktor keturunan menyumbang sebanyak 30 peratus kepada kepintaran anak. Selain dari itu, pendidikan dan pemakanan yang berkhasiat yang diberikan sejak dari dalam kandungan sehinggalah ia dewasa adalah sangat penting untuk melahirkan anak yang bijak dan sihat. Di samping itu, ia juga haruslah disertai dengan beberapa amalan seharian.
Amalan seharian yang harus diterapkan kepada anak-anak yang mampu menyumbang kepada kepintaran mereka adalah :
Labels:
Keibubapaan
| Reactions: |
Ahad, 2 Januari 2011
Hilangkan jerawat dengan pucuk jambu
Masalah jerawat sering menjadi kegelisahan kepada diri. Golongan yang sering diganggu masalah jerawat ini adalah remaja. Ianya sering mengganggu emosi dan mengurangkan keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai.

Untuk mengatasi masalah ini anda boleh mencuba petua ini. Ambil beberapa helai pucuk jambu batu dan tumbuk hingga halus. Kemudian campurkan bedak sejuk dan ditumbuk dan gaul hingga sebati. Ambil sedikit bahan tadi dan dicampur dengan sedikit ahir dan sapukannya di bahagian muka dan biarkan selama beberapa jam atau boleh juga untuk dibawa tidur. Kemudian basuh muka dan bersihkan. Amalkan petua ini setiap hari sehingga anda mendapat hasil yang di idamkan. Ianya juga boleh terus diamalkan untuk menjaga kecantikan kulit muka dan menghaluskannya.
Labels:
Petua
| Reactions: |
Sabtu, 1 Januari 2011
Petua untuk mengelakkan kaki berbau
Masalah kaki berbau sering terjadi kepada seseorang yang memakai stokin dan kasut. Mereka yang sering mengalami masalah ini adalah murid sekolah dan juga mereka yang bekerja di pejabat. Ia sering disebabkan oleh kaki yang tidak bersih dan juga masalah kaki berpeluh. Kepada anda yang sering mengalami masalah ini, ini ada petua untuk anda. Sebelum masuk tidur, sapukan kaki anda denganminyak masak yang bersih iaitu yangbelum digunakan. Lakukanlah lebih kurang dua kali seminggu. Insyallah masalah ini akan berkurangan.
Labels:
Petua
| Reactions: |
Budu - mencegah penyakit berbahaya
Budu tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia terutamanya masyarakat negeri Kelantan. Adakah anda tahu bahawa budu mempunyai begitu banyak khasiat? Kepada para penggemar budu, ini ada berita baik untuk anda.Menurut hasil kajian yang dilakukan oleh pakar pemakanan dari Universiti North Carolina, Amerika Syarikat, budu mengandungi pelbagai khasiat dan vitamin iaitu:
Labels:
Makanan
| Reactions: |
Langgan:
Catatan (Atom)



















