Terdapat dua jenis epal iaitu epal hijau dan epal merah. Kedua-dua jenis epal ini mempunyai khasiat yang sama penting. Antara khasiatnya adalah:
- Epal kaya dengan vitamin A, B kompleks dan C.
- Mengandungi serat dan kalori yang tinggi. Lima gram serat dalam sebiji epal bersamaan dengan 20 peratus serat yang diperlukan oleh manusia dalam diet harian. Ia boleh membantu dalam proses mengawal berat badan kerana serat berupaya melambatkan rasa lapar. Kalori yang tinggi pula berfungsi memberikan tenaga.
- Ia mengandungi antioksidan seperti flavonoid, betakarotena dan fotikimia. Antioksidan ini mampu melawan radikal bebas.
- Purata air dalam jumlah kira-kira 115.82 gram yang terkandung dalam sebiji epal berupaya melembabkan kulit yang kering.
- Kajian yang dilakukan oleh saintis British membuktikan mengunyah epal mampu mengubati sakti gigi.
- Penyelidik dari Jepun mendakwa amalan mengupas buah epal dapat mengaktifkan bahagian hadapan otak iaitu bahagian yang mengawal pemikiran logik, imaginasi dan penilaian.
- Satu kajian mendapati mereka yang makan epal lebih dari lima biji seminggu memiliki fungsi paru-paru yang lebih sihat berbanding mereka yang langsung tidak memakan epal.
- Rasa epal yang masam-masam manis boleh mengurangkan rasa mual sekiranya perut terasa sebu.
9 comments:
ehhh..mengupas buah epal pon ada effect baik gak...wahhh xsangka...
alahai.. kureng sikit buah2 import neh... huhuhu
masa diet dulu ni la pilihan buah nisa, tinggi serat dan bagus untuk kesihatan..rasanya pun sedap..
epal = makanan ruji masa mabuk ngandung anak sulung dulu...
sedapnye epal....dah lame xmkn..
bukan jah yang nak makan epal2 ni, tak epal2 ni yang nak masuk mulut jah.. nak wat camne kan.. haha... epal mmg best...
OMG .. Epal was once my favorite. tp disebabkan terlalu taksub pada dia suatu waktu dahulu, skrg ni dah boring dah. dah tak tertelan lagi.
nak makan epal la hari²....
yg kaler ijau TK lebih suka..
ada masam sikit..
Post a Comment