Friday 11 February 2011

Tips elak sumbang mahram

Zaman sekarang ini banyak sekali kita dengar berita berlakunya sumbang mahram diantara bapa dan anak, datuk dan cucu, adik-beradik dan sebagainya.  Perkara ini adalah amat serius dan langkah-langkah untuk mengelakkan ia dari terjadi harus diambil berat.  Di bawah ini saya senaraikan di antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan berlakunya sumbang mahram:



  1. Setiap isteri perlu ada rasa cemburu dan curiga pada suami kerana hanya isteri yang mengenali suaminya.  Sebagai contoh, jika suami suka menonton video lucah, pihak isteri harus sentiasa mengawasi suami dan anak-anak perempuannya.  Jika boleh jangan sesekali membiarkan anak perempuan dan suami tinggal di rumah bersendirian.
  2. Diri anda sendiri sebagai perempuan harus sentiasa menjaga diri sendiri.  Elakkan diri anda dari bersendirian di rumah bersama sama ada adik-beradik lelaki, bapa, pakcik, datuk atau lain-lain lelaki di rumah.  Pastikan anda sentiasa ada ditemani oleh adik-beradik perempuan, kawan perempuan, ibu, nenek dan sebagainya.  
  3. Setiap wanita harus peka dan berwaspada terhadap perubahan tiangkah laku mesra yang ditunjukkan oleh keluarga lelaki.  Anda harus ingat, semua lelaki berpotensi untuk menjadi perogol.
  4. Jika di rumah, jangan sesekali berpakaian menjolok mataatau berkemban di hadapan ahli keluarga lelaki.  Jaga penampilan dan gerak-geri walaupun anda berada di rumah sendiri.  Bagi ibu-ibu yang bekerja, hubungilah anak-anak anda selalu.
  5. Ibu bapa haruslah sentiasa memeriksa ruang peribadi anak-anak.  Jangan terlalu memberi ruang kepada anak-anak sama ada lelaki atau perempuan untuk melakukan apa saja tanpa sebarang pengawasan.   Jangan terlalu mempercayai tindak tanduk luaran anak- anak anda.  Perasaan curiga dan ingin tahu harus anda titik beratkan sebelum perkara yang tidak diingini berlaku.
  6. Awasilah anak lelaki lebih dari anak perempuan.  Jangan sesekali menganggap anak lelaki lebih senang dijaga berbanding anak perempuan.  Kawalan dan didikan terhadap anak lelaki harus di titikberatkan dan di tingkatkan kerana kebanyakan masalah yang terjadi kepada anak perempuan adalah berpunca dari anak lelaki.

11 comments:

cikcahya said...

nice info ;)

KELI OH KELI said...

Erm...betul tu..kena ada waspada.
tutup semua peluang yang ada...
Kalau dulu,tips di atas mugkin agak keterlaluan kerana seakan mencurigai keluarga sendiri.
Pada masa hadapan,tips sebegini amatlah relevan kerana dunia telah terlalu laju.

Trx said...

menyedihkan bila yang sepatutnye melindungi lupa tnggungjawab sendiri..
memalukan bila yang bkuasa mngambil kesempatan pada yang lemah..
menjijikkan bila ikatan keluarga tidak sepenting nafsu sendiri..

Mummy-Zerry said...

Ingatan yang sgt patut diwar2kan

sud@is said...

bagus kongsi.....
sepatut ditunjukkan dikhalayak ramai penjenayah itu

jgn ditutupmatanya....

dea said...

tanda2 degradasi moral dalam masyarakat....
sangat mengenaskan...

toyolkiut said...

pedoman buat semua..

AH7 said...

setuju sangat

kindergartenlibrary said...

macam2 sekarang berlaku .
agama itu didahulukan .
baru yang lain boleh diatasi ..
=)

aliza zeke said...

betul tuu.skang nie macam2 benda leh jadi.mmg sentiase berwaspada

Azrin's Blog | Blog Azrin said...

info yang penting untuk disebarkan..