Saturday, 19 February 2011

Senaman untuk ibu mengandung

Senaman Pelvis
Senaman ini baik untuk menguatkan perut, meningkatkan fleksibiliti tulang belakang serta pelvis, dan membantu melegakan sakit belakang.  Setelah mahir posisi ini, anda juga boleh melakukannya semasa berdiri, duduk atau baring.

Langkah-langkah untuk melakukannya :
  1. Mulakan dengan melutut diatas lantai.
  2. Letakkan tangan anda diatas lantai (pastikan tulang belakang anda selari dengan lantai).
  3. Ketatkan otot perut dan punggung, dan bengkokkan pelvis anda ke depan.
  4. Hembuskan nafas anda perlahan-lahan.  Ini akan membuka tulangbelakang anda ke atas.
  5. Kekalkan posisi anda, tarik nafas dan kembali ke posisi asal anda.
  6. Lakukan beberapa kali.

Senaman duduk
Senaman postur ini akan menguatkan tulang belakang dan menambah fleksibiliti otot peha serta pelvis.  Ia juga meningkatkan pengaliran darah pada bahagian bawah badan anda.

Langkah-langkah untuk melakukannya :
  1. Duduk dengan menegakkan tulang belakang, bengkokkan lutut dan rapatkan tapak kaki anda (tapak bertemu tapak).
  2. Rapatkan tumit anda sedekat mungkin dengan badan.
  3. Pegang pergelangan kaki anda, dan gunakan sikut untuk menekan peha anda kebawah (jangan terlalu memaksa).
  4. Pegang selama 20 saat, kemudian longgarkan badan.
  5. Ulang beberapa kali.
Jangan terlalu memenatkan diri anda ketika bersenam.  Jika anda mengalami kesukaran bernafas, perlahankan aktiviti senaman tersebut.

Apabilam enghampiri trimester kedua, anda harus menghentikan sebarang senaman yang memerlukan anda berbaring lebih dari beberapa minit.

1 comment:

AH7 said...

kalau papanye lak..mcmne nk senaman?heheh