Untuk mengekalkan berat badan ideal bukanlah perkara mudah. Berat badan seringkali turun naik umpama yoyo, berat badan turun sedikit dengan segala usaha susah payah, tetapi berat badan naik amat mudah sekali apabila kita meninggalkan sebentar usaha untuk berdiet dan senaman. Dibawah ini saya sediakan tips-tips yang diharap dapat membantu anda dan diri saya sendiri dalam mengawal berat badan.
1. Berhenti sebelum kenyang
Setiap kali berdepan dengan makanan yang menyelerakan, setkan dalam minda anda untuk makan mengikut keperluan sahaja dan bukan mengikut selera dan kehendak. Amalkan mengunyah makanan dengan perlahan-lahan dan kawal selera anda dan berhentilah makan sebelum kenyang.
2. Jangan takut kepada kelaparan
Sekira anda merasa lapar seketika atau sejam selepas makan, jangan hiraukan perasaan lapar tersebut. Cuba lupakan perasaan lapar dengan melakukan perlbagai aktiviti lain sehinggalah tiba waktu makan.
3. Jangan makan kerana sedih
Kebanyakan dari kita, apabila dalam keadaan sedih, akan mengambil makanan untuk mengurangkan kesedihan tersebut. Itu adalah perkara yang harus dielakkan. Cubalah lupakan kesedihan tersebut dengan melakukan aktiviti riadah bersama keluarga dan rakan-rakan.
4. Jangan makan ketika melakukan tugas di pejabat atau dirumah
Cuba elakkan untuk makan makanan ringan ketika melakukan tugas dipejabat atau melakukan tugas di rumah seperti berblog. Hadkan diri anda untuk makan cuma di waktu makan.
5. Kurangkan pengambilan makanan berkabohidrat
Anda harus mengurangkan pengambilan kabohidrat ketika makan dan lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan serta makanan perprotein seperti daging, ayam dan ikan. Pengambilan makanan yang berprotein tinggi dan berserat akan mambantu anda berasa kenyang dengan lebih lama.
6. Makan secara konsisten
Cuba untuk menetapkan waktu makan dengan makan pada waktu yang sama setiap hari. Cara makan yang konsisten akan membantu minda anda untuk merasa lapar hanya apabila tiba waktu-waktu makan yang anda telah tetapkan.
7. Kawal diri anda dengan bijak
Apabila anda berada didalam majlis-majlis keraian seperti majlis perkahwinan dan sebagainya, cuba kawal diri anda dari makan secara berlebihan. Makan dahulu sedikit dirumah agar anda tidak merasa terlalu lapar ketika tiba ke majlis tersebut. Ini akan membantu anda untuk makan dengan sedikit apabila tiba di sana nanti.
8. Jangan malas bergerak
Kebanyakan dari kita berasa tidak selesa jika perlu menaiki tangga atau berjalan kaki untuk sampai kesatu-satu destinasi. Seharusnya anda jadikan itu sebagai motivasi untuk mengurangkan berat badan.
9. Tidur dengan nyenyak
Individu yang mempunyai tidur yang berkualiti dan nyenyak mampu mengawal nafsu makan. Jangan kusutkan fikiran dengan pelbagai masalah yang menganggu tidur anda. Jadikan waktu tidur untuk tubuh anda berehat sepenuhnya.

9 comments:
bagus..memang dah amalkan..setakat ni cuma leh kawal je..lum leh turun lagi..hehe
saye ni kak, senang naik senang turun. heheh :P
kadang2 tergoda dengan variety makanan
nisa xdiet, makan mcm biasa tp nisa jenis aktif, so berat memang xnaik walaupun makan banyak
sedang berusaha utk turunkan berat badan...
setuju sangat2...jgn mkn lewat mlm...
selalunya nk kawal mkn yg payah tu..
sume nk telan..
tgh ada nafsu mkn nie la nak mkn. pantang lapar...makan je.
sbb tue berat badan kina x turun². adesss...
x tau la nafsu nk mkn mmbuak2 :D
Post a Comment