1. Luka
Untuk mengubati luka, ambil beberapa helai daun jambu batu kemudian cuci dan giling hingga lumat. Selepas itu tempelkan pad aluka dan balut dengan kain. Tukar kain pembalut dan ramuan daun jambu sebanyak tiga kali sehari sehingga luka sembuh. Air rebusan daun dan kulit batang jambu batu juga boleh digunakan untuk mencuci luka kerana daun dan kulit batang jambu batu mengandungi zat anti bakteria yang dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
2. Cirit-birit
Bagi mengatasi masalah cirit-birit, rebus daun jambu sebanyak 15 hingga 30 gram dan minum.
3. Mengurangkan kolesterol
bagi mereka yang menghadapi masalah paras kolesterol yang tinggi dalam darah, amalan memakan jambu batu setiap hari bleh mengatasi masalah ini. Dikatakan amalan ini dapat membantu mengurangkan kolesterol sebanyak 18.8 peratus dalam masa seminggu.
4. Ulser mulut
Ambil segenggam daun jambu batu bersama sedikit kulit batangnya. Cuci hingga bersih dan rebus. Biarkan seketika sebelum ditapis dan diminum iarnya.
5. Hilangkan bau peluh
Hiris buah jambu nipis-nipis dan keringkan. Kemudian tumbuk atau giling hingga lumat. Sapukan pada ketiak untuk mengatasi bau peluh.
6. Tegangkan kulit wajah
Untuk mendapatkan kulit yang tegang dan cantik, ambil beberapa helai daun jambu batu dan kulit rambai. Tumbuk bahan-bahan ini hingga lumat dan gunakannya seperti menggunakan masker di wajah.
6 comments:
huhu..info yg bagus..baru pagi tadi masa jln2 kat kebun jumpa pokok jambu batu..sebat 3 biji..
Nice info...bila baca post ni baru teringat..lamanya tak makan jambu batu!!
sy memg suka mkn jambu batu..
anyway dh lm x dtg sini..sihat ke tuan rumah?
sedapnya.. dh lama xmkn jambu batu.. mna nk dpt kt jepun nih.. huaa kempunan lah sy
patutla masa kina kecik² dulu bila kena luka member cepat² petik pucuk jambu pastu kunyah² kemudian tepek kat tempat luka tue. memang terbukti berkesan! lagi berkesan org tukang kunyah tue 1 hari tak gOsOk gigi.
TK slalu makan jambu ni. petik dari umah jiran sebelah..
Post a Comment